° caramel macchiato °
72 kuwento
Gadis Undercover ni syaznixon
Gadis Undercover
syaznixon
  • MGA BUMASA 118,803
  • Mga Boto 8,077
  • Mga Parte 53
Dariya Nylah, hanyalah seorang gadis yang berasal dari kampung. Impiannya untuk menjadi seorang chef pastri musnah apabila keluarganya tidak mampu membiayai kos pelajarannya. Akan tetapi, impian Dariya masih mempunyai harapan untuk ditunaikan apabila Fian Nufail, rakan sekelasnya ketika berada di bangku sekolah dahulu menawarkannya sebuah pekerjaan. "Kalau kau setuju jadi model untuk syarikat aku, aku akan taja semua kos pelajaran kau. So amacam?" - Fian Nufail Pada mulanya, Dariya tidak yakin untuk menerima tawaran Fian itu kerana dia tahu betapa bencinya ayahnya kepada peragawati. Tiba-tiba, Dariya mendapat akal. "Hm. Aku terima tawaran kau tapi aku nak pakai pendakap gigi, cermin mata atau apa-apa aje yang boleh buat orang lain tak kecam aku. Aku nak jadi Nylah, bukan Dariya." Maka bermulalah hidup Dariya Nylah sebagai Gadis Undercover.
Terima Kasih Suamiku {Completed} ni AmelAlana
Terima Kasih Suamiku {Completed}
AmelAlana
  • MGA BUMASA 316,842
  • Mga Boto 9,589
  • Mga Parte 33
Sebuah mini novel yang sangat santai dan sesuai untuk menjadi bahan bacaan kepada semua pembaca yang dikasihi.. Naurah.. seorang gadis yang mempunyai perwatakan yang sangat tegas. Seseoarang yang sangat sukar untuk jatuh cinta. "Hai Naurah.." "Saya tak kenal awak.. mana tau nama saya?" "Saya dah lama kenal awak Naurah.." "Tapi saya tak kenal awak.." aku berkata dengan tegas. Jangan-jangan lelaki ini cuba untuk menipu dia. Yalah kan.. tengok daripada rupa lelaki itu sahaja dia boleh tahu lelaki itu sebenarnya playboy. Muka handsome macam Lee Min Ho! Pertemuan yang tidak dijangka. Siapa sangka Naurah yang dulunya sukar untuk jatuh cinta akhirnya kalah pada seorang lelaki yang menolongnya ketika satu kemalangan kecil yang menimpa Naurah. Bila hati sudah mula berputik.. malangnya lelaki itu pula menghilang. Beberapa tahun berlalu.. wajah itu tidak pernah padam daripada ingatan Naurah. Dan.. hati perempuannya mula terusik apabila dia bertemu semula dengan lelaki itu dan lagi haru bila lelaki itu menjadi rakan partnernya dalam menguruskan sebuah projek besar. Adakah cinta itu akan hadir semula? Bagaimana pula keadaan Naurah bila tiba-tiba Tuk Ayah menjodohkan dia dengan saudara terdekat yang merupakan seorang lelaki playboy kelas satu? Siapa yang dia harapkan? Apa yang terjadi seterusnya? "Hujung minggu ni, umi dan abah datang merisik awak." Hah? Aku terkedu, terkejut, terkaku dan terkesima. Rasa nak terjun dari bangunan untuk membuktikan sama ada aku tengah bermimpi ke atau pun semua ini sememangnya satu realiti. Terima Kasih Suamiku..
