bySueHerra
Pertemuan tanpa sengaja di sebuah kafe semasa zaman belajar pernah membuat Cahaya Hani malu besar. Duit yang hilang di kaunter hampir memerangkapnya, namun diselamatkan seorang lelaki asing bernama Hilman. Waktu itu, Hani langsung tidak mengenali siapa dia, sekadar mengingati jasa kecil yang disimpan diam-diam dalam hati.
Bertahun berlalu, takdir menemukan mereka semula bukan di kota besar, tetapi di rumah seorang sahabat. Hilman hadir sebagai kawan baik Syafiq, tanpa Hani tahu lelaki itu sebenarnya masih mengingati wajah gadis yang pernah ditemuinya di kafe dulu.
Mohd Hilman bin Mohd Anuar, anak orang ternama, tegas dan sukar didekati, seorang lelaki yang punya dunia tersendiri. Namun, hanya di hadapan Hani dia tiba-tiba menjadi manis dan lembut. Kejadian kecil dahulu rupanya meninggalkan kesan besar buat Hilman, sehingga membuat dia nekad untuk mendekati Hani dengan caranya sendiri.
Dalam kejaran dan rahsia yang tersimpan, mereka berdua belajar bahawa takdir tidak pernah datang tanpa sebab. Pertemuan kecil mampu membuka jalan kepada kisah besar kisah antara dua jiwa yang sama-sama terluka, sama-sama menyembunyikan rahsia.