👑
100 stories
UZAIR : KALI KEDUA (C) by nrdyann_
nrdyann_
  • WpView
    Reads 1,636,340
  • WpVote
    Votes 51,855
  • WpPart
    Parts 82
FIFTH (SPIN-OFF EZRA RAFFAL'S DAN ZARILL) 1.Ezra 2.Zarill 3.Uzair 🍁UZAIR & SOFEA🍁 Disangkakan perjalanan perkahwinan itu mudah bila saling suka dan cinta.Namun badai datang tanpa diundang. Segalanya ranap bila selepas satu,satu masalah muncul. Kerana amarah dan sakit hati,mereka berpisah dan membawa haluan masing-masing. Selepas empat tahun,mencari semula dan bertemu semula bekas isterinya itu bila kebenaran mulai dibongkarkan satu persatu. -------------------------------------------- "Aku nak Isteri aku balik." - Ahmad Uzair "Lebih baik kita tak balik semula dan bawa jalan masing-masing." - Nurul Sofea MATURE CONTENT 🔞 Kandungan bacaan ini mengandungi elemen dewasa. Tidak sesuai untuk bawah 18 tahun. TRIGGERED WARNING CONTENT ⚠️ Amaran: Kandungan bacaan ini mungkin mengandungi unsur yang boleh mengganggu sensitiviti pembaca. Start :25 SEPT 2024 End:3 DEC 2024 EDITED: SEP- NOV 2025
Cinta Yang Telah Mati [ C ] by thederyshaa
thederyshaa
  • WpView
    Reads 242,760
  • WpVote
    Votes 6,765
  • WpPart
    Parts 81
His Second chance " Cintakan abang sekali lagi sayang " Megat Qays Hilman, 30 tahun - jutawan muda yang punya segalanya: harta, kuasa, wajah kacak. Namun di sebalik kesempurnaan itu, dia lelaki yang dingin, penuh ego, dan menyimpan luka yang menjadikan hatinya keras bagai batu. Hanan Arisya, 25 tahun - gadis biasa yang kasar bahasanya, namun jauh di sudut hati, dia seorang yang manja dan lembut. Hidupnya berubah 360 darjah apabila dipaksa berkahwin dengan Hilman atas rancangan keluarga. Bagi Hilman, perkahwinan itu satu beban. Baginya, Hanan hanyalah "perempuan murahan" yang merampas kebahagiaannya. Bagi Hanan pula, Hilman adalah lelaki yang tak pernah berhenti melukakan hati dan harga dirinya. Namun semakin lama mereka bersama, semakin jelas satu perkara: dendam tidak selamanya mampu menutup rasa. Luka yang dalam, penghinaan yang kejam, dan tangisan yang tertahan... adakah semuanya akan berakhir dengan kebencian, atau lahirnya sebuah cinta yang baru? Di antara ego seorang lelaki dan ketabahan seorang wanita, siapakah yang akhirnya akan kalah - dan siapakah yang akan benar-benar terluka? Megat Qays Hilman X Hanan Arisya Book 1 by thederyshaa
ISTERI YANG DIPILIH (C) by Thehunny_
Thehunny_
  • WpView
    Reads 712,049
  • WpVote
    Votes 23,992
  • WpPart
    Parts 36
Code : Benci ⚠️ NurElva Tasnim & Noah Zafriel "Kalau bukan sebab perjanjian bodoh ayah kau memang tak mungkin aku jadi suami kau !" Kuat tengkingan yang diberikan Noah kepada wanita itu. Rambut wanita itu pula ditarik dengan kasar. "K-kenapa salahkan saya ? Saya penat Noah jangan dera saya." Makin panas hati Noah sekarang ini. Kalau boleh dipijak sudah tentu wajah wanita ini dijadikan sasarannya. Tanpa ikatan yang bahagia Noah menerima Tasnim sebagai isterinya. Secebis hati dan perasaan memang dibuang jauh daripada wanita itu. Hanya perasaan benci dan menyampah sahaja dipamerkan di raut wajahnya. "Kau takkan bahagia hidup dengan aku perempuan !Tengok muka kau pun dah jijik apatah lagi nak sayang kau." Short Story 🦋
