Never click suspicious links
Reminder: Wattpad will never ask for passwords, payment information, or other sensitive account security details.
Baby novel🍁🌼
65 cerita
Hari ini, Esok dan Selamanya [COMPLETE] oleh NourZefe
NourZefe
  • WpView
    Membaca 74,858
  • WpVote
    Vote 4,422
  • WpPart
    Bab 50
Aira Akasyah jalani hidup yang cukup bahagia. Namun semuanya berubah selepas dia disahkan kanser. Tiada banyak masa lagi untuknya. Dengan itu, dia ambil keputusan untuk penuhi impiannya dengan membeli sebuah apartment yang terletak di sebalik gunung. Aira sangka dia boleh menghabiskan sisa hidupnya di situ dengan tenang. Malangnya tidak bila jiran di hadapan rumahnya tiba-tiba mengetuk pintu dan menghalaunya keluar. Lelaki itu sangat biadap membuatkan Aira sangat membencinya. Rizq Akasyah jalani hidup yang sangat sunyi dan damai sehinggalah muncul jiran baru tinggal di hadapan rumahnya. Di mana itu sangat mengganggu ketenteraman. Kerana Rizq bencikan bunyi. Dia dikurniakan deria pendengaran yang teramat kuat. Rizq mampu mendengar apa-apa sahaja. Itu adalah kuasa bagi orang lain, tapi tidak bagi Rizq, itu adalah sumpahan. Suara orang bercakap pun boleh buatkan gegendang telinganya mahu pecah. Oleh itu dia selalu memakai headphone di telinganya. Berjumpa dengan Aira buatkan dia alami sesuatu yang tak pernah dijangka. Dia tak dapat dengar suara Aira melainkan dia buka headphone itu. Hanya suara dia sahaja yang kedengaran normal. Buat pertama kali dia boleh berhadapan dengan seseorang tanpa menyakitkan telinganya. Dan itu meninggalkan sesuatu dalam hati Rizq.
Pencinta Setiamu © oleh reverielyn
reverielyn
  • WpView
    Membaca 461,973
  • WpVote
    Vote 23,460
  • WpPart
    Bab 63
Sejarah hidup Almahayra Fateeha Sofeya membuatkan dia menjadi seorang gadis yang berdikari sehingga dia menganggap cinta bukanlah satu keperluan untuknya. Sehinggalah seorang lelaki bernama Nazmi Zahran cuba mengetuk pintu hatinya. "Saya ni degil orangnya. Kadang-kadang gila sikit. Kalau saya kata saya nak awak, maknanya saya nak awak juga. Almaklumlah, anak kedua lah katakan" - Nazmi Zahran "Laa yeke. Saya pun keras kepala orangnya. Kadang-kadang baran sikit. Kalau saya kata saya tak nak, maknanya saya tetap tak nak. Almaklumlah, anak kedua lah katakan" - Almahayra Fateeha Sofeya "Cantik! Maknanya kita ada banyak persamaan. Okey, jom kahwin" - Nazmi Zahran "Wah! Mudahnya awak ajak perempuan kahwin. Kalau awak nak cari doktor psikatri untuk rawat penyakit gila awak tu, saya bukan orangnya. Sila cari dekat portal cari jodoh, tak pun dekat hospital. Dah, jangan kacau saya. Saya nak makan" - Almahayra Fateeha Sofeya Semenjak dari pertemuan pertama mereka, Nazmi mula tertarik pada gadis yang baru dia temui. Bermacam-macam cara yang dia lakukan untuk menambat hati si gadis. "Awak kerja apa ya?" - Almahayra Fateeha Sofeya "Kenapa awak tanya?" - Nazmi Zahran "Tak ada apa. Saya cuma nak bagitahu bos awak yang awak selalu curi tulang" - Almahayra Fateeha Sofeya "Eh, saya tak curi tulang. Saya hanya curi hati awak je" - Nazmi Zahran Published : *FEBRUARY 2025*
[C]✓Mrs. Maiq Hakimi oleh Faijaa
Faijaa
  • WpView
    Membaca 2,633,887
  • WpVote
    Vote 128,371
  • WpPart
    Bab 57
