AkuDanDirimuilusi's Reading List
13 stories
Book 2 : Hijab (Perjuangan Terakhir) by nab_ilah
Book 2 : Hijab (Perjuangan Terakhir)
nab_ilah
  • Reads 3,282
  • Votes 398
  • Parts 26
Hai welcome back to hijab part 2... Kalau korang nak terus bace buku dua ni pun takpe tapi mungkin akan ade kekeliruan sikit. Kepulangan Nabilah ke kampungnya untuk menziarahi atuk dan neneknye menjadi tragis apabila ajaran sesat telah berleluasa di seluruh pelosok kampungnya. Dalam masa yang same cintanye telah berputik kembali semula kepada Aryan. Apakah yang akan terjadi pade nasib Nabilah ? Adakah ini penghujung hidupnye atau kebebasan dirinye? Kalau nak tahu kene bace ok.... Reading well. See you soon. (22 Oktober 2021)
Hijab by nab_ilah
Hijab
nab_ilah
  • Reads 36,195
  • Votes 1,880
  • Parts 59
Cerita ini mengisahkan tentang cerita benar. Jangan fikir bila hijab terbuka ini seronok sedikit pun tidak ianye hanyelah menyeksekan. Korang kalau nak bukak hijab baca la citer ni dulu lepastu fikir balik. Adakah tindakkan korang tu betul ke salah.... Tiada kene mengena dengan yang mati ataupun hidup hanya luahan seorang gadis...!!
BANGLO SEKSYEN 12 by hasrudijawawi
BANGLO SEKSYEN 12
hasrudijawawi
  • Reads 109,256
  • Votes 5,056
  • Parts 37
Tragedi pembunuhan enam remaja di banglo terbengkalai itu 15 tahun lalu menyebabkan banglo itu digelar banglo angker. Ada yang mengatakan roh enam remaja yang mati dibunuh di banglo itu masih bergentayangan dan tidak aman sehingga sekarang. Hal itu membuatkan Fazlie, Amir dan Farina yang telah menubuhkan kumpulan penerjah aktiviti paranomal dengan nama Ghost To Ghost bersama tiga lagi ahli jemputan khas mereka telah memilih banglo itu sebagai lokasi mereka yang seterusnya untuk merakam aktiviti paranormal yang ada di sana. Namun, saat mereka cuba merakam aktiviti paranormal yang ada di banglo lama dan terbengkalai itu, satu tragedi yang hampir sama seperti tragedi pembunuhan 15 tahun lalu kembali berulang! Apa sebenarnya telah berlaku? Adakah banglo itu benar-benar angker seperti yang dihebohkan di internet? Siapakah dalang yang sebenarnya di antara mereka berenam? Mampukan Inspektor Hairy dan Saleha menyelesaikan kes misteri ini? "Saya tak tahu. Keadaan gelap gelita, kami tak nampak apa yang berlaku. Saya cuma dengar suara aje. Perkara tu berlaku bila semua lampu tiba-tiba terpadam." ~ Fahmi "Penjelasan apa lagi? Rakaman video yang saya dapat tu dah membuktikan yang dia bersalah kerana membunuh mangsa yang bernama Riena. Video tu boleh dijadikan bahan bukti untuk dakwa dia di mahkamah. Nyawa yang dia dah bunuh bukan seorang tau? Tapi empat orang!" ~ Inspektor Hairy "Makhluk tu macam tak bagi kita merungkai misteri yang ada di sebalik kes ni. 'Dia' macam tak bagi kita bertemu dengan Encik Ismail," ~ Saleha Terbit: NOVEMBER 2016 Penerbit: BUKU PRIMA Harga: RM26 (Semenanjung) | RM29 (Sabah/Sarawak)
Bakawali, Bunga Suci (Love Novel Publication) by saiambrose
Bakawali, Bunga Suci (Love Novel Publication)
saiambrose
  • Reads 11,518
  • Votes 521
  • Parts 23
