MENULIS
By ReginaIbrahim
30.1K
645
145
  • Non-Fiction
  • nonfiction

Description

Oleh kerana dinding Independent sudah penuh dengan 200 artikel dan perkongsian, hal hal menulis akan mula di kongsikan di sini. Seperti biasa hal hal menulis yang sama sama dipelajari dan ditekuni diharapkan menjadi bantuan untuk para penulis pemula yang tidak berlatar belakang sastera sewaktu di sekolah menengah. Dewasa ini pelbagai kursus ditawarkan dengan yuran tertentu. Masterclass, Kelas Novel, Bagaimana Menulis Dengan Bijak sehinggalah membawa ke Institutsi pengajian tinggi. Apakah segalanya berbaloi? Saya fikir ya. Namun bukan semua bernasib baik untuk ikut serta disebabkan kekangan masa dan kewangan. Menulis adalah luahan dari mata hati yang peka pada persekitaran, ia tetap BUKAN hal syok sendiri yang dilayani penuh nafsu. Saluran ini mahu memberikan ide dan cerita dalam dunia penulisan tempatan, seperti biasa penulis mempunyai tanggungjawab terhadap penulisan, isi dan kemampuan untuk mempertahankan karya. Ia merupakan proses yang unik, ada ketikanya berfomula dan ada saatnya menuntut kreativiti tertentu. Tidak lain tidak bukan untuk terus menjana pemahaman, menghibur, membantu, membentuk pemikiran di pihak pembaca. Segala panduan di sini adalah PERCUMA.

ADIL PADA GENRE DAN STAIL PILIHAN PENULIS

Continue Reading on Wattpad
MENULIS
by ReginaIbrahim
30.1K
645
145
Wattpad