[ Spin off Mrs. Kai Harrieth] MAIQ HAKIMI - Jejaka yang bertugas sebagai penyiasat jenayah. Detektif? Ya dia seorang pegawai polis berpangkat detektif. Mahir dalam mengesan dan menjejaki penjenayah-penjanayah diluar sana. Jejaka yang dulunya seorang penghibur malah suka bergurau. Tapi kerana satu kejadian yang telah memberi impak terbesar dalam hidupnya telah merubah perwatakannya. Dari suka bergaul kini dia suka menyendiri malah mula dikenali dengan perwatakan bekunya. serta tanpa perasaan. JANNAH ADRIANA - Seorang gadis periang yang berkerja sebagai doktor gigi. Dikenali dengan perangai masuk airnya serta kecomelannya. Mempunyai paras yang cantik dan mampu menarik perhatian orang-orang disekelilingnya. Sifatnya yang lemah lembut malah selalu merendah diri. Tapi siapa sangka? Dalam diam dia cuba berusaha menghilangkan perasaan yang sudah terpendam lama terhadap seorang lelaki. Perasaan yang tidak pernah dia luah. Tetapi seakan susah untuk dia menghilangkan perasaan tersebut. Inikan dia luah. Belum dia luah saja dia sudah tahu perasaan lelaki itu terhadapnya. Tidak mempunyai perasaan terhadapnya. Tingkah jejaka itu saja selalu menyakitinya dalam diam. Makanya dia mengambil keputusan untuk berusaha menghilangkan perasannya terhadap jejaka itu walaupun seakan tidak mampu ia lakukan. Ya jejaka itu Detektif Maiq Hakimi. Tiada siapa yang tahu apa yang terpendam dalam lubuk hatinya. Hanya dia saja yang tahu. Yang pasti dalam dia tidak menghiraukan keadaan sekelilingnya. Tapi dalam hatinya ada seseorang. Jannah Adriana. Gadis itu yang bertaktah didalam hatinya. Dalam dia menunjukkan tiada keinginan dekat gadis itu. Tapi akan dia pastikan tiada siapa yang dapat memiliki gadis itu selain dia. Amaran : [Pembaca matang saja] [Cringe] [18SG] ⚠️So read at your own risk⚠️ ⚠️All characters, Location, Places, Incidents in this story are fictional!⚠
BOOK I: THE KASYAF FAMILY [C] oleh theartofsiha
theartofsiha
  • WpView
    Membaca 575,802
  • WpVote
    Vote 19,291
  • WpPart
    Bab 96
"KALAU AKU TAK DAPAT KAU, TAK ADA SESIAPAPUN AKAN DAPAT." Ibarat sumpahan. Kalimah itu membuatkan si obsesi hilang pertimbangan diantara delusi dan realiti. Malah si obsesi sanggup menjerut takdir orang sekeliling hanya kerana rasa berahi membanjiri diri. Saban hari berganti, obsesinya semakin tenat, licik dan mengganas. Persoalannya, siapakah si obsesi? "Aku jadikan perempuan tu pemuas nafsu setiap kali aku bayangkan wajah kau... See? You're all I ever think about... I've waited for this moment for a long time. Now, you are mine to own, understand??" -Si obsesi(Mastermind)- "Ka-- kau... kau rancang semuanya dari mula lagi??? How could you do this?!! Keluarkan aku dari sini!!!" -Nur Tiara Delima- Genre: | Thriller | Suspense | Action 📌Bacaan penuh sinopsis di bahagian pengenalan. DISCLAIMER: ALL RIGHT RESERVED. SEBARANG BENTUK PLAGIAT DAN CIPLAK ADALAH DILARANG SAMA SEKALI. KARYA INI 100% HAK MILIK AUTHOR THEARTOFSIHA. WARNING: Tidak sesuai untuk bacaan bawah 21 tahun 🔞 Action 🔞 Thriller 🔞 Mature 🔞 Manipulation 🔞 Obsessive 🔞 Possessive 🔞 Abusive 📌READ AT YOUR OWN RISK! All right reserved @theartofsiha 2023
ILYA : SEADANYA DIRIMU (C) oleh nrdyann_
nrdyann_
  • WpView
    Membaca 1,019,717
  • WpVote
    Vote 36,757
  • WpPart
    Bab 65
