syafiqbakrii's Reading List
166 stories
HARIMAU JADIAN by dearnovels
HARIMAU JADIAN
dearnovels
  • Reads 813
  • Votes 39
  • Parts 10
​Tajuk: HARIMAU JADIAN Penulis: ZARINI MANSOR Harga: RM24/RM27 Kemalangan bas pada lima tahun lalu menyebabkan Farid hilang tanpa jejak. Sekian lama masa berlalu, Emy masih tidak berputus asa mencari abangnya itu. Namun, lain yang dicari, lain pula yang dijumpai. Emy bertemu seorang lelaki dan dikurung di dalam sebuah gua. Lelaki misteri yang disangka gila itu sebenarnya bukanlah manusia biasa. Harimau jadian? Dan, lelaki itu tidak henti-henti menghalau Emy pergi dari situ. "Mungkin kau boleh bantu aku." "Aku tidak dapat membantu kau." "Kenapa? Kau mesti tahu sesuatu. Kau... bukan manusia, kan?" "Manusia ataupun tidak, bukan urusan kau untuk bertanya itu dan ini. Kau mesti keluar dari sini." Berkali-kali dipujuk rayu, Tajul Asran akhirnya terpaksa bersetuju dan membawa Emy ke sebuah dunia yang dipanggil Tujuh Dahan, untuk bertemu dengan Raja Hutan. Di samping hendak membebaskan lelaki yang disangka abangnya, Emy berpeluang menyaksikan pertarungan antara Ulung Tajul Asran dan Ulung Kaala Ghazi, lelaki berketurunan harimau jadian. 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗛𝗔𝗡𝗧𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗖𝗨𝗠𝗔 ​​Untuk melanggan http://www.wasap.my/+60132588069 http://www.wasap.my/+60132588069 http://www.wasap.my/+60132588069
Hikayat Satria-Satria Sejati: Arus Perubahan by HilalAsyraf
Hikayat Satria-Satria Sejati: Arus Perubahan
HilalAsyraf
  • Reads 6,747
  • Votes 112
  • Parts 7
Hikayat Satria-Satria Sejati: Arus Perubahan - Enam bulan telah berlalu selepas tragedi di Wagangada. Enam bulan juga Ariki dan rakan-rakannya berkampung di Hutan Maut bersama Ibu Umeira. Enam bulanlah juga Ishmakil tidak pulang-pulang kepada mereka. Ibu Umeira telah memutuskan untuk menghantar Ariki dan rakan-rakan mengembara ke Negara-Negara Timur, mencari Ishmakil. Destinasi pertama mereka ialah Mastazadi, sebuah negara yang dipimpin seorang budak bernama Arata. Di sana, mereka akan teruji dengan konflik demi konflik, yang menjemput 1001 persoalan terhadap perjuangan mereka, persahabatan dan masa hadapan antara mereka! Pada masa yang sama, deklarasi Ariki di Wagangada telah menginspirasikan pemberontakan di Mukan'Aja. Kini mereka berkumpul di Masjid Al-Aqsa yang terletak di LikuWaku. Keadaan itu memaksa Lutello turun ke sana untuk berhadapan dengan mereka, tanpa mengetahui ada kejutan sedang menanti dirinya. Sambungan Hikayat Satria-Satria Sejati: Generasi Baru ini pastinya penuh dengan debaran!
