AWEKKU KEMBAR
By SitiNovelis
3.7K
58
6
  • General Fiction
  • cinta
  • kasih
  • keluarga
  • kisahmasyarakat
  • konflik
  • pasangankembar
  • penculikan
  • perceraian
  • sayang
  • wattys2018

Description

PERCERAIAN di antara Zikri dengan Sofea menyaksikan anak mereka iaitu pasangan kembar seiras, Annessa dan Adeela hidup terpisah. Annessa mengikut papa mereka, Zikri. Sementara Adeela tinggal dengan Sofea. Perpisahan ini memberikan tekanan kepada pasangan kembar tersebut. Kemunculan Tengku Amirul yang juga merupakan bekas kekasih Sofea tidak disenangi Adeela. Dia merasakan lelaki bujang terlajak itu menyimpan niat kurang baik terhadap dirinya. Pada suatu malam setelah bertengkar dengan mamanya, Adeela keluar dengan rasa marah dari rumah. Tanpa disedarinya sebuah kereta mengekorinya dari belakang lalu menggesel tubuhnya hingga jatuh ke tepi parit. Dia telah diculik dan dilarikan Tengku Amirul ke ladangnya yang terletak di sebuah lokasi terpencil. Adeela hilang tanpa dapat dikesan selama beberapa bulan. Kakak kembarnya, Annessa, telah melanjutkan pengajian ke UiTM, Shah Alam. Di sana, dia telah bertemu dengan Tengku Najib yang meminatinya. Kebetulan pula, Tengku Najib adalah anak saudara pada Tengku Amirul. Pelawaan Tengku Najib untuk melawat Tengku Amirul di ladangnya tidak ditolak oleh Annessa. Di sana, pelbagai petunjuk dan perkara ganjil telah dialami oleh Annessa. Dia dapat merasakan bahawa adik kembarnya pernah berada di banglo itu. Tanpa diketahui oleh Annessa, adik kembarnya telah berjaya melarikan diri dari situ dengan pertolongan pembantu rumah Tengku Amirul, Mak Tijah. Pun begitu, Adeela telah hilang ingatan sementara akibat kepalanya terhantuk di banir pokok sewaktu sedang melarikan dirinya. Tengku Amirul yang terkejut melihat persamaan wajah di antara Annessa dan Adeela mula merancang niat jahat. Dia menyuruh orang suruhannya menangkap Annessa. BAGAIMANAKAH KISAH SETERUSNYA?

BAB 1

Continue Reading on Wattpad
AWEKKU KE...
by SitiNovelis
3.7K
58
6
Wattpad