Cempaka, gadis kampung yang tertimpa dengan satu 'sumpahan'. Semuanya bermula apabila suami pertamanya meninggal akibat kemalangan di hari perkahwinan. Manakala suami keduanya pula meninggal di malam pengantin. Disebabkan nasib tersebut, Cempaka dijolokkan dengan panggilan Sumpah Si Dara Suci. Cempaka akan sentiasa suci sampai ke mati. Sesiapa yang akan menikah dengan Cempaka, dimomokkan dengan kematian. Atas sebab itu, Cempaka berusaha menolak lamaran Aathif, bekas adik iparnya. Baginya, sifat berani Aathif untuk cuba membuktikan bahawa sumpahan tersebut mengarut adalah kerja gila. Dia tak mungkin risikokan nyawa orang lain demi mencari bahagia sendiri. Tak habis di situ, Farrel muncul pula dengan sikap melindungi. Hati yang menolak, lama-lama tersentuh jua. Sikap bersungguh Farrel tidak datang seperti Aathif yang dianggap sebagai saudara sahaja. Farrel berbeza! Cempaka jadi keliru. 'Sumpahan' yang melekat di batang tubuhnya itu betul atau tidak. Jika betul, sanggupkah dia menanggung perit sekali lagi ditinggalkan seorang suami? Jika salah, benarkah ada bahagia yang menunggu di depan sana?
• bebud𝒶k bukit • by ehsanqeri
• bebud𝒶k bukit •
ehsanqeri
  • Reads 25,539
  • Votes 1,001
  • Parts 24
• 𝓬𝓸𝓶𝓹𝓵𝓮𝓽𝓮𝓭 • Kedatangan budak baru, anak pengurus ladang tinggalan kolonial, telah membangkitkan 'sesuatu' yang lama terpendam di daerah sepi itu. Rentetan kejadian pelik, aneh lagi sadis mula mengekori dia serta kekawannya. Dapatkah dia meleraikan segala misteri yang menghantui daerah tersebut sejak beratus tahun lampau? • Sebuah fiksyen remaja perihal persahabatan & pengorbanan di antara dua dunia berbeza. Dikisar & dibumbui dengan misteri, mistik, petualangan remaja, fantasi, humor, action adventure, drama.. juga sekelonet erotik. • Tiada watak utama yang melebihi usia enam belas tahun dalam novel ini. Tapi watak-watak sampingan ada yang berusia seribu tahun. Definisi DUA DUNIA BERBEZA: • Dunia Nyata & Dunia Khayalan • Dunia Halus & Dunia Kasar • Dunia Baik & Dunia Jahat • Dunia Melayu & Dunia Inggeris • Dunia Kini & Dunia Lampau • Dunia Bandar & Dunia Hutan • Dunia Sedar & Dunia Mimpi • INI BUKAN CITER BARU, TAPI SAMBUNGAN 'BUDAK BUKIT' YANG TERLAMPAU PANJANG GILER TU.. HEE. HARAP PEMBACA SETIA TETAP MENYOKONG BB, KAY? • "Sebenarnya, memang kami dalam masalah dan mungkin korang je yang boleh tolong," jawab Duan sambil memeluk Fariz, terharu dan hiba dia. Begitu juga dengan Izuan. "Eh, nape ni? Cakap arr, jangan nangis," desak Aidan. Dia lantas menggenggam tangan Izuan. "Ya, bagitau je. Kami sedia tolong," sampuk Lokman Harith. "Ini pasal bapak kami tu," getus Izuan. "Ape yang dah jadi kat bapak korang?" hampir terjerit Daus menyoal, cemas. Izuan, Duan dan Fariz terdiam, tertunduk. Lama. "Beberapa hari selepas balik dari lawat gerai hantu kat kampung tu, bapak kami berubah seratus peratus. Sampaikan kami selalu je dalam ketakutan. Dia berperangai pelik. Kami cam dah tak kenal lagi siapa bapak kami tu." • 3D cover by me • models : burton & hantus internasional • with glossaries
TAKDIRKU | √ by maqdrix
TAKDIRKU | √
maqdrix
  • Reads 359,504
  • Votes 14,960
  • Parts 53
Hidup dengan cinta atau tanpa cinta tidak akan bermakna jika tidak bahagia. Dalam bahagia pasti akan tumbuh cinta namun dengan cinta belum tentu akan bahagia. Versi belum edit
Nasi Tangas(Nasi Kangkang) by HazMadWan2003
Nasi Tangas(Nasi Kangkang)
HazMadWan2003
  • Reads 95,068
  • Votes 881
  • Parts 9
Aina sudah lama menyukai Hazriq dan mampu menguasai Hazriq sampai membuatkan Hazriq menceraikan Jasmeen... Mampukah hubungan Hazriq seperti dahulu??
