Description
Bismillahirrahmanirahhim... Ini bukanlah kisah agung seperti romeo dan juliet, mahupun kisah berlandaskan islam seperti Muhammad SAW dan isteri baginda iaitu Khadijah. Dan juga bukan kisah dongeng seperti cinderella dan puteranya. Ini hanyalah kisah biasa yang dilakonkan oleh hamba-Nya yang penuh kisah silam yang perit. Sang Hamba bersama penyesalan seumur hidupnya terhadap sang ayah. Dan seorang lagi hamba-Nya pula bersama kisah silam yang bergitu jijik baginya. Manakala seorang hamba-Nya pula hidup dalam lautan dosa yang dahukalanya berubah kerana cinta. Ya cinta... CINTA... Satu perkataan yang mempunyai penuh makna tersirat. Cinta, dengannya manusia boleh saling berbunuhan... Dengannya, manusia boleh bahagia... Dengannya, manusia juga boleh berubah... Dan tanpanya juga, manusia pun boleh saling berbunuhan. Tanpanya, manusia tiada hala tuju... Kerana cinta merangkumi segalanya Cinta kepada-Nya Cinta kepada rasul-Nya Cinta kepada hamba-Nya Tanpa cinta juga sayang dan simpati takkan wujud. -Terima kasih- -Takpa, lagipun benda dah nak jadi, nak buat macam mana lagi- -Tolong, ajarkan saya semula tentang-Nya- Jadi bagaimana tiga hamba-Nya ini menghadapi takdir yang sudah tertulis? Apakah makna cinta buat mereka?? Ehem, masih dalam proses untuk menjadikan ceritanya lebih nampak matang. Almaklumlah, novel nih dh ditulis oleh penulis pada umur 13 thun, dn sekarang penulis sudah berusia 18 tahun...