Bukan Yang Sempurna. ni mayangisnotmyname
Bukan Yang Sempurna.
mayangisnotmyname
  • MGA BUMASA 1,181,570
  • Mga Boto 44,499
  • Mga Parte 75
status; C O M P L E T E (24 April 2020). --- Blurb; "Sampai bila awak nak biar Aisha tu tinggal dengan kita? Dia tu adik angkat awak, bukan adik kandung awak!" - Suria. Berderai hati Aisha tatkala mendengar kata-kata Suria. Dia tahu yang dia sekadar menumpang di rumah Farid. Bagi Farid, Aisha merupakan amanah daripada arwah ibu bapanya yang mahu dia menjaga Aisha sebaiknya. Berbekalkan hati yang terluka, Aisha cuba keluar dari rumah Farid, namun dihalang abang angkatnya itu. Lalu, Suria merancang untuk mengahwinkan Aisha dengan kawan baiknya sendiri semata-mata mahu melihat Aisha keluar dari rumahnya. "Kalau Kak Su tak sukakan Aisha sekalipun, Kak Su tak ada hak nak tentukan hidup Aisha!" - Aisha Nadrah. Pertemuan Aisha dengan Abby, si comel di pusat beli belah telah mengubah hidup Aisha. Akhirnya, dia menjadi pengasuh buat Abby. "Abby nampak sukakan awak. Dia susah nak rapat dengan orang yang dia tak kenal." - Raid Haris. Raid Haris; lelaki yang bertanggungjawab menjaga kebajikan Abby semenjak Abby kehilangan ibu bapanya. Dalam diam, Aisha menyimpan perasaan terhadap Raid Haris namun terpaksa dilupakan kerana Raid Haris sudah berpunya. Namun, segalanya berubah tatkala Raid Haris memilih Aisha sebagai suri hati. Lalu, apa yang bakal terjadi? Mampukah Aisha menerima sementelah Raid Haris itu kepunyaan orang? "Saya tak sempurna tapi awak dah sempurnakan hidup saya." - - - - - Start; 17 July 2019. End; 24 April 2020. Jangan tiru dan copy! Im watching you 👀
Demi Peluang Kedua (✔) ni xtheaura
Demi Peluang Kedua (✔)
xtheaura
  • MGA BUMASA 1,357,295
  • Mga Boto 37,683
  • Mga Parte 60
. . Siapa yang tidak kenal dengan Keysha Dayani Tan Sri Khairil yang dulunya terkenal dengan sikap angkuh dan sombongnya. Sehingga berani menghina kerjaya seorang penjawat awam. Tapi, itu semua dulu. Sebelum dia tersedar. Kini, bila tahun sudah berganti.. dia mula membuat kerja gila. Dilamarnya bekas kekasih demi sebuah cita-cita. Pertemuan semula dengan Izz Zarif seakan memberi sinar baru kepada Keysha untuk merebut kembali cinta dari hati lelaki itu. Segala risiko sudah tidak dia peduli lagi asalkan Izz Zarif menjadi miliknya! Bagi Izz Zarif pula Keysha adalah masa lalunya. Dia sudah mempunyai kekasih. Kehadiran Keysha langsung tak mampu menggoyahkan hatinya kerana dia yakin Keysha sudah tiada dihatinya. Dia dah serik! Ash aka abang angkat kepada Keysha yang begitu setia menunggu gadis itu. Kata sayang tak pernah lekang di. bibir itu. Walaupun dia sedar Keysha hanya menganggapnya sebagai abang. Namun, segalanya mustahil. Berilah saya peluang, Izz! Mimpilah awak, Keysha! Kau perampas! Keysha, saya sayangkan awak! Start : 02 Julai 2019 Completed : 23 Ogos 2019 Rank :- 2 #cinta (20.01.2020) 💯 idea xtheaura sendiri! 🚫 Dilarang CIPLAK! 👉 Tiru, anda Berdosa!
