nazihah123's Reading List
2 stories
𝐏𝐞𝐫𝐟𝐞𝐜𝐭 𝐏𝐫𝐨𝐦𝐢𝐬𝐞 | C by missdiraa
missdiraa
  • WpView
    Reads 521,822
  • WpVote
    Votes 19,275
  • WpPart
    Parts 52
𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐑𝐢𝐳𝐪𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐦𝐞𝐞𝐝 | 𝐍𝐮𝐰𝐚𝐢𝐫𝐚 𝐙𝐚𝐟𝐢𝐫𝐚 Satu perkahwinan yang terjadi tanpa cinta. Tiga hati yang terikat dalam perasaan yang tidak sepatutnya bersatu. Nuwaira Zafira melangkah masuk ke dalam hidup seorang lelaki yang hatinya sudah dimiliki orang lain. Namun dia tidak datang untuk mengalah. Ada sebab mengapa dia memilih untuk bertahan. "I cuma nak pertahankan hak I yang pernah hilang dulu." Tengku Rizqan Hameed pula bergelut dengan hatinya sendiri. Antara janji yang pernah dia buat, dan perasaan yang perlahan-lahan berubah tanpa dia sedari. "Sampai bila-bila, hati aku cuma untuk Sandra." Cassandra Alora yakin, cinta mereka tidak pernah pudar. Dan dia tidak akan membiarkan sesiapa merampas apa yang dia percaya miliknya. "Riz cintakan I. Riz tak cintakan dia." Di sebalik hubungan yang semakin rumit, tersimpan satu rahsia dari masa lalu. Rahsia yang mampu mengubah segalanya tentang perkahwinan ini dan tentang siapa sebenarnya Nuwaira dalam hidup Rizqan. Apabila kebenaran muncul,adakah cinta akan memilih untuk kekal...atau akhirnya, ada hati yang perlu terluka untuk selamanya?
Sedetik Lebih [COMPLETE] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 1,587,981
  • WpVote
    Votes 83,190
  • WpPart
    Parts 102
Maryam Elara tidak pernah menyangka, takdir akan menemukan dia semula dengan lelaki yang pernah menjadi suaminya, Raif Kaysan. Di sebuah majlis penuh gemerlapan, dia hanya seorang cleaner, sementara lelaki itu kini seorang CEO yang gah berdiri di puncak kuasa. Namun, tatapan Raif padanya bukan lagi penuh kasih, tetapi sarat dengan benci dan dendam yang bertahun-tahun terpendam. "Dahulu kau tinggalkan aku macam sampah. Sekarang kau datang sebagai apa? Cuma cleaner aje?" Raif melayan Maryam tak ubah seperti sampah, menghina dan merendah-rendahkannya tanpa belas. Dia mahu wanita itu merasa sakit, sama seperti luka yang Maryam tinggalkan dalam hidupnya dahulu. Tambah pula Maryam beralih kerja disyarikatnya, seakan membuka ruang untuk dia menjalankan misi dendam. "Jangan sebut nama aku, Jangan mengadu apa-apa pada aku, dan pastikan jarak kau berdiri 5 meter dari aku, faham?"-Raif Kaysan "Baik, brader."-Maryam Elara "Apa kau cakap?"-Raif "Tadi cakap tak boleh panggil nama, saya panggilah brader."-Maryam Setiap hari, Maryam hanya diam dan menerima segala perlakuan dingin Raif tanpa membantah. Dia tidak melawan, tidak juga merungut, meskipun lelaki itu menggunakan pangkatnya sebagai bos untuk membuli dan merendahkannya sesuka hati. Namun, tanpa sedar, sesuatu dalam diri Raif mula berubah. Dendam yang sekian lama membara perlahan-lahan pudar, digantikan dengan perasaan yang sepatutnya tidak wujud lagi, rasa yang pernah dia buang jauh-jauh dahulu. Kenapa? Kenapa hatinya mula goyah? Kenapa, setelah semua yang berlaku, dia masih mahu mencintai wanita itu? "Kalau masa berbaki sedetik lebih sekalipun, aku takkan patah balik pada kau."-Raif "Saya faham, jadi tak perlu bazirkan sedetik lebih itu untuk saya lagi."-Maryam Namun... adakah pertemuan Maryam membawa sebuah rahsia yang tersimpan sekian lama? Dan jika masa itu memiliki sedetik lebih lagi... apakah ia akan dipenuhi dengan cinta, atau terus dihimpit oleh dendam?