Description
" Azan , kenapa kau biarkan diri kau di permainkan orang kaya seperti Hidawi? bukankah engkau lebih cerdik akalmu daripada Hidawi yang hanya membabi buta belajarnya? " marah Affaz kepada aku. Aku tersenyum kepada soalan Haffaz yang masih melontar kata-kata kurang baik kepada Hidawi yang terang lagi nyata mengejekku sebentar tadi. " Affaz saudaraku, bukankah Hidawi itu memang terkenal orangnya di kampung kita? Jadi, tidak ada masalah baginya untuk berkongsi cerita mengenai hartanya, malah aku berdoa agar hidupnya lebih barakah. Apa lagi , buang masa sahaja kau mengutuknya Haffaz, makin banyak dosa engkau." Azan seorang jejaka kampung yang tiada mempunyai sebarang harta malah bekerja di ladang ternakan milik bapa Hidawi yang sememangnya terkenal di kampung kaum Melayu itu. Azan bekerja demi bapanya, Abduh sudah meningkat tua dan mula menunjukkan dirinya sakit. Dalam diam, Azan memiliki rasa cinta terhadap Cempaka yang merupakan anak kepada ketua kampung tetapi ketua kampung iaitu Tok Kabir tidak menyukai Azan kerana bapanya. " Cempaka, aku berjanji aku berusaha untuk mengumpul duit-duit hasil ternakan ini untuk kita mulakan hidup baru. tumggulah aku, sesungguhmya, demi Allah, aku sangat mencintaimu. Balaslah surat ini, Cempaka sayang. Sudah 3 bulan aku menunggu hadir dirimu untuk membalas rindumu " Azan hampa. Sudah 6 bulan menunggu, tetap tiada berita daripada Cempaka. Sudah menghilangkah dia? Kenapa aku tidak tahu apa-apa? " Ilah dah cakap abang... Tok Kabir dan keluarganya bercuti di pekan. Kata orang kampung, ada orang hendakkan si Melati, kakaknya Cempaka. Orang bekerja British! Laknat betul Tok Kabir." " Tetapi Ilah, hati abang tidak senang. Abang takut Cempaka di ambil orang Ilah" Bersuasana tahun 1930, aku menanti dirimu di kampung yang semakin menua ini. Ku tunggu dirimu datang bersama hati yang rindu dengan wajah manismu. Tetapi semua nya hancur bagai anai anai memamah kayu-kayu yang terbiar. Erti hatiku engkau telah salah mentafsir.