Description
"Kahwin dengan aku." - Arif Arshad "Benda ni bukan boleh buat main lah!" - Amanda Iris Detik berlalu dengan pantas, tika dahulu hatinya pernah dicuri dan telah bertahta nama seorang insan yang telah berjaya menjadi cinta pertamanya. Namun demi insan yang bergelar sahabat dia merelakan untuk melepaskan rasa cinta itu dan langsung mematikan rasa yang dipendam lama. Namun siapa sangka akan suratan takdir? Masing-masing sudah menemui penjaga hati akan tetapi satu persatu perancangan-Nya telah menyebabkan satu keputusan tekad diambil. Mereka meneruskan apa yang tercatat di Luh Mahfuz. Mungkin itu adalah jodoh yang terbaik buat mereka berdua. Siapa mereka untuk menolak takdir? Namun hidup tidak selalu indah. Langit tidak selalu cerah. Bahkan pelangi tidak selamanya kekal. Begitu juga hidup, bahagia bukan untuk selamanya. "Apa semua ni Shad?! Kau sendiri tahu aku dengan Manda macam mana dulu! Aku tak sangka! Tergamak kau buat aku macam ni!" - Syafiq Irfan "Aku minta maaf. Aku tak berniat langsung. Tapi.. tapi kau sendiri tak cuba pertahankan hubungan korang berdua! Aku terpaksa Fiq!" - Arif Arshad Pulangnya lelaki itu untuk meraih kembali rasa yang ditinggalkan dan sekali gus menuntut haknya. Satu persahabatan tergoyah kerana cinta. Dan akhirnya, lagi sekali dia terpaksa mengambil satu keputusan tekad demi kebahagiaan semua kerana menyangka dia adalah punca segalanya. Tanpa disedari, keputusan itu telah memakan diri sendiri. Bisakah bahagia berpihak kepada mereka bertiga tanpa salah seorang menderita? "Aku lepaskan kau." Ya. Benar kata orang, cinta memerlukan sebuah pengorbanan. . . . . ■Pada mulanya, story ni memang spin dari my book saya yang lepas, tapi untuk kali ini, ada beberapa yang diubah✨ Enjoy!❤ Start : 06 July 2021 End : ©hakmilik _Armscandy