Pilihan Hati
By ftnnhn_
363
22
10
  • Random
  • azam
  • azam×hanani
  • a×h
  • fiction
  • hanani
  • love
  • lovestory
  • missdream

Description

Azam Aku. Ya, aku. Aku tidak pernah berfikir yang aku akan menyentuh seorang gadis dihadapan aku. Cuba untuk mengawal perasaan aku ini. Entah kenapa, aku tersenyum sendiri. Tapi, aku tidak tunjukkan senyuman indah ini kepadanya. Kenapa ya? Dia. Dia, dihadapan aku. Isteri aku! Siapakah dia? Aku tidak mengenalinya. Tapi aku mencintainya. Bagaimana perkara ini boleh terjadi? Adakah dia jodohku? Tangannya terketar-ketar saat bersalaman dengan ku. Seolah dia tidak pernah menyalami mana-mana lelaki selain daripada ayahnya. Tapi , hari ini dia menyalami seorang lelaki yang akan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas dia. Saat aku membuka topeng mulutku untuk mencium dahinya, hanya Allah saja yang tahu. Aku hampir menitiskan air mata. Aku pakai semula topengku sesudah aku mengucup dahinya. Aku tak mahu dia tahu rupa aku yang sebenar. Sudah ditakdirkan bersama. Jarak usia tidak kenal erti cinta. Tapi bagaimana aku ingin meluahkannya? Hanani Saat aku menyalami tangan yang terlalu asing bagiku membuatkan aku gugup. Tangan kiriku menggenggam tangan ibuku manakala tangan kananku menyalami tangan yang dihulur kepada ku. Kenapa aku? Saat dia mengucup dahiku, dia suruh aku menutup mata. Seolah tidak mahu aku melihat wajahnya! Aku dapat rasakan sesuatu yang tidak boleh diungkap dengan kata-kata. Aku tidak mengenalinya. Cara berkenalan? Susah untukku katakan. Tangan ini terpaksa menyalaminya. Mata bertentangan mata membuatkan aku tertanya-tanya siapakah gerangan lelaki ini? Mulut dan hidungnya bertutup. Hanya mata yang dapat aku lihat. Matanya mengecil seperti dia sedang senyum kepadaku. Tetapi aku tidak nampak. Ikhlaskah senyumannya itu?

Bab 1

Continue Reading on Wattpad
Pilihan H...
by ftnnhn_
363
22
10
Wattpad