DHARIUN
By ayunieazizan
28.4K
1.6K
87
  • Romance
  • action-romance
  • aksi
  • cinta
  • cintaaksi
  • jenayah
  • kehidupan
  • keluarga
  • konflik
  • melayu
  • novelmelayu
  • polis
  • romantic-suspense

Description

Kaysa Adhwa. Kehidupannya berubah apabila kedua ibu bapanya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Angkara sikap darah dagingnya sendiri, setiap hari yang dilaluinya terasa begitu menyeksakan sehinggalah suatu hari, dia nekad untuk menamatkan riwayat hidupnya sendiri. Namun dia lupa, manusia hanya mampu merancang tetapi Tuhan jualah yang menentukan segalanya. Di saat Kaysa hilang pertimbangan dan hampir tenggelam ke dasar kegelapan, hadir seorang lelaki menariknya kembali menuju cahaya. Wahdan Dhariun. Kehidupannya juga berubah selepas pemergian insan yang disayangi menyebabkan dia menjadi lelaki dingin dan beku. Wajahnya jarang dihiasi senyuman sehinggakan Kaysa menggelarnya 'mamat muka ketat' . Tiada siapa mampu menebak apa yang bermain di fikirannya. Dia bukan lelaki romantik, jauh sekali lelaki yang pandai bermain dengan berkata-kata. Dia juga bukan 'a knight in shining armor'. Ada sebab mengapa dia menyelamatkan Kaysa malam itu. Sebab yang datang dari kisah lampaunya sendiri... Kehadiran Dhariun menyebabkan hidup Kaysa yang sebelum ini kelabu asap mula dihiasi warna-warna pelangi, walaupun lelaki itu hadir dengan pakej annoying + menyakitkan hati. Kehadiran Kaysa pula membuatkan Dhariun melanggar prinsip hidupnya sendiri. Dan tanpa mereka sedari, ada rasa indah mula bercambah dalam hati masing-masing. Namun, kisah mereka tidak semudah ABC. Rahsia dan dendam masa lampau menjadi duri dalam perhubungan yang baru sahaja ingin mekar. Mampukah mereka kekal bersama disaat nyawa menjadi galang gantinya? ************ "Masa lalu itu yang menjadikan awak insan yang saya cinta sekarang. ..."

PEMBUKA BICARA

Continue Reading on Wattpad
DHARIUN
by ayunieazizan
28.4K
1.6K
87
Wattpad