THIRD ⭐ ILYA X KHAIR ⭐ Selepas kematian Datuk Baharudin, Isterinya Datin Rubittah berkahwin semula bersama Malek dan mempunyai keluarga baru. Ekoran dari semua harta peninggalan arwah suaminya di letakkan ke atas nama Ilya,Datin Rubittah tidak betah dan mula mahu mengawal anaknya dengan mahu menjodohkan Ilya dengan anak tirinya Mikhail. Kerana tidak mahu harta tersebut jatuh ke tangan orang lain. Namun Ilya tidak suka dengan abang tirinya itu. Sikap playboy dan banyak skandal langsung tidak menarik minat dirinya untuk berbaik dengan lelaki itu. Pokoknya Mikail itu bukan calon pilihan hatinya. Disebabkan itu buatkan Ilya memilih untuk mencari calon suami dalam masa terdekat. Calon suami express,Calon suami yang diupah untuk larikan diri dari mamanya dan abang tirinya itu. __________________________ "Ini apa yang I boleh tawarkan pada you. Tapi perkahwinan ini ada syaratnya." Ilya Umara "Awak tengah beli maruah saya dengan duit ke sekarang ni?"- khair Nafiz "Tak,tapi kalau you rasa macam tu then yes."- Ilya Umara MATURE CONTENT 🔞 Kandungan bacaan ini mengandungi elemen dewasa. Tidak sesuai untuk bawah 18 tahun. Start: 15 may 2024 End : 24 July 2024
IVAN QIDRAN oleh Daniaaryanna
Daniaaryanna
  • WpView
    Membaca 1,790,125
  • WpVote
    Vote 52,887
  • WpPart
    Bab 70
STATUS: COMPLETE IVAN QIDRAN x AERIS ALAIA Disebalik wajah ceria Aeris Alaia tersembunyi luka yang tak pernah sembuh. Membesar dalam dunia yang tidak adil, ibu yang bergelut dengan sakit mental, ayah tiri yang penuh kekerasan, dan bayang seorang ayah kandung yang langsung tidak pernah dikenalinya. Sehinggalah takdir mempertemukan dia dengan seorang lelaki asing yang sering muncul tanpa diundang, Ivan Qidran. Dari situ, hidup Aeris mula berubah. Hidup yang dulunya kelam kini mula bercahaya. Dalam satu keberanian yang hampir dianggap gila, Aeris melangkah lebih jauh. "Awak, awak nak kahwin dengan saya tak?" - AERIS ALAIA "Desperate sangat ke kau ni sampai ajak aku kahwin?" - IVAN QIDRAN Saat Aeris cuba mendekat, Ivan sentiasa memilih untuk menjauh. Ada benteng yang sengaja bina antara mereka. Katanya, Aeris hanyalah 'adik'. Tapi benarkah sekadar adik atau itu cuma alasan untuk menyembunyikan rasa aneh yang semakin bercambah? "Kerana janji dan amanah, takdir kita tercipta."
HANYA KAMU SAJA [Complete] oleh Mi_Amethyst
Mi_Amethyst
  • WpView
    Membaca 569,519
  • WpVote
    Vote 21,966
  • WpPart
    Bab 62
Jika Hawa di cipta untuk menemani Adam, maka engkau di cipta untuk menemani aku. Jay Zaqwan Kobayashi x Nur Ayana Kisah kesetiaan seorang suami yang di curangi oleh isteri yang selama ini di layan seperti ratu, di tatang bagai minyak yang penuh. Terputus jua ikatan perkahwinan yang sudah terbina 5 tahun lama nya dan hati si suami sangat terluka. Namun percaturan takdir yang sangat indah, telah mempertemukan Jay dengan gadis malang, Ayana dalam masa beberapa jam selepas dia menceraikan isterinya. Bila bahagia mula hadir, dugaan maha hebat melanda rumahtangga mereka. Dan Jay bukan lah lelaki biasa yang hanya akan melihat isteri nya di sakiti. Siapakah Jay Zaqwan Kobayashi? Di sebalik ketampanan wajah nya sebagai lelaki gagah, seorang hartawan dan juga CEO yang di segani oleh klien2 dari Jepun. Hanya Kamu Saja.. Akan merungkai kisah mereka..