Wonderful Youth [c] ni riceandbooks
Wonderful Youth [c]
riceandbooks
  • MGA BUMASA 10,615
  • Mga Boto 1,203
  • Mga Parte 42
Kisah antara empat orang gadis, pelajar semester akhir. Setiap seorang mempunyai kisah dan rahsia tersendiri. Bak kata orang, bukan namanya kehidupan jika tiada pasang dan surutnya. Manisnya ada. Masamnya ada. Pahitnya ada. Masinnya ada. Cukup empat rasa untuk melengkapkan kehidupan mereka. Bersama duduk di bawah bumbung yang sama, mereka belajar erti persahabatan, erti percintaan dan erti kehidupan sebenar. "We will always stay together in sunshine and in shade through this journey." Published: 3 April 2020
Tunang untuk Dua Bulan | RAYA [c] ni riceandbooks
Tunang untuk Dua Bulan | RAYA [c]
riceandbooks
  • MGA BUMASA 50,196
  • Mga Boto 2,763
  • Mga Parte 22
Setelah dua tahun melayari bahtera perkahwinan, Alia dan Izani semakin bahagia. Berita gembira yang pasangan suami isteri ini inginkan akhirnya kunjung tiba. Daripada bahagia, kepada double bahagia apabila mereka bakal menjadi parents-to-be! Banyak perkara yang berlaku sepanjang Alia menjadi preggy mommy. Ada saja benda yang tak kena di matanya, ada saja benda yang dijadikan sebagai bahan untuk bergaduh dengan Izani. "Alia, kenapa tak makan sayur ini?" - Izani "Tak nak, saya nak muntah makan brokoli itu. Asyik makan brokoli saja, nanti saya pun ikut bertukar jadi hijau. Silap-silap dengan baby sekali, bertukar jadi hijau." - Alia Setiap perkahwinan akan ada detik bahagia dan detik perit. Alia cuba untuk memberikan sepenuh kepercayaan kepada Izani walau apa pun yang berlaku. Tinggal Izani saja yang perlu gunakan peluang yang diberi sebaik mungkin. "Kalau dulu awak pernah tanyakan soalan ini dekat saya. Sekarang saya tanya awak, hati awak ada dengan saya ke?" - Alia "Hati saya dari dulu hingga sekarang, hanya ada nama awak, Alia Qaisara. Forever yours." Published: 6 Mei 2020
Little Princess ni shasharazali
Little Princess
shasharazali
  • MGA BUMASA 470,787
  • Mga Boto 29,015
  • Mga Parte 59
"Cik Laura.." "Saya rasa macam menang loteri. Cik Laura tiba-tiba nak berkawan dengan saya dan sekarang cik tersenyum dan ketawa bersama saya." - Raiz Laura Qaisara , semenjak dia tinggalkan Empire Gold Resort , tak tenang jiwanya ! Setiap hari dia teringat akan Raiz , si pekerja hotel. Demi untuk berjumpa dengan Raiz semula , dia sanggup buat kerja gila ! Lantaklah lah kerja everyday sambut tetamu and kena senyum 24/7 dia sanggup asalkan Raiz ada di sisinya. Kerana Laura sentiasa berada di mana sahaja Raiz berada , membuatkan Raiz mula merasai perasaan yang sama. Masing-masing suka sama suka tetapi mereka juga yang menolak antara satu sama lain. Semua kerana rahsia Raiz dan rahsia Laura. Raiz yang tidak mahu kisah silamnya yang tidak matang diketahui Laura dan dalam masa yang sama cemburunya mengeruhkan keadaan. Laura pula sama seperti Raiz , dia tidak mahu kisah silamnya menjadi masalah kepada penghijrahannya tetapi kerana cemburu Raiz telah melukakan hati Laura menyebabkan Laura membawa diri. Saat mereka bertemu semula , kisah silam salah seorang daripada mereka mula menghantui mereka. Kisah silam siapa yang menantikan mereka ? Berapa lama lagi mereka perlu dihantui oleh kisah silam itu ? Bila semua ni akan tamat ? [[ W A R N I N G ]] Cerita ini mengandungi kejadian berdarah, trauma dan cubaan membunuh. Baca atas kerelaan sendiri. -May 2018-
