Fatimah untuk Ali (...
By Miszgrapys_
1.8K
170
20
  • Teen Fiction
  • ali
  • bukancintailmiah
  • cinta
  • comedy
  • fatimah
  • kenangan
  • little
  • motivasi
  • persahabatan
  • remaja
  • romance
  • sad
  • sengal
  • teen
  • teenfiction

Description

@&)- Ini bukan tentang cinta. Ini tentang kamu, yang mengajarkan aku, apa itu cinta. Fatimah Zahra, Penceraian kedua orang tuanya membuatkan dia sedikit sebanyak paranoid pada perkataan sayang, apatah lagi cinta. Kehidupan yang dijalani sehari-hari dengan penuh tabah walau hampir rebah dek kerana cemuhan dan kebencian oleh ibu kandung yang dia sendiri tidak tahu apa sebabnya. Dia tak percaya cinta, dia alergik dengan kata sayang, kerana padanya tiada yang sayang dan peduli padanya kecuali adik lelaki, yang dah dianggap sebagai separuh nyawanya. Dan juga.. Seorang Ali, dari masa kecilnya. Yang masih tersemat dalam memori, dan tanpa dia sedar, juga di hatinya. Ali Dzulqarnain, Kemalangan yang menimpa dirinya telah membuatkan dia berubah menjadi manusia yang baru. Dia hampir lupa semua kisah lama, kecuali sebaris nama yang sentiasa muncul dalam mimpinya. Dia yang baru ini lebih tenang wataknya, lebih yakin langkahnya. Namun, tenang dan yakin itu hilang bila dia sentiasa bertembung dengan seorang pelajarnya. Ada saja benda yang pelajar perempuan tersebut buat sampai dapat buat dia kembali menjadi dia yang dulu. Dia yang sentiasa ketawa, dan sentiasa tersenyum mesra. Namun betul lah apa orang kata, yang indah itu bukan selamanya. Fatimah Zahra hampir hilang arah apabila separuh nyawanya pergi meninggalkannya. Namun, di setiap ujian itu, ada Ali Dzulqarnain yang tetap teguh di belakangnya. Memegang erat, setiap kali dia hampir rebah menyembah bumi. "Izinkan saya jadi separuh nyawa awak yang baru." Ali Dzulqarnain. Senyuman Fatimah Zahra yang hampir hilang muncul semula. Dan kisah mereka mula diwarna. "Selalu lelaki yang jadi knight in shining amor tapi ni asyik awak je yang selamatkan saya. Malulah saya"- Ali Dzulqarnain "You have done a lot to me, if it wasn't with you I can't survive until now"- Fatimah Zahra "Having you, being with you, I got nothing to be scared"- Ali Dzulqarnain Dan sampai akhirnya Fatimah, tetap untuk Ali.

Prolog i

Continue Reading on Wattpad
Fatimah u...
by Miszgrapys_
1.8K
170
20
Wattpad