Description
TAKSUB adalah sebuah cerita di dalam cerita yang di tulis oleh seorang penulis yang mempunyai masalah bersosial. Yang sering menyendiri dalam bilik sejak mengalami satu kejadian aneh satu masa dahulu. Namanya Asywad Afendi. Seorang penulis novel bergenre romantik komedi, cuba menyiapkan sebuah manuskrip yang jauh berbeza dengan kebolehannya sebagai penulis untuk cerita seram, hantu. Bermulanya kisah yang cuba dia siapkan berdasarkan kisah benar. tentang seorang gadis yang pernah hadir dalam mindanya, yang membawanya berlayar di sebuah dunia mistik dan penuh kesuraman jiwa. Dia melihat segalanya. Namun dia tidak mampu untuk berkata. Hanya sekadar menjadi mata dan telinga. Jarinya mula menari di atas papan kekunci, menaip setiap detik permulaan jalan cerita yang bermula dengannya dan gadis itu berumah tangga. Mindanya menyatakan, gadis bernama Ainul Batrisyah wujud. Kewujudan yang mengubah jalan hidupnya sendiri tanpa dia sedari, dia dalam bahaya. Hanya dia seorang sahaja.. yang dapat melihat dan merasa sisip kehadiran Ainul Batrisyah. Ibunya, Puan Amalina dan juga temannya yang rapat tidak dapat melihat kehadiran gadis itu. Asywad Afendi mulai berubah sepenuhnya apabila kisah gadis itu di ceritakan pada paparan skrin komputernya. Antara sedar atau lena, sebahagian dirinya telah di kuasai oleh aura Ainul Batrisyah. Bisikan aura negatif gadis itu mula menceritakan kisahnya di zaman persekolahan. Yang mengheretnya jauh dari kebahagiaan keluarga dan kasih sayang kawan-kawan. Dia sering menyendiri, fikiran melayang, dan mindanya sering di hiasai dengan bayangan hitam. TAKSUB.. sedang menghantui minda anda sebagai pembaca.
Prolog