NAMAKU KHADIJAH | B...
By pena4kayu
23.7K
798
117
  • Romance
  • lovestory
  • novelmelayu
  • penakayu
  • romance

Description

Terbitan: Karya Seni Isbn: Harga: Rm23.00 (Sm) / Rm26.00 (Ss) Status: Terbitan Eksklusif PBAKL 2019 Blurb/ Sinopsis: Kibaran kain hitamnya sangat jelas. Sorotan mata hijau zamrudnya tajam. 12 tahun Khadijah menunggu Fahri. Apabila takdir menemukan mereka semula, hanya untuk membawa perkhabaran duka. Fahri telah dimiliki dan Khadijah berdepan cabaran. Cabaran yang bukan daripada tunang Fahri, tetapi kawan baik Fahri, Hafez. "Saya tak marah kalau awak nak suka Fahri, tapi tolong, suka awak tu biar berpada-pada. Fahri dan Ariana nak berkahwin tak lama lagi. You get what I mean?" - HAFEZ Khadijah cukup faham apa yang Hafez sampaikan padanya. Hanya Fahri yang tak faham situasi yang mereka hadapi sekarang. Fahri tidak habis-habis mendekatinya. "Awak tahu kita berdua jauh dari perkataan kawan. Awak pun tahu dari hari pertama saya nampak awak, ada sesuatu yang mengikat kita berdua. Saya minta awak beri peluang pada diri awak dengan saya untuk bahagia." - FAHRI Antara cintanya kepada Fahri dan nalurinya sebagai seorang perempuan, Khadijah perlu bersuara. Lebih-lebih lagi setelah Ariana memilih untuk mengalah. Khadijah perlu bertindak. "Saya buat keputusan ini bukan untuk melemahkan iman Encik Hafez. Saya ingin menguatkannya lagi. Saya mohon lamaran saya dipertimbangkan." - KHADIJAH Ada sebab kenapa namanya Khadijah dan lebih banyak sebab kenapa dia memilih nama Khadijah. Kalau dengan melamar lelaki itu boleh mencipta bahagia, dia rela. Tetapi benarkah keputusannya boleh mencipta bahagia? Atau semua ini permulaan pada satu malapetaka? °° Nota Bonda PK: Wajib baca NAMAKU KHADIJAH dulu, kemudian baru baca DIARI JIWA. Kembar ni tak boleh dipisahkan. Masalahnya sekarang, si Pena Kayu tu kejam. Dia cetak DIARI JIWA 500 naskah saja. NAMAKU KHADIJAH cetak banyak pula. Pena Kayu jawab... Sebab tu DIARI JIWA edisi eksklusif. Ada 500 pembaca saja yang pegang buku tu nanti dan buku ni cuma dijual secara online sahaja 😘 WhatsApp +6010 449 7835 untuk pertanyaan/ pembel

01 - Lee Shin Li

Continue Reading on Wattpad
NAMAKU KH...
by pena4kayu
23.7K
798
117
Wattpad