Segi Tiga Bermuda X Atlantis  by NuruSyamimi
Segi Tiga Bermuda X Atlantis
NuruSyamimi
  • Reads 9,347
  • Votes 278
  • Parts 23
Dunia menjadi semakin aneh dengan fenomena tidak dapat dijelaskan , fakta terbatas dan fiksyen yang menyimpang dari norma ! Apabila tiada siapa mempercayai... apa dan bagaimana untuk membawa kita ke landasan yang betul apabila diselubungi spekulasi ? Berbekal bukti yang sedikit , keajaiban dunia tetap dibongkar ! Lihatlahh dengan pandangan lebih jelas dan minda terbuka. Jangan sesekali lupa kebenaran di luar sana... Info menarik... Pendedahan fail sulit... Membongkar enigma... Bersediaa mencari kebenaran ? Masuk ke alam ghaib ! Alam aneh ... Kota yang lenyap ! Dua tajuk dalam kisahh ni , iaitu Atlantis dan jugaa Segitigaa Bermuda . Adakah ini benar ? Allahu .. Tuhan lebih mengetahui .. Start : 26/11/2017 End :-
Tak Apa, Saya Dah Biasa by comradenami
Tak Apa, Saya Dah Biasa
comradenami
  • Reads 95,960
  • Votes 1,177
  • Parts 22
Romi merupakan seorang pekerja syarikat insurans yang mempunyai kehidupan yang membosankan. Dia tak percaya pada cinta. Dia rasa cinta ni terlalu menyakitkan. Dia hidup single walaupun dah lama jadi bujang lapok kerana kepercayaan tu. Satu hari, Norma pindah sebelah rumah, duduk dengan sepupunya, Bunga Ramona.
prolog Maka Sabda Zarathustra by RidhwanSaidi
prolog Maka Sabda Zarathustra
RidhwanSaidi
  • Reads 1,292
  • Votes 24
  • Parts 10
prolog Thus Spake Zarathustra (1883) oleh Friedrich Nietzsche terjemahan manira pada tahun 2013 sebagai latihan menulis, kini dikongsi buat tatapan jelata.
previu Stereo Genmai by RidhwanSaidi
previu Stereo Genmai
RidhwanSaidi
  • Reads 1,410
  • Votes 21
  • Parts 7
STEREO GENMAI sebuah advencer psikedelik gelap yang meneroka alam kesedaran seorang pengarang dan karakter rekaannya. Ini previu 25 muka surat pertama novela Stereo Genmai terbitan Moka Mocha Ink, 2012. "Belum pernah Siz baca buku BM yang memaksa Siz untuk menggunakan otak (sampai migraine actually). Tahniah Ridhwan Saidi sebab, 'You kinda made me think what writing is all about.'" -Zulaikha Sizarifalina "Buku ini ibarat memanggil-manggil dan menggoda-goda aku untuk terus dan terus baca sehingga aku sedar-sedar sudah pun di helaian terakhir buku ini. Ah, aku cadang mahu habiskan ketika aku sedang bercuti nanti. Tapi apakan daya, aku tidak mampu melawan betapa orgasmiknya buku ini." -Wfx "Ridhwan Saidi again, bring us back to his exploding elements of psychedelic imagination, every character's build with infinity un-logical explanation, misalnya siapa yang begitu lengkap untuk mereka menyatakan pendapat tentang idea-idea kontinuum ruang masa dan kontinuum idea mimpi (mungkin aku belum pernah keluar lagi) setiap watak-watak dalam novel seperti mempunyai ceramah berjela pada setiap dialog sejurus keinginan nafsu untuk membaca dengan lebih lagi berterusan sampaikan pada pengakhirannya tidak terasa tamat. Kepala otak masih lagi lingering with ideas and batshit facts stuff macam dalam inception berkenaan idea-idea mimpi." -Nadhirah Hamzah "Sungguh magikal! Saya rasakan seolah-olah baru lepas dari satu trip minda, menjadi roh yang merewang-rewang menjadi saksi untuk kehidupan seorang penulis bernama K.M Raslan yang mungkin wujud di dimensi lain dengan pseudonim R. Saidi mungkin (parallel universe) atau K.M Raslan merupakan pseudonim bagi penulis yang wujud di dimensi ini?" -Arif "Aku dah ulang baca novel ni hampir tiga kali. Bukan kerana plotnya power macam novel Nadia Khan. Tapi, aku berasa suatu perasaan berlainan semasa menghadam Stereo Genmai. Macam aku kata awal tadi novela ini mindfucked!" -Hairie R P/S: Ulasan penuh boleh dibaca di Goodreads!
