Description
My first debut fanfic guna pelakon Jepun sebagai watak utama xD Selepas kematian ibu, bapa dan kakaknya dalam sebuah kemalangan, seorang gadis buta berusia 16 tahun bernama Iyu tinggal di rumah anak yatim selama 2 bulan sebelum Nanaha, seorang ibu tunggal yang baru sahaja kematian suami mengambil Iyu sebagai anak angkat yang sah. Nanaha juga mempunyai seorang anak lelaki yang bernama Chihiro. Pada awalnya, Chihiro tidak dapat menerima kehadiran Iyu kerana dia menganggap Iyu sebagai beban kepada ibunya. Sebetulnya, Nanaha tidak pernah menganggap Iyu sebagai beban. Dia mengambil Iyu sebagai anak angkat kerana sudah lama dia teringinkan anak perempuan dan dia mahu Iyu menjadi peneman kepada Chihiro. Chihiro pula berkenalan dengan seorang gadis kacukan Korea-Jepun bernama Hayoon yang baru sahaja pindah ke Jepun. Chihiro mengambil kesempatan yang ada untuk bergaul rapat dengan Hayoon. Hayoon pula rasa gembira Chihiro dan rakan baik Chihiro sendiri, Mamoru sudi berkawan dengannya. Pada satu hari, adik angkat Chihiro, Iyu bertemu dengan Hayoon buat kali pertama ketika mereka hendak pergi berkelah. Namun pertemuan itu tidaklah membuatkan Iyu gembira kerana entah mengapa Iyu berasa takut apabila Hayoon mendekatinya. Walaupun Iyu tidak dapat melihat Hayoon, dia tetap rasa takut setiap kali Hayoon cuba rapat dengannya. Hayoon turut perasan akan perkara itu. Kenapakah Iyu berasa takut pada Hayoon? Apakah identiti Hayoon yang sebenar? Apakah pula rahsia yang dimiliki oleh Iyu dan Hayoon?