Description
AFIQ KHAIRUL, bos merangkap suami kepada AIN SOLEHAH. Mahu tapi malu. Itulah perlakuannya terhadap isterinya itu. Garang nak mampus! Diluar macam singa, tapi dalam hati ada taman. Mulut kata 'tak nak', namun jauh disudut hati... hanya dia yang tahu. Dipendekkan cerita, watak utama lelaki cerita ni adalah seorang yang tersangat 'TSUNDERE'! SINOPSIS ;- Si gadis ceria bernama AIN SOLEHAH BINTI AMIR. Bekerja sebagai setiausaha kepada si jejaka serius, AFIQ KHAIRUL BIN HJ. SUFIAN. "Kahwin dengan aku." - Arahan dari Afiq Khairul itu membuatkan Ain Solehah terlopong luas! Sesungguhnya arahan dari Afiq Khairul itu sangat mengarut tahap tak masuk akal pada Ain Solehah. Gila dan merepek sekali! "Hah? Kenapa pula aku kena kahwin dengan bos ni? Kenapa tiba-tiba saja cakap perkara yang tak masuk akal ni? Bos gila ke?... - Bangkang Ain Solehah sekeras-kerasnya! Walau bagaimanapun, atas alasan tertentu... Ain Solehah bersetuju untuk berkahwin dengan majikannya itu. Dengan janji selepas berkahwin mereka akan buat haluan masing-masing! Tetapi... "Apa yang abang buat sampai kena gigit macam ni?!" - Afiq Khairul. "Yang abang ci... ci... cium Leha tu apasal? Ingat Leha ni anak patung yang boleh dicium sesuka hati ke?!" - Ain Solehah. "Ada apa dengan ciuman tu? Itupun nak kecoh..," - Afiq Khairul. "Apa?! Apa abang cakap?!!! - Ain Solehah. Ain Solehah keliru! Tingkahlaku Afiq Khairul telah berubah sama sekali. Kalau dulu macam singa, sekarang macam kucing parsi! Kemunculan Ilham Hakimi serta kata-katanya yang membingungkan itu menambahkan lagi kekeliruan Ain Solehah! "Cerita ini semakin menarik..." - Ilham Hakimi. Apakah yang dimaksudkan oleh Ilham Hakimi itu? Bagaimanakah kehidupan Afiq Khairul dan Ain Solehah seterusnya? Dan yang pasti, Ilyana Zahra ada jawapannya! Ikuti perjalanan hidup Ain Solehah sebagai isteri kepada Afiq Khairul. Vote jika suka...hehehe(^^,)/ Love, NUR HUSNA MUHAJIR
BOS A.K.A SUAMIKU - PROLOG
