nadisshe
Cinta dan takdir-dua perkara yang sukar dijangka. Apa yang akan terjadi apabila dua beradik jatuh cinta pada wanita yang sama?
Luthna Ufaira, gadis yang pendiam dan penyayang, tidak pernah menyangka bahawa kehadirannya dalam hidup dua lelaki bersaudara akan mengundang dilema. Isyraf Malik, si abang yang tenang dan penuh rahsia, menyimpan perasaan yang tak pernah terungkap. Isyad Yusuf, si adik yang ceria dan berani, pula melangkah ke hadapan tanpa ragu.
Di antara cinta yang dipendam dan perasaan yang terzahir, siapa yang akhirnya akan memiliki hati Ufaira? Dan siapa pula yang harus merelakan?