Description
Amora, gadis perawan yang tinggal berhampiran dengan Hutan Kolta, tinggal keseorangan dan hanya keluar pada waktu malam. Dia adalah gadis jelmaan dari seekor ular anakonda terbesar dan hanya mencari mangsa pada waktu tertentu sahaja. Amora biasanya bukan jahat, dia tidak suka menganggu keamanan manusia, tetapi, entah pada malam itu, jiwa kecilnya meronta untuk merasa darah manusia. Semakin dia menahan, semakin dia menjadi ganas. Dia perlukan darah manusia agar dia jinak menjadi sediakala. Musim sejuk hampir tiba, Amora keluar dari tempat penyembunyiannya. Hanya pada bulan terang sahaja tubuh Amora akan berubah bentuk. Pada waktu siangnya, dia akan keluar sebagai gadis biasa. Belum pernah ada seorang pun pemuda terjumpa dengannya kerana Amora memang sangat jarang sekali keluar. Pada suatu hari, terdapat sekumpulan pelajar kolej yang datang ke Hutan Kolta untuk membuat kajian mengenai serangga. Sehinggalah salah seorang dari mereka tersesat ke dalam hutan. Peter menjadi bingung kerana dia sendiri tidak tahu jalan keluar dari hutan itu dan dia terserempak dengan Amora yang sedang mandi di tasik yang membiru airnya. Bermulalah cinta pandang pertama Peter terhadap gadis itu...