Description
Adakah wujud satu dimensi lain iaitu satu dunia yang lebih kurang sama dengan dunia ini? Yang lebih dikenali sebagai dunia selari(Parallel World)? Peluang untuk mulakan hidup baharu? Kim Moon Ho, dia seorang ketua sebuah famiglia terkuat dalam dunia mafia dan satu hari berlaku peperangan antara famiglia di Itali. Moon Ho kemudiannya mati dalam peperangan tersebut. Tetapi, sesuatu yang pelik telah berlaku. Tiba-tiba Moon Ho hidup semula, tapi yang mengejutkannya ialah dia berada di sebuah dunia selari yang hampir sama dengan dunia asalnya. Dia telah bertukar tempat dengan Kim Moon Ho di dunia itu yang mati akibat kemalangan. Di dunia itu, dia ialah seorang ketua dalam satu pasukan detektif bersama-sama Tiffany, Jessica, Taeyeon, Yoona & Seohyun yang dia kenal sebagai kpop idol di dunia asalnya. Dia terpaksa menyembunyikan identiti asalnya sebagai mafia dari dunia lain & belajar untuk mulakan hidup baru di dunia itu. Dia juga harus bekerjasama dengan rakan sepasukannya menyelesaikan kes-kes jenayah yang terjadi. Pada masa itu, Tiffany sudah lama sukakan Moon Ho tetapi dia takut untuk meluahkan perasaannya kepada Moon Ho. Jessica pula mula syak sesuatu yang berbeza tentang Moon Ho. Dapatkah Tiffany meluahkan perasaannya? Adakah Moon Ho dapat kekal merahsiakan identitinya? Apa yang akan berlaku jika identiti sebenar Moon Ho terbongkar? Main cast: Kim Moon Ho(penulis) Tiffany Hwang Jessica Jung Kim Taeyeon Seohyun Im Yoona Akan ada banyak lagi watak-watak lain yang akan muncul dalam fanfic ini...Tengok pada keadaan laa... Story update sebulan sekali bergantung pd keadaan. Mungkin update lagi cepat drpd waktu yg diberitahu
Chapter 1 : Peluang Hidup Baru
