Tema Cinta
7 stories
Bekas Kekasih Dia! ☑ by myladyv
Bekas Kekasih Dia! ☑
myladyv
  • Reads 2,404,748
  • Votes 89,884
  • Parts 52
Genap 6 tahun hubungan cinta antara Dian Raisya dan Aidil Zulkarnain, akhirnya hubungan mereka terputus juga. Dian merupakan seorang gadis yang ceria dan setia tetapi hubungan mereka terputus semuanya angkara Aidil yang mahu hubungan cinta mereka dirahsiakan daripada pengetahuan orang ramai. Mula-mula, Dian masih boleh bersabar. Lama-kelamaan, dia mula makan hati. Yelah, siapa tak makan hati kalau terpaksa bercinta senyap-senyap selama 6 tahun? Aidil ingat dia siapa? Lawyer? Majistret? Ahli muzik? Artis sekarang ni kalau bercinta pun dah canang satu Malaysia tau! Aidil Zulkarnain, seorang yang lelaki yang penuh dengan ego dan kerana keegoannya itu, dia sendiri yang memutuskan hubungan antara dia dan Dian yang sudah lama terjalin. Apabila dia tersedar akan kesilapannya melepaskan Dian, Aidil mula menjalankan misi ingin memenangi hati Dian semula. Tetapi, Dian bukan seperti Dian yang dulu. Dian kini menjadi seorang yang degil dan keras kepala apabila berhadapan dengan Aidil. Kehadiran Norman sebagai 'makhluk perosak' menyukarkan lagi misi Aidil. Bagaimanakah kesudahan hubungan mereka? *** p/s Arghhh ini dah masuk kali ketiga tulis sinopsis (setiap kali tulis mesti berlainan). Tak tahu kenapa tapi Wattpad selalu delete sinopsis yang saya dah tulis. Pfft. Dua kali tulis pakai handphone and kali yang ketiga ni try pakai desktop pulak. Kalau yang ini dia delete jugak, nak mogok 20 hari.
Cinta Jangan Pergi ☑ by myladyv
Cinta Jangan Pergi ☑
myladyv
  • Reads 2,177,288
  • Votes 85,791
  • Parts 73
Bagaimana jika anda terjatuh cinta pada bekas suami kawan baik anda sendiri? Yang mana lebih penting? Persahabatan atau percintaan? Ini kisah Hana Dahlia, yang tidak menjangka akan terpaut hati pada bekas suami kawan baiknya sendiri. Antara cinta dah persahabatan, yang manakah menjadi pilihan Hana? Mula : 27 April 2017 Tamat : 20 Februari 2019
Kelab Pencurang Cinta by comradenami
Kelab Pencurang Cinta
comradenami
  • Reads 167,419
  • Votes 2,250
  • Parts 31
Pencurang seringkali dilihat sebagai perbuatan yang keji, dan jahat. Tapi, kenapa pencurangan tetap berlaku? Radzi dan Emma merupakan pasangan yang berkahwin hampir enam tahun, dan bercinta sejak di bangku sekolah. Mereka dilihat bak merpati dua sejoli, namun di satu pesta gathering bekas rakan sekolah, ada hati yang telah disentuh. Ada hati kecil yang mencintai sepenuh hati sejak dahulu, namun tidak keyakinan. Sehingga dia sedar hidup cuma satu kali. Dan kalau tak cuba, dia akan gagal selamanya. Kadang-kadang, jodoh itu tersilap. Dan harus dibetulkan dengan kecurangan!