Description
"Dia kah itu. Macam presiden MPP. Apa dia buat kat library ni?. Kenapa muka dia macam serabut?." - HANANI "Kenapa dia pandang aku dari tadi ni. Ingat masuk library ni boleh lah lari dari peminat, ada juga yang sangkut kat dalam ni. Serabutnya aku. Tapi macam pernah jumpa minah ni." - SYAHRUL HAKIMI "Saya dekat bawah ni. Keluarlah dekat beranda. Saya nak tengok muka awak. Esok tak sempat nak jumpa. Kita sebuk dah dengan exam." - HANANI "Kenapa saya rasa berat hati nak tamatkan perbualan kita ni. Saya rasa awak akan tinggalkan saya. Harap-harap tu Cuma rasa, bukan perkara sebenar. - SYAHRUL HAKIMI "Maaf, saya tak boleh bagi tahu kenapa saya pergi. Percayalah, kalau awak tahu sebabnya, hati awak akan sangat sakit. Saya tak nak awak rasa semua tu. Saya nak awak tahu selama kita terpisah saya tak terima mana-mana lelaki dalam hidup saya. Sebab saya yakin yg kita akan bersama satu hari nanti. Hanya awak dalam doa saya." - HANANI "Baik, kalau awak tak nak bagi tahu sebabnya. Saya boleh sabar lagi. Apa pun yang terjadi, awak tetap akan jadi milik saya. Jangan awak terfikir walau sekali pun untuk pergi buat kali kedua. Awak milik saya selamanya." - SYAHRUL HAKIMI "Saya sayang sangat pada awak kimi. Kenapa awak tak percaya pada saya. Selama ni saya tunggu awak. Saya yakin awak jodoh saya. Kenapa awak sanggup tuduh saya macam tu sekali. Awak satu-satunya lelaki dalam hati saya. Saya sayangkan awak kimi." - HANANI "Maafkan kimi sayang. Kimi salah. I love you honey. I'm sorry." - SYAHRUL HAKIMI "Can I hug you." - HANANI "Can I hug you forever." - SYAHRUL HAKIMI