Flowerhers
"Hanya kerana masa lalu yang kelam, tidak bermakna masa depan juga harus suram. Namun bagi Faris, pintu hatinya sudah lama dikunci mati."
Nadhirah hanya lah seorang juruwang di sebuah pasar raya besar 24 jam di kampungnya. Hidupnya sederhana sehinggalah dia jatuh hati pada kecomelan Alisya, si kecil berusia tiga tahun yang dahagakan kasih sayang seorang ibu.
Masalahnya cuma satu... bapa Alisya, Encik Faris.
Seorang pensyarah muda yang kacak namun dinginnya mengalahkan ais di kutub. Bagi Faris, Nadhirah hanyalah 'pengasuh sementara'. Setiap keikhlasan Nadhirah dibalas dengan kata-kata pedas yang menghiris jiwa. Ego Faris setinggi gunung, dibina daripada runtuhan trauma dikhianati bekas isterinya, Nadia.
Nadhirah cuba bertahan. Dia cuba untuk 'pusing-pusing dulu' seperti pesanan abangnya, Syafiq. Namun, apabila satu tragedi tidak diduga hampir meragut nyawa, tembok ego yang selama ini teguh mula retak seribu.
Dapatkah seorang juruwang biasa meruntuhkan benteng hati seorang pendidik yang terluka? Atau adakah kasih mereka benar-benar akan terhenti mengikut waktu?
'Kasih yang Tiada Waktu'