KONSTANTINOPEL: KIB...
By Websutera
3.0K
182
17
  • Historical Fiction
  • alfateh
  • dakwah
  • historical
  • historicalfiction
  • historicalsaga
  • ibrahsejarah
  • islam
  • jihad
  • konstantinopel
  • muhammad
  • muhammadalfateh
  • novelsejarah
  • rempitalfateh
  • sejarah
  • websutera

Description

Konstantinopel sebuah kota yang menjadi rebutan. Sebuah kota bersejarah yang dibina kembali dari puing-puing tinggalan kaloni Greek yang membinanya dalam abad ke-7 Sebelum Masihi. Nama asalnya ialah Byzantium. Pelbagai pihak inginkannya. Ia dimasyhurkan sebagai pusat kerajaan baharu Rom pada tahun 330 Masihi oleh maharaja Rom bernama Konstantine Agung. Kota ini berfungsi sebagai pusat Empayar Byzantine untuk berabad-abad lamanya. Ia juga dikenali sebagai Rom Baharu atau Rom Timur. Sejak dari itu, pelbagai pihak mencemburui kemajuan kota kemegahan ini, termasuk dari pihak di Rom, Itali dan suku kaum yang memerintah kerajaan-kerajaan Eropah. Lokasinya amat strategik. Semenjak Rasulullah (SAW) berkata dalam hadis semasa Perang Khandak, pemimpin dan pejuang jihad Islam selepasnya berhasrat memenuhi ramalan kenabian itu. Misi menawan kota Konstantinopel mempunyai rentetan kisah perjuangan yang tidak kurang menariknya untuk direnungi. Seorang sahabat Nabi yang bernama Abu Ayub al-Ansari turut melakar namanya pada lembaran sejarah Islam. Beliau masyhur sebagai seorang pejuang Islam sejati. Apabila mengetahui ajalnya bakal tiba, beliau meminta agar dikebumikan berhampiran dengan kota Konstantinopel yang cuba ditaklukinya. Wasiat beliau ditunaikan.

PRAKATA

Continue Reading on Wattpad
KONSTANTI...
by Websutera
3.0K
182
17
Wattpad