Description
"Abang minta maaf sebab rahsiakan benda ni daripada Hani. Abang sepatutnya jujur dengan Hani dari awal lagi. " - Zukrif "Aku benci kau! Aku benci! Jangan harap kau dapat jumpa aku lagi! " - Hani Sejak semua rahsia Zukrif telah diketahui oleh Hani, dia mula bencikan Zukrif. Selama 3 tahun mereka bersama, dia langsung tidak tahu bahawa Zukrif itu ialah suami orang. Sampailah isteri Zukrif, Humaira dapat tangkap Zukrif dan Hani sedang berjalan sama-sama di taman. Itulah kali terakhir Hani berjumpa dengan Zukrif sebelum abahnya mengambil keputusan untuk berpindah dari Johor negeri kelahirannya, kerana takut dengan tekanan perasaan yang dihadapinya. Setelah 2 tahun Hani menetap di Kuala Lumpur, Hani bertemu dengan seorang jejaka tampan tetapi pertemuan mereka berdua tidak begitu baik.