SEPARUH HATI ADA PA...
By NovelisNuriffa
19.3K
725
108
  • Romance
  • arrangedmarriage
  • cinta
  • completed
  • forcedmarriage
  • kahwin
  • love
  • marriage
  • novelmelayu
  • romance
  • shortstory
  • wedding

Description

Sebulan sebelum majlis pernikahannya, Adara menerima berita yang tidak dijangka. Tunangnya Hadi ditangkap basah dengan wanita lain! Hancur luluh hatinya. Tanpa membuang masa keluarga Adara bertemu orang tua Hadi untuk memutuskan tali pertunangan. Ibu bapa Hadi sedih dan kecewa kerana mereka terlalu sayangkan Adara. Dan mereka rasa bersalah kerana telah memalukan keluarga Adara. Majlis yang sudah dirancang tidak akan berlaku. Melihatkan keadaan itu, Haffaz abang kepada Hadi memberi cadangan supaya dia yang berkahwin dengan Adara. Jika, perkahwinan ini berlaku ia dapat menyelamatkan maruah kedua-dua belah pihak. Orang tua Haffaz dan Hadi mengemukakan cadangan tersebut kepada keluarga Adara. Dan Adara bersetuju. Persetujuan Adara itu adalah kerana dia mahu membalas dendam kepada Hadi. Dia mahu tunjukkan kepada Hadi yang dia mampu bahagia walaupun lelaki itu telah berlaku curang kepadanya. Tetapi selepas kahwin Adara mendapati Haffaz adalah seorang lelaki yang baik. Lelaki itu menerima dirinya seadanya. Apakah bakal berlaku dalam kehidupan Adara dan Haffaz? Bagaimanakah reaksi Hadi apabila mengetahui Adara sudah menjadi kakak iparnya? Mampukah Adara membuka hatinya untuk Haffaz ataupun hatinya masih utuh buat Hadi?

BAB 1 - KECEWA

Continue Reading on Wattpad
SEPARUH H...
by NovelisNuriffa
19.3K
725
108
Wattpad