Description
Arrysha Daniella Chong merupakan seorang pelajar perempuan yang tabah menghadapi cabaran hidup selepas kematian mamanya. Arrysha yang berasal dari Sabah terpaksa berpindah ke Korea setelah ayahnya dinaikan pangkat dan bekerja di Korea. Arrysha menangis setiap hari kerana terlalu merindui arwah mamanya. Di Korea, dia bertemu dengan seorang lelaki yang bernama Jackson Wang. Jackson seorang lelaki yang suka membuli dan mengacau Arrysha. Namun, setiap kali dia berada dekat dengan Arrysha jantungnya berdegup kencang dia sendiri tidak memahami perasaan tersebut. Dia cuba untuk mengenali Arrysha dengan lebih mendalam. Akhirnya, dia sedar bahawa Arrysha bukan seperti gadis yang dikenalinya sebelum ini. Apakah yang berlaku antara mereka berdua?? Musuh?? Sahabat?? Atau lebih daripada itu??