Akid Humaira  ni shashim_
Akid Humaira
shashim_
  • MGA BUMASA 270,649
  • Mga Boto 14,354
  • Mga Parte 46
Previously known as My Badboy Mr Romantic (complete ✅) Humaira Sofiya adalah seorang gadis ceria yang gila-gila. Dia mempunyai dua orang rakan baik yang juga sekepala dengannya iaitu Fathia dan Fatimah a.k.a Fatty. Bagi meluah perasaan terhadap 'crush' tersayang, Humaira menerima cadangan Fatty untuk menulis surat buat si dia tetapi lain pula yang jadi. "Kau suka aku?" -Akid "Err..tak bu..bu..bukan.. Emm..se..se..sebenarnya.." -Humaira "Gagap pulak dah la tak lawa. Tak ada- tak ada, mulai hari ni kau girlfriend aku. Titik!" -Akid Ewah mamat ni. Aku belum habis cakap lagi dah potong! Aku? Girlfriend kau? Memang tak lah! Menyesal gila aku tulis surat tu! Tak boleh pakai betul lah idea Fatty nie..Arghhh!!! Hubungan Humaira dan Akid yang awalnya seperti anjing dan kucing itu lama kelamaan membuahkan bait-bait cinta. Namun perasaan itu tidak lama apabila timbul khabar angin yang menggugat kepercayaan Humaira. Adakah ini cinta sejati atau sekadar cinta monyet? "No words can fully describe all the feeling I have for you." Ucapan itu. Rayuan itu. Humaira buntu. Apakah yang bakal berlaku? Bagaimanakah pengakhirannya? Hah tunggu... Start : Nov 2017 End : 5 Dis 2019 Hai selamat singgah. Hope you enjoy this book 。◕‿◕。
The Chosen One ni BabyRyens
The Chosen One
BabyRyens
  • MGA BUMASA 1,180,070
  • Mga Boto 62,115
  • Mga Parte 90
Siri Kelima. Anneliese Cherina. Pelik? Ya, dia pelik. Pelik namun indah. Di mata manusia dia seorang yang cantik rupawan. Segala-galanya dia ada kecuali kekayaan. Disebabkan kematian kedua-dua orang tuanya, dia hidup bersama adik lelaki yang tercinta. Namun, siapa tahu apabila malang menimpa mereka? Nasib si adik yang menghidapi penyakit barah otak telah memaksa model tersebut agar mengerah lebih tenaga untuk mencari lebih banyak wang. Pada beberapa tahun lalu, Tengku Haikal @Aden melarikan diri demi mencari sebuah makna ketenangan sebaik sahaja cintanya ditolak oleh kakak iparnya sendiri. Hanya kerana ingin membuktikan bahawa dirinya sudah melupakan cinta pertama, dia nekad ingin mencari kekasih upahan. Dari kekasih upahan dipaksa pula menjadi isteri upahan apabila Tengku Lily ingin melihat sijil pernikahan mereka sebagai bukti. Oleh disebabkan 'permainan' tersebut, mereka berkahwin dan hidup dalam kepura-puraan. Ops, mungkin korang dah lupa bahawa Anneliese seorang yang pelik. Pelik dari segi apa? Bagi sesetengah orang ia satu anugerah namun bagi Anneliese ia satu sumpahan. Dia boleh melihat sesuatu yang agakkkkk pelik dan SEDIKIT menakutkan. Mujur sahaja Tengku Haikal tenang orangnya. Tak disangka-sangka jejaka tampan tersebut sentiasa menjadi penjaga setiap masanya. Pelbagai ragam dan aksi pelik membuatkan mereka jatuh cinta antara satu sama lain. Namun, di antara mafia dan ego, siapakah yang menang? "You pembunuh! Sedar dengan kenyataan tu!" - Anneliese Cherina. "Aku memang pembunuh but at least aku tak pelik macam kau. Hantu? Sape kata hantu tu wujud? Entah-entah kau yang hantu kut. Kau saje nak minta perhatian aku en?" -Aden. "I tak pelik! Semua orang yang korang dah bunuh tu, sentiasa ada dekat korang! Menanti nak balas dendam!" -Anneliese Cherina. "Oh, yeah? So, sampaikan mesej aku kat diorang yang aku harap diorang happy berpesta kat neraka! Cenyum sikit. Alololo comel! Maaaa..cam anjing!" -Aden.