DI SEBALIK HIJAB by Websutera
DI SEBALIK HIJAB
Websutera
  • Reads 1,732
  • Votes 100
  • Parts 22
Setiap makhluk mukallaf yang berdialog dengan Allah melalui al-Quran, solat, zikir dan amalan ibadah wajib dan sunat yang lain akan menemui jalan pulang. Lalu Allah dengan segala kebesaran dan keagungan-Nya pasti menjawab. Apa ada dengan gua yang mengajak cinta masuk ke dalamnya? Tujuh pemuda beriman mencari cinta Allah yang abadi, bukan melarikan diri lantaran takut. Dakwah dan jihad, itulah yang mereka dambakan. Gua nyaman menjadi titian merentas masa untuk menjadi iktibar di masa depan. Dalam pada itu, di suatu masa hadapan ... kumpulan pejuang berjihad harta benda dan jiwa raga demi meraih nilai syahid, bahkan redha Allah semata-mata. Perjuangan seringkali perlu strategi, bukan main belasah membuta tuli! Itulah nilai sebuah CINTA, bersama GUA dan alam fauna yang senantiasa menunggu manusia-manusia yang soleh. Pemuda jihad, Mujahiden dan alam buana ... sama-sama mencari CINTA! Demi CINTA, sebuah GUA dan banjaran gunung bersaksi akan keimanan para pemuda. Perang itu tipu muslihat, sabda Rasulullah SAW.
ORKESTRA ARMAGEDON by Websutera
ORKESTRA ARMAGEDON
Websutera
  • Reads 1,238
  • Votes 112
  • Parts 16
Bagi Yahudi, tertawannya Baitulmaqdis ke tangan tentera Islam sebagai petanda kemusnahan Armagedon, salah satunya, walaupun ia hanya doktrin busuk. Maka kumpulan Yahudi yang kemudiannya dengan fahaman Zionis terus-menerus memalu genderang perang terhadap umat Islam. Mereka bersekongkol secara diam-diam dengan ajaran Syiah di Parsi (Iran). Bagi mereka perkataan 'jihad' wajib dikuburkan dari dada pemuda, pemudi dan umat Islam Ahlul Sunnah. Dalam Bible Perjanjian Baru, Armagedon (atau ejaan Armageddon) ialah 'lokasi di mana raja-raja bumi di bawah kepemimpinan dunia kegelapan (Iblis atau syaitan) akan berperang melawan kekuatan Tuhan pada akhir usia dunia'. Armagedon disebutkan dalam bahagian Wahyu John. Namanya merujuk kepada Gunung Megiddo atau Lembah Megiddo, yang berlokasi strategik di bumi Palestin yang dijarah Israel. Rujukan doktrin Bible lain menunjukkan lokasi tempur ialah di Jerusalem. Misi Armagedon dicanang dan dirancakkan oleh mereka. Armagedon dimulakan dan akan berakhir di Baitulmaqdis atau di wilayah Syam. Itulah cita-cita Iblis, Dajjal dan konco-konco Zionis-Yahudinya. Semoga bermanfaat untuk semua. Sebuah taakulan dalam mencari makna sebuah usaha jihad. Bukan semata-mata perang senjata, malah ia turut merangkumi perang doktrin.
Chronicle Viking Melayu by Websutera
Chronicle Viking Melayu
Websutera
  • Reads 667
  • Votes 24
  • Parts 5
Novel sejarah alternatif dalam bentuk saga sejarah dan thriller. Menggali pengetahuan lama yang ditinggalkan dan digelapkan.
Akak Kemboja by NaimTamdjis
Akak Kemboja
NaimTamdjis
  • Reads 20,799
  • Votes 904
  • Parts 9
Siti adalah seorang ibu tunggal telah dihalau oleh emak mertua dan abang iparnya dari rumah peninggalan suaminya. Bersama anaknya Johari yang berusia 7 tahun, mereka terpaksa berpindah ke sebuah flat di Bandar Baru Bangi kerana dia bekerja di salah satu kilang di situ. Memandangkan emaknya sering mengambil kerja lebih masa setiap malam minggu, maka tinggallah Johari seorang diri di rumah. Setiap kali tinggal seorang diri di rumah, Johari sentiasa terdengar bunyi bunyi aneh dan gangguan samada dari dalam atau luar rumahnya. Satu hari Johari menyiasat dari mana datang bunyi dan terserempak dengan Akak Kemboja. Mereka berdua menjadi 'kawan' sejak hari itu dan Akak Kemboja berjanji akan melindunginya.