My dear, Wahyu!
By NashaHadzirOthman
477
21
4
  • Romance
  • cerpen
  • cerpenmelayu
  • cinta
  • malayshortstory
  • romance
  • shortstory

Description

Tentang Wahyu, suami aku yang diam, yang beku, yang sukar untuk aku tafsir isi hatinya. Tentang aku, isteri Wahyu yang mulai ragu dengan pilihan hati sendiri. Dulu, Wahyu pada mata aku ialah seorang lelaki yang cukup cool. Sebab hati aku tertarik dengan dia, aku yang terlebih dahulu melamar dia supaya menjadi suami aku. Mungkin tuah memang berpihak kepada aku, Wahyu sanggup melafaz akad, mengambil aku sebagai isteri dia. Ingatkan kalau berkahwin dengan pilihan hati sendiri, aku mesti akan bahagia. Tapi aku salah! 6 tahun menjadi isteri Wahyu, aku cukup makan hati dengan sikap Wahyu yang dingin. Wahyu berjaya patahkan kesabaran aku apabila dia tidak pulang ke rumah. Sangka aku, dia lari dari rumah! Rupa-rupanya, dia pergi ke Venice untuk menyertai ekspo kesenian. Aku dah mula rasa yang aku ni tak berguna pun sebagai isteri Wahyu. Dahlah anak pun tak ada! Wahyu pulang sahaja dari Venice, aku terus meminta Wahyu menceraikan aku. Permintaan aku ditolak mentah-mentah! Kata Wahyu, kalau aku diceraikan pun, tak ada sesiapa yang nak berkahwin dengan aku. Aku peduli apa, selagi aku tak dengar Wahyu cakap yang dia sayangkan aku, selagi itulah aku akan terus tawar hati dengan dia. Tapi itulah, hati aku ni cukup kuat ke nak menahan diri daripada berasa kasihan terhadap Wahyu? Entah-entah tak sampai sebulan, aku dah kembali ke sisi dia!

Part 1

Continue Reading on Wattpad
My dear...
by NashaHadzirOthman
477
21
4
Wattpad