Dia, Bintang di Syurga ✓ by thebellesa
thebellesa
  • WpView
    Reads 271,983
  • WpVote
    Votes 6,027
  • WpPart
    Parts 23
(Terbit SIBF 2026) "Dia, suami dari neraka yang masih ku anggap sebagai kiriman terindah daripada Tuhan." Iman kalau bertentang dua kepala dengan Aisar, fuh! Musuh tradisi, anjing dengan kucing, perang dunia ketiga, semua boleh masuk! Tapi, ada sisi Aisar yang Iman suka. Aisar... protective! "I tunang Iman. Lagi dua bulan, kami akan kahwin. So, I harap you tak ganggu bakal isteri I sebelum i cabut semua gigi jonggang you. Faham?" -WAAN AISAR "Kenapa awak cakap yang kita nak kahwin? Nanti tak fasal jadi gosip murahan satu hospital ni!" -IMAN NADEENA Di sebalik rasa bahagia, pasti ada onak duri yang kunjung tiba. Aisar, pencinta kaum sejenis. Bukan dia tak cuba berubah, dah cuba. Bukan dia tak cuba ubati, dah cuba. Cuma, tak boleh. "Mama nak Waan kahwin Qamelya. Prove me that's you're not gay!" -PUAN SRI SYUHADA "Mama nak Waan kahwin dengan Qamelya? Qamelya yang ada kanser tu? Siapa nak bimbing siapa sebenarnya ni?" -WAAN AISAR Dan, di sini Iman. Kononnya, sudi jadi isteri atas kontrak. Langsung tidak mengaku cinta. Padahal, diri dilamun cinta asmara! "Apa kata kita kahwin, Aisar? Lepas awak jumpa orang yang awak suka, cinta sebenar awak, kita berpisah baik-baik?" -IMAN NADEENA Kisah ini bukan kisah bahagia. Saat ingin mengecapi rasa manisnya bersama, saat itu lah, derita saling merobek rasa cinta yang terbina. Mahligai ini... tidak selamanya kukuh di sini. [ inspirasi dari kisah nyata | spin-off bukan cinta sempurna ] WARNING: WATAK PEREMPUAN LEMBIK MACAM JELI!
My Musuh My Love [Edit] by MissAriesV
MissAriesV
  • WpView
    Reads 415,407
  • WpVote
    Votes 15,683
  • WpPart
    Parts 60
[ ①ⓢⓣ Ⓝⓞⓥⓔⓛ ] Dijodohkan dengan musuh sendiri? Itulah yang dialami oleh Ezly Merquez dan Arissa. "Musuh tetap musuh dan kau jangan harap aku angap kau macam isteri."~Ezly Merquez "Awak ingat saya nak ke ada suami kaki clubbing macam awak."~Arissa Nasib tidak berpihak pada Arissa apabila Ezly Merquez menunduh yang anak dalam kandungan Arissa adalah anak haram. "Aku jijik dengan kau! Jijik dengan perempuan murahan macam kau! Berlagak suci! Murahan!"~Ezly Merquez Hati Arissa bagaikan ditusuk dengan pisau berkali-kali apabila mendengar makian daripada Ezly Merquez. Sehari pasti ada sahaja kata-kata Ezly Merquez yang menyakitkan hati Arissa. "Saya tak buat benda tu, ini anak awak"~Arissa "Anak aku? Excuse me! Aku silap dengar ke atau kau salah makan ubat?"~Ezly Merquez Semua kata kata Arissa tidak lagi dipercayainya kerana Natria telah meracuni fikirannya. Arissa pula sedaya upaya untuk menegakkan kebenaran. Dalam kesedihan Arissa, Natria tersenyum bangga, dia pasti dan yakin bahawa Ezly Merquez akan menjadi miliknya. "Kesian anak kau Arissa, bapak sendiri tak mengaku itu anak dia."~Natria Apakah yang akan berlaku seterusnya? Apakah Arissa mampu menegakkan kebenaran? Apakah rancangan Natria akan berjaya? Mungkin cerai adalah jalan penyelesaiannya. Start :18.8.2021 End :6.10.2021