PENUNGGU GUA(DAH TERBIT 8 SEPT 2021/TUNGGU PENILAIAN ASTRO) by aisyfifi
PENUNGGU GUA(DAH TERBIT 8 SEPT 2021/TUNGGU PENILAIAN ASTRO)
aisyfifi
  • Reads 256
  • Votes 30
  • Parts 3
Short Story Kisah percutian 4 orang pelajar kolej namun terjadi sesuatu hingga melibatkan nyawa ketika mereka ke tempat percutian mereka. Apakah ia? Beautiful coverby me @aisyfifi #8th karya #writing2020 #terbitan fizikal 8 september 2021
AMUK(COMPLETE)(TERBIT EBOOK) by aisyfifi
AMUK(COMPLETE)(TERBIT EBOOK)
aisyfifi
  • Reads 1,799
  • Votes 201
  • Parts 11
WINNER NO.1 THE BEST THRILLER TBS AWARD2020. Telah di unpub smua bab Coverby@TheMiracle Di dalam hidup seseorang ada kisahnya tersendiri. Dan tiada siapa bermula kisah perjalanan hidupnya diajar melakukan sebuah kejahatan dan kemungkaran. Namun masih ada segelintir yang sanggup menjebakkan diri ke dalam kancah dunia kemungkaran hingga wujudnya DENDAM dan SUMPAHAN! SUMPAHAN yang melibatkan nyawa manusia. SUMPAHAN yang akan memakan dirinya yang melanggar sebuah perjanjian. "Inginku menzahirkan rasa sakit yang ku alami gara-gara dirimu. Inginku lukiskan sebuah keperitan yang membaluti jiwaku angkara pengkhianatan yang telah kau ciptakan untukku. Andai mampu ku memuntahkan segala kesengsaraan yang kau hadiahkan padaku... pasti dendam kesumat takkan bersemadi bersama jiwaku hingga hatiku membuak rasa amarah yang bakal mengundang sebuah pembunuhan ngeri!"-Nur Kerana SUMPAHAN itu menjadikan manusia itu dahagakan darah saban waktu. SUMPAHAN apakah yang dimaksudkan hingga melibatkan nyawa? SUMPAHAN bakal menjawab segala tanda persoalan di minda anda. Startwriting-6 julai 2020 The end-19 september 2020
Bisikan Dendam [C] by InmaRun7
Bisikan Dendam [C]
InmaRun7
  • Reads 17,363
  • Votes 1,085
  • Parts 20
Adif Hazrael. Terpaksa berpisah dengan keluarganya sejak kecil demi menjaga maruah keluarga. Penampakan demi penampakan yang menganggunya menghilang kerana kemunculan "ia". Anggapannya bahawa "ia" akan pergi apabila semuanya selesai meleset apabila "ia" memberi alasan, terikat dengan satu perjanjian. Tapi kini, keluarganya kembali muncul menuntutnya untuk pulang, dia terpaksa kembali walhal kehadirannya tak disenangi seseorang. Dan dari situ, nyawanya pula yang diancam bahaya. Apakah kesudahannya?