Description
Dialah si pemuja syaitan, yang memesongkan akidah manusia. Tika petang berganti malam, darah gadis perawan akan membasahi batu hitam berpenunggu milik nenek moyangnya. Kampung Cempaka Kuning yang dahulunya aman kini dihantui dengan manusia tidak berkaki dan kepala. Setiap malam, pasti ada saja yang menjadi mangsa. Aku tidak pernah gagal dalam menyesatkan cucu Adam // TOK HITAM Sumaydhia dan Qaliea yang taksub dengan benda tahyul terus bersetuju dengan syarat Mbak Sunti setelah mendengar ramai kawan-kawannya telah berjaya mencantikkan diri mereka. Oleh kerana terdesak ingin menakluk sepasang hati milik jejaka idaman, Sumaydhia sanggup melakukan apa saja. Kecantikan yang kalian ada sekarang tidak akan bertahan lama kalau kalian melanggar pantang larang yang telah saya beritahu tadi // MBAK SUNTI Raewilia, gadis yang berumur 14 tahun itu terus dipinggirkan oleh keluarganya terutama di sekolah. Hanya Merwina yang setia berkawan dengannya kerana dia faham situasi yang dihadapi oleh Raewilia. Merwina juga dapat melihat makhlus halus. Ke mana saja tempat yang Raewilia pergi, lembaga hitam itu pasti akan mengekorinya. Aku bukan nak takut-takutkan kau. Tapi... aku rasa lembaga kat belakang badan kau tu penyebab kau dipinggirkan oleh diorang // MERWINA Mampukah Merwina dan Raewilia sama-sama merungkai kisah di sebalik semua itu? Dan, tanpa disedari juga. Rancangan yang dibuat oleh Raewilia akan membawa mereka masuk ke alam lain. Kegelapan yang akan menghantui. Silap langkah saja, mereka akan terperangkap di dalam kegelapan buat selama-lamanya. Highest Ranking : #51 in Horror [22 Jun-25 Jun] Start Publishing : 31 May 2017 CERITA HANYALAH REKAAN SEMATA-MATA. TIDAK ADA KENA MENGENA DENGAN YANG HIDUP ATAUPUN YANG TELAH MATI. SEKIAN.