Takdir Tak Menjanjikan Bahagia  by Febryanty656
Febryanty656
  • WpView
    Reads 396,110
  • WpVote
    Votes 13,516
  • WpPart
    Parts 55
Niatnya hanya ingin bekerja sebagai Personal Asistant disebuah syarikat megah, Namun. Tanpa ia sedar. justeru itu adalah permulaan derita yang tak berpenghujung bagi seorang Haura Delisha Hanya dalam satu malam saja, hidupnya berubah dari seorang gadis biasa menjadi isteri kepada lelaki yang bergelar majikannya Disangkanya habis hujan timbul pelangi. Namun. yang datang adalah badai yang membawa kehancuran Bahagia? Mampukah kebahagiaan dia kecapi saat dirinya diperlakukan tak ubah seperti binatang Dipukul Dihina Di jadikan tempat pelampiasan nafsu semuanya hancur tiada lagi yang tersisa Maruah? Hati dan perasaan? Semuanya hancur! Tengku Harraz Rasydan, Lelaki yang bertuhankan ego dan nafsu. lelaki yang tak mengenal apa itu erti kasihan dan cinta lelaki dingin dan kejam Harta, Tahta dan wanita. hanya dengan petik jari saja semuanya ada didalam tangannya "Layan aku malam ni" -Tengku Harraz Rasydan- " Tapi Tu--annn, saya mengandung" -Haura Delisha- PANG! "Aku dah cakapkan, gugurkan budak haram tu. tapi kau degil juga nak jaga kenapa?!" -Tengku Harraz Rasydan "Tuan saya taknak!" -Haura Delisha Ini adalah kisah cinta yang bersulamkan ego dan nafsu semata! mampukah bahagia tercipta bila hati terdera?
Farhat's  by MySerraa
MySerraa
  • WpView
    Reads 447,170
  • WpVote
    Votes 19,485
  • WpPart
    Parts 77
[Book 11] Short, not so short story. Kisah Uqael Farhat yang dibelenggu perasaan cinta tetapi status 'sepupu' membataskan segalanya. Dia terpaksa berundur demi melihat wanita yang dia cinta bersama lelaki lain kerana restu keluarga yang tidak berpihak kepadanya. Bagaimana cara dia dapat menghakis perasaan itu? Bagaimana dia dapat melupakan Fatima jika dari kecil mereka bersama? Tambah pula dengan kehadiran seorang gadis bernama Eleisha yang menjadi peneman di kala dia sunyi menanti Fatima. Patutkah dia terus mengikut kata hati atau membiarkan ego yang membuat pilihan? Benarkah perasaan yang ada buat Fatima adalah cinta, dan bukan obses? Dan benarkah perasaan buat Eleisha yang sehabis daya diabaikan itu bukan cinta? Di saat dia buntu dan keliru, dia menyakiti hati yang tulus berharap. Sehingga satu masa, hati itu mula mengalah dan mengundurkan diri. Dapatkah dia perbetulkan kesilapannya? Atau dia akan kehilangan kedua-duanya? [Sinopsis lengkap tersedia sebelum prolog]
Love, Unspoken by lavhmymy
lavhmymy
  • WpView
    Reads 728,477
  • WpVote
    Votes 34,937
  • WpPart
    Parts 45
