Description
Kim Jae Eun, yang selama ini bercinta secara rahsia dengan Park Jimin... ahli kumpulan BTS yang diminati ramai dan digilai para gadis di seluruh dunia. Pelbagai cara mereka aturkan supaya mereka boleh berjumpa walaupun secara sembunyi. Ahli BTS tahu mereka sedang bercinta dan menyuruh mereka memberitahu semua orang tetapi Jimin takut Jae Eun akan dibenci dan di pandang serong oleh peminatnya jadi dia lebih selesa untuk merahsiakan hubungan mereka. "Sampai bila kita nak macam ni, Park Jimin?" Jimin hanya diam dan menundukkan kepalanya. Dia masih belum bersedia untuk memberitahu semua orang tentang percintaannya dengan Jae Eun walaupun itu adalah satu berita gembira. Melihat Jimin tiada balasan dan hanya diam, Jae Eun bersuara. "Kalau awak terus macam ni..." Jimin masih menundukkan kepala. Menunggu Jae Eun menghabiskan bicara. "Kita putus." "No!" Jimin bangun dari kerusi dengan muka yang merah. Sampai bila hubungan ini bakal bertahan. Sanggupkah Jimin kehilangan gadis yang paling dia sayang selama beberapa tahun itu? Setelah apa macam dugaan yang mereka tempuhi.. takkan ini pengakhirannya? Start : 1/5/2017 End : 9/6/2018