MY SWEET AIDAN WAIS
By miszNothing
744.5K
136
4
  • Romance
  • ceo
  • cinta
  • romance
  • romantik
  • sweet

Description

Kerana tersesat di sebuah kampung, takdir mempertemukan mereka. Pertemuan yang tidak disangka antara Aidan Wais dan Elaina Raisya menyatukan dua jiwa. Siapa sangka pertemuan yang singkat itu membuatkan dua insan menyimpan satu rasa yang sama. "Saya tunggu awak Elaina dan saya tunggu saat itu tiba. Saat di mana awak dan saya dipertemukan kembali." - Aidan Wais. Saat mereka harus berpisah, satu permintaan telah Aidan suarakan. Takdir perjalanan hidup mereka sangat indah, apabila untuk kali kedua mereka dipertemukan kembali. "Kahwin dengan saya Elaina." - Aidan Wais "Tak terlalu awal untuk semua ni? Saya masih belum kenal dengan awak sepenuhnya Aidan dan begitu juga sebaliknya." - Elaina Raisya Bagi Aidan, bercinta selepas kahwin itu jauh lebih indah dari sebuah hubungan tanpa ikatan yang sah. Saat mereka disatukan. Ada sekeping hati yang terluka, Nawra Amanda wanita yang sangat menginginkan Aidan Wais untuk menjadi miliknya. "Aku hanya nak Aidan." - Nawra Amanda Kehadiran Puan Mayleen membuka luka lama dalam hidup Aidan Wais. "Cukuplah dengan drama puan tu. Saya tak akan pernah lupa setiap kata-kata puan dulu. Pandangan jijik puan kepada saya. Sumpah, saya tak akan pernah lupa semua tu!" - Aidan Wais "Saya selalu percayakan awak Aidan. Selalu." - Elaina Raisya Mampukah mereka untuk terus menempuhi ujian berumah tangga? Adakah Nawra Amanda akan terus berusaha untuk mendapatkan Aidan Wais? Apakah luka yang pernah ditinggalkan Puan Mayleen kepada Aidan Wais?

Bab 1

Continue Reading on Wattpad
MY SWEET...
by miszNothing
744.5K
136
4
Wattpad