Description
Aqif Qaizil. Seorang lelaki kejung dan tanpa perasaan. Kerana kisah lalu, dia jadi dingin dan beku. Perasaannya mati apabila kehilangan wanita yang dicintainya. Safiya pergi di saat hatinya mula merasai bahagia. Maka bergelarlah dia duda berhati kayu. Sanggup menolak cinta kawan baiknya sendiri, Emilia. Bertahun berlalu, takdir menemukan Aqif dan Zira. Pertemuan pertama pun Zira merasakan Aqif seorang mamat kayu. Tiada perasaan! Sombong! "Siapa yang kemas bilik saya tadi?" - Aqif "Saya yang kemas. Amacam cantik tak?" - Zira "Siapa bagi izin untuk kemas? Siapa!" - Aqif "Dah macam garuda melanda dalam bilik tu. So, saya kemaskanlah." - Zira Bagi Zira, kena marah pun umpama masuk telinga kanan keluar ikut telinga kiri. Sikit pun dia tak kisah kalau dimarahi Aqif a.k.a mamat kayu. "Awak ni tak ada perasaan ke? Saya tengah bercakap dengan awak ni!" -Aqif "Eh tengah tanya diri sendiri ke? Saya rasa Encik Aqif kot yang tak ada perasaan. Hati kayu!" - Zira Membulat mata Aqif mendengarnya. Gadis itu dilihat sangat berani berhadapan denganya. Baginya, Zira merupakan pekerja baru yang tiada sivik! Betullah orang kata, jangan kerap sangat gaduh. Nanti lama-lama jatuh cinta. "Cinta yang mati tak boleh dikenang sangat. Lama-lama hati pun jadi sejuk dan beku!"- Zira "Kalau macam tu, awak cuba cairkan hati saya." - Aqif Namun baru saja mereka berdua saling jatuh cinta, ada sesuatu terjadi. Tiba-tiba Aqif berubah laku. Zira jadi tertanya-tanya apa salahnya. Mamat kayu yang dicintainya semakin menjauh. Mampukah Zira melembutkan hati mamat kayu? Mamat kayu a.k.a Aqif Qaizil.