Description
Nur Suraya menganggap dirinya seorang gadis biasa-biasa sahaja. Namun kerajinan yang dimiliki olehnya menjadikan Suraya kesayangan ketua-ketua dan pengurus di sebuah syarikat pengilangan, yang sudah lima tahun dia berkerja sebagai operator pengeluaran. Dalam diam-diam, dia meminati Agung Satrio Putra, juruteknik di kilang itu, walaupun tahu lelaki itu sudah mempunyai hubungan percintaan dan bakal menjejak kaki ke pelamin dengan bekas sahabatnya, Dewi Citra. Suraya menerima nasib yang sama ditolak mentah-mentah oleh Azril . Hati Suraya hancur lagi. Segalanya menjadi terbalik selepas Azril dan Agung menghadapi masalah mereka. Agung terpaksa berpatah kepada Suraya selepas cubaan memujuk Dewi gagal manakala desakan Encik Hanafi dan Puan Asilah supaya Azril berkahwin secepat mungkin membuatkan dia tertekan. Hati mereka semakin bertaut apabila melihat kecantikan luaran dan dalaman Suraya. Lebih membuatkan mereka terpikat adalah gadis itu dapat teruskan hidup tanpa setelah berjaya mengharungi detik sukar kesan daripada tindakan mereka sendiri. Untuk komen/cetusan idea.. tolong emel dkat mail2duan@gmail.com... Tq