Snow White Mr.Milli...
By syaz_sufiy
183.9K
5.9K
993
  • Romance
  • love
  • millionaire
  • romance
  • sad
  • siblings
  • snowwhite
  • sweet

Description

Blurb Snow White Mr.Millionaire 🍎 Menjadi anak kepada isteri kedua seorang lelaki yang penuh kasih sayang begitu sukar buat Aireen. Dibenci, dicemuh dia masih tersenyum. Dia masih ceria. Dia, Aireen Marsya. Kekal nampak kuat di mata semua orang. Namun dia juga nekad, dia perlu pergi. Pergi jauh demi menjaga hatinya sendiri. "Kau dengar sini. Aku lepaskan kau tapi kau ingat! Satu sen pun duit laki aku kau jangan sentuh! Kalau aku dapat tahu, mati kau aku kerjakan! Jangan harap kau nak jumpa bapak kau lagi! Faham tak?" Di bumi Australia dia menemui cinta. Satu-satunya lelaki yang dia cintai sepanjang hidupnya. ""Halalkan hubungan kita." - Aireen Marsya. "I tak sabar untuk sampai ke masa tu!" - Syed Karl Zaquan. Kekasihnya bukan calang-calang manusia dan kerana kedudukannya begitulah cintanya dikhianati. Kehadiran seorang lelaki yang santai di dalam gayanya dan sentiasa ada tanpa dipinta sedikit sebanyak membuatkan hatinya terasa tenang. Kata-kata dan perbuatan kecil lelaki itu yang dalam tidak sedar sentiasa membuatkan Aireen mendambakan kehadirannya tanpa Aireen sendiri sedari. Lelaki misteri yang entah dari mana munculnya. "Macam Snow White. Makan epal merah." - Rifdi Aneeq. Di bumi Australia itu dia mengecapi rasa cinta dan di bumi kangaroo itu juga cintanya dibunuh sehingga meninggalkan tragedi yang paling kelam di dalam hidupnya. Pulang ke tanah air, semangatnya masih utuh. Masih kuat untuk meneruskan hidup namun sekali lagi dia diuji. Segala kisahnya di bumi kangaroo kembali mengejarnya. "Hey, wake up. Look at me. I miss you, sayang." "Good because I'm not your Mr.Millionaire." Di antara kisah kelam yang menuntut sebuah kemaafan dan di antara janji yang telah dimungkiri, yang mana satu bakal dimenangkan oleh Aireen Marsya? Pilih di antara salah satunya dan terus menjeruk rasa atau pergi membiarkan sahaja pilihan yang ada?

1

Continue Reading on Wattpad
Snow Whit...
by syaz_sufiy
183.9K
5.9K
993
Wattpad