Pengganti Cinta ✓ oleh shazandrah
shazandrah
  • WpView
    Membaca 495,568
  • WpVote
    Vote 22,273
  • WpPart
    Bab 78
[ 𝓛𝓸𝓿𝓮 𝓼𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝓿𝓸𝓵 1 ] "We're getting older and the love is still here." Ariana Qalisha , nama secantik tuannya menjalani kehidupan yang sangat indah . Disayangi oleh kedua ibubapa , diberi kasih oleh abang-abang nya dan mendapat cinta dari orang yang dincintainya , Emran Iskandar . Namun begitu kisah cinta antara Ariana Qalisha dan Emran Iskandar hancur begitu sahaja disebabkn orang ketiga yang dianggap kawan rapat ternyata musuh dalam selimut . " Sampai hati korang buat aku macam ni ! " - Ariana Qalisha " I can explain everything but please trust me , i'm still loving you " - Emran Iskandar Dia yang telah hancurkan segalanya tiada langsung rasa kesal dihati . Jika maaf hanya sekadar di mulut bukan dari hatinya . Tiada langsung rasa penyesalan membuat kawan rapatnya sebegitu . " Aku bukan rampas hak dia . Dia dah putuskan . " - Engku katrina Disaat Ariana Qalisha sudah mula menutup pintu hatinya , datang si dia yang begitu misteri . Dia mengetahui segalanya tentang Ariana Qalisha . Namun begitu , Ariana Qalisha langsung tidak mengenalinya dan langsung tiada memori tentang si dia di kotak fikirannya . Siapakah sebenarnya si dia di dalam hidup Qalisha ? " Hye sayang . " - Rayyan Mikael " Apa awak ni panggil saya sayang ? Nak kena tumbuk ke hah ? . " - Ariana Qalisha " Eleh , nak marah-marah . Sebenarnya awak suka kan ? " - Rayyan Mikael " Awak merepek apa ni ? Gila eh ? " - Ariana Qalisha " Haah , gilakan awak " " Sah dia ni gila " start : 28 february 2021 end : 5 november 2021 Amaran ! [ typo everywhere ] [ PLAGIAT DILARANG KERAS ⚠ ] idea 100% saya perah dari otak saya ! beautiful cover by @swordlily_
Jika Kau Yang Memiliki || COMPLETE  oleh chrysyaniezz
chrysyaniezz
  • WpView
    Membaca 312,443
  • WpVote
    Vote 14,179
  • WpPart
    Bab 66
○Bacaan ringan dan santai○ ⚠️ tatabahasa tunggang-langgang. Read it at your own risk ⚠️ Zael Indera x Izel Aralyn Masa lalu kelam yang menghantui diri menjadikan Izel pesimis terhadap kehidupan berpasangan. Bagi Izel Aralyn, tiada istilah cinta dari lelaki luar yang boleh membahagiakan kerana kaum itu hanya menyakiti jiwa dan raga seseorang wanita. Namun, takdir menyimpan rahsia sebaliknya. Pertemuan Izel Aralyn dengan salah seorang sahabat abangnya merubah warna dalam hidup Izel. Memberi seribu persoalan dan ragu tentang layanan yang jejaka itu berikan kepada Izel. Dan dalam masa yang singkat, ternyata sang jejaka telah menaruh hati padanya. Pinangan lelaki itu ditolak, dan takdir memisahkan mereka buat seketika. Namun entah mungkin kerana jodoh mereka yang kuat, Izel tetap disatukan dengan sang jejaka. Awalnya Izel bertekad untuk membenci, tanpa sedar secebis hati telah diserahkan buat lelaki itu. Ikatan suci yang termeterai membina kepercayaan. Personaliti sang jejaka membelai sukma. Bagi seorang Izel Aralyn, Zael Indera terlalu sempurna untuk dia yang banyak kekurangan. Namun, saat hati mula meletakkan kepercayaan, dugaan demi dugaan datang membadai laut yang disangka akan selamanya tenang. Mampukah Izel bertahan? Atau adakah rumahtangganya akan hancur seperti apa yang ditakutinya selama ini? Jika dia yang memiliki, akankah bahagia itu kekal abadi? Start: 18 Februari 2025 End:-23 Disember 2025