[2nd romance - stand alone] Qayl Zachary | Dian Antasya Dian Antasya tidak pernah minta dilahirkan dalam keluarga yang sentiasa membandingkan dirinya dengan abang dan kakak. Walau apa pun yang dilakukan, di mata ibunya, Dian tetap anak yang gagal. Dia hanya tahu menelan kata-kata pedih dan hidup dalam sunyi, bersembunyi di balik senyum yang semakin pudar. Namun segalanya berubah bila Qayl Zachary, jiran lama yang pernah menjadi teman sepermainan masa kecil kembali ke pangkuan keluarga selepas bertahun-tahun menetap di luar negara. Qayl yang dahulu polos kini tampil sebagai lelaki matang dan berkarisma. Tapi di sebalik tenangnya, dia tidak mampu menafikan perasaan simpati dan sayang yang muncul apabila melihat Dian yang dulu ceria, kini kelihatan seakan hilang arah. Dan di satu detik yang tak dijangka, Dian membuat keputusan paling berani atau paling gila dalam hidupnya. Dia melamar Qayl untuk dijadikan suami. Bukan kerana cinta, tapi kerana dia perlukan tempat untuk berteduh. Namun, dalam setiap hari yang dilalui bersama, Qayl mula belajar bahawa cinta kadang tumbuh dalam diam. Dan Dian mula sedar bahawa kasih yang datang tanpa dirancang mungkin adalah takdir yang paling indah. beautiful cover: @pplyoumayknow
[ C ] | Rayyan Ardel Shah: The Annoying Bodyguard Husband [BAKAL TERBIT 2026] by Qstnaafrn
Qstnaafrn
  • WpView
    Reads 759,062
  • WpVote
    Votes 8,156
  • WpPart
    Parts 19
Elara Saffiya, seorang gadis berumur dua puluh lima, hidup bebas mengikut rentak sendiri: tanpa peraturan, tanpa sekatan, dan tanpa sesiapa mampu menundukkannya. Namun, satu perintah daripada ayahnya, Dato' Seri Zayden Khalid, mengubah seluruh dunia Elara. Perkahwinan yang dijanjikan sebagai hukuman dan bukannya cinta membuatnya terperangkap dalam ikatan yang bukan dipilih sendiri. "Papa dah bagi amaran dulu. Sekarang kamu dah calarkan maruah papa lagi sekali. So this time, no more warnings. This is the only way to make you learn." - Dato' Seri Zayden Khalid Rayyan Ardel Shah, pengawal peribadi Dato' Seri Zayden Khalid; lelaki dingin yang muncul tanpa amaran, bukan sahaja bakal menuntut haknya sebagai suami, tetapi juga menjadi pengawal, penguji, dan guru tanpa belas kasihan. Tingkahnya tenang, kata-katanya tajam, dan matanya mampu menembusi dinding ego Elara yang selama ini kukuh. "Kalau bukan sebab bapak kau, aku lagi rela kahwin dengan kuda kat kandang belakang ni daripada kahwin dengan kau yang mulut macam bontot kuda pakai sarung nangka. Tak ada beza," - Rayyan Ardel Shah Setiap hari bersama Rayyan adalah peperangan diam, pertukaran kata-kata kasar yang sarat sindiran, dan ujian sabar yang memaksa Elara menilai semula segala prinsip dan kebebasannya. Dalam rumah kampung lama yang jauh dari gemerlap dunia kota, Elara terpaksa menghadapi realiti baru: kemewahan bukan lagi ukuran, ego bukan jawapan, dan cinta tidak semestinya hadir di permulaan. Dari pertengkaran yang pedas hingga malam yang sepi, setiap detik mengajar Elara satu perkara; bahawa untuk belajar tunduk pada hati, kadang-kadang perlu membiarkan diri tersakiti terlebih dahulu. "Aku sumpah... aku akan pastikan kau menyesal. Kau takkan mampu untuk simpan aku, Rayyan. Kau yang akan lepaskan aku sendiri. Ingat tu!" - Elara Saffiya Apakah Elara mampu mengekalkan identiti dan kebebasannya, atau dia akan rebah di bawah kuasa Rayyan yang dingin tapi misteri? Start: 6 JAN 2026 End: 22 MAC 2026