Description
Cerita ini mengisahkan tentang empat orang pewaris diraja yang ditinggal di sebuah istana, ISTANA BERSEKUTU. Istana tersebut menjadi tempat tinggal empat orang pewaris dari empat buah kerajaan yang berbeza iaitu Kerajaan Matahari, Kerajaan Gerhana, Kerjaan Bintang dan Kerajaan Bulan. Empat orang pewaris ini bukanlah orang sebarangan kerana itu mereka berada di sini. Mereka juga dijaga oleh seorang raja dilantik menjadi ketua istana ini. Mereka memanggilnya ayahanda. Raja dibantu oleh penasihat yang bijaksana dan seorang pendeta. Manakala, empat orang anak raja pula dijagai secara peribadi oleh empat orang pahlawan terpilih dari setiap kerajaan. Mereka kelihatan hidup mewah tetap dalam kemawahan itu mereka diburu oleh ramai orang. Semua ini kerana kuasa. Mampukah empat orang pewaris diraja ini berhadapan dengan musuh sebenar mereka? Apakah yang akan berlaku kepada mereka? Benarkah wujudnya sebuah permata yang mampu buatkan seseorang itu kebal? Benarkan wujudnya batu permata yang mampu menghancurkan segalanya? Selamat membaca.