TANAH HARAPAN
By HASANATULQALBY
18
2
0
  • Random
  • 1200

Description

@Qalby.com @HasanatulQalby.com #Tangga Tangga Kejayaan. Kehidupan ini, bagaikan satu kitaran waktu, yang tidak ada penghujungnya.Kehidupan ini dirasakan seolah olah, berkisar pada Paksi yang satu.Yang ada, hanyalah jejak jejak sisa peninggalan, setiap amalan insan Alam.Pada Tanah ini, Aku pernah berbudi dan berbakti.Pada Tanah ini jualah Aku akan kembali.Di atas Tanah ini, yang dahulunya, tandus dan gersang, sepi bersaksikan Dada Langit, tatkala mengundang penghuninya untuk menumpang .Aku pernah berkata.Tanah ini akan Aku jadikan sandaran harapan, bagi sebuah kehidupan yang masih fakir, dengan pengalaman.Tanah ini akan Aku sematkan,segala Azimat dengan ikrar.Di Tanah ini jugalah nanti, Anak Anak Jenerasi Ku, akan meneruskan jasa dan bakti.Janji pada diri, sudah pasti tidak mungkin didustai.Apalagi untuk dimungkiri.Namun, anak anak Ku, pada Mu tersandar harapan baru.Pada Mu jualah, harapan bagi mencari sinar baru hidup ini.Tatkala itu, Aku sudah jauh melangkah.Aku tidak pernah berdusta pada Mu, wahai Jenerasi Ku.Aku, tidak mungkin memungkiri, segala janji.Namun, hidup ini sememangnya, penuh dengan Kesedaran serta Keinsafan.Oleh itu, pada Tanah inilah, termaktub segala Suratan Amalan.Pada Tanah inilah, terungkai segala persengketaan.Pada Jenerasi Ku, sekelian.Ingatlah! Bahawa, tiada yang lebih baik lagi daripada itu.Tiadalah Aku mentaati, melainkan demi Mu, wahai Jenerasi Ku.Tiadalah Aku kembali, melainkan demi Mu, wahai anak anak Ku.Dan, Bapa Mu ini, tidak pernah berkata bohong padanya.Kerana, kita hanya menumpang, pada sebuah hakikat kehidupan yang sunyi, lagi tandus di Tanah ini.Hinggalah, akhirnya, kita akan kembali.Kembali demi menyahut, satu seruan.Dan, di sinilah nanti, kita akan jadikan Pedoman.Di sinilah nanti, kita akan membina, sebuah Mercu Tanda Kejayaan.Di sinilah nanti, Aku akan kembali untuk berbakti, pada TANAH HARAPAN, yang lama telah Aku tinggalkan.Aku akan kembali, wahai TANAH HARAPAN.

AKU AKAN KEMBALI

Continue Reading on Wattpad
TANAH HAR...
by HASANATULQALBY
18
2
0
Wattpad