Cindaipatra's Reading List
6 stories
Akta (Syaitan) by BenzAli
Akta (Syaitan)
BenzAli
  • Reads 3,147
  • Votes 95
  • Parts 9
Akta ini dibuat untuk menghalang para syaitan dari dihinakan. Akta ini dibuat untuk para syaitan melakukan kejahatan sewenang - wenang. Inilah tujuan akta ini diwujudkan. Sesiapa yang menulis, mengedit, me - wattpad, me itu, me ini akan perilaku para syaitan, akan ditekan sampai terberak. Banyak orang sudah terberak sampai tak keluar taik lagi. Inilah tujuan akta ini diperkenalkan pada satu hari yang rusuh. Kadangkala akta ini berbunyi agak drakula, draconian, kata ahli akademik membetulkan. Tiada siapa yang dapat menghalang para syaitan babi anak haram ini berbuat apa sahaja. Semua orang terlalu bangsat saat ini. Semua orang terlalu berhati - hati, dan para syaitan bermaharajalela sepuas hati. Semua orang penakut dan hanya bising dalam group Whats App. Semua orang tak mahu masuk penjara. Semua orang taknak mati dalam masyarakat borjuah, sebuah masyarakat yang hanya memikirkan tentang nafsi - nafsi (sendiri - sendiri). Banyak pemuda dan petua yang semberono mengkritik para syaitan, ditangkap, diheret dan disiksa. Banyak orang hanya mengharap messiah turun dari langit dan menyepak kepala rakyat di negeri ini yang terlalu selesa diperintah para syaitan. Mereka sudah tak kisah itu messiah dari Sunnah atau Syi'ah, dari Islam atau Kristian, yang penting para syaitan ini boleh dijatuhkan. Mereka sudah bosan dengan tekanan demi tekanan akan menaikkan suhu pemberontakan, hukum dialektika kata diorang. Tapi kejadah apa dialektika babi ni. Rakyat negeri ini macam ok sahaja tol naik, kritik sikit kena tangkap. Butuh apa dialektika lancau ni. Ramai orang terpaksa merempat di jalanan kerana tak mampu membayar sewa rumah (sebenarnya bilik kecik) mampu belek. Rumah semakin mahal pun rakyat macam bodoh jugak. Layan drama petang - petang sedangkan harga timun makin mahal. Bodoh nak mampus. Apa benda entah yang rakyat negeri ni makan sampai jadi terlalu tolol? Ditipu setiap hari tetapi masih tetap percaya pada peti undi? Berapa ekor semut mereka telan setiap hari?
QuQurban by Cindaipatra
QuQurban
Cindaipatra
  • Reads 1,221
  • Votes 31
  • Parts 5
Istimewa Raya Haji: Sebuah kisah pengorbanan yang sadis dan tragis seorang lelaki bernama Qurban kepada tanah airnya. Semoga boleh dijadikan iktibar buat kita semua.
Rama-Rama by Cindaipatra
Rama-Rama
Cindaipatra
  • Reads 315
  • Votes 7
  • Parts 2
Seorang wanita yang hilang ingatan mendapati dirinya terperangkap di sebuah bandar kecil. Tanpa memori apa yang telah terjadi, dia berdepan dengan sebuah masyarakat yang seakan-akan telah dijangkiti suatu virus yang menyebabkan mereka kehilangan pertimbangan rasional. Di saat nyawanya menjadi buruan sekumpulan pembunuh psiko bertopeng, mereka sibuk merakamkan aksi-aksi yang berlaku di depan mata. Tiada seorang pun bersuara mahupun menghulurkan tangan membantu wanita malang itu.
Impian & Harapan by Cindaipatra
Impian & Harapan
Cindaipatra
  • Reads 1,738
  • Votes 54
  • Parts 5
Istimewa Hari Kopi Sedunia: Aeda Tuwah merupakan seorang pelajar lepasan SPM yang punyai pandangan berbeza bagaimana hendak mengubah nasib dan masa depannya.
2000s by comradenami
2000s
comradenami
  • Reads 170,504
  • Votes 5,641
  • Parts 83
Menceritakan tentang dekad yang baru lepas tidaklah secool cerita dekad yang 2-3 dekad lepas. Tapi oleh sebab belum ada orang buat, aku buat. Buku ini untuk mereka yang ingin sandarkan pada kenangan mereka ketika berhubung dengan makwe dengan handphone berharga 10sen setiap SMS, zaman seluar askar dan poket banyak dalam top, dan zaman Islam Hadhari dan AFUNDI MAWI. Kerana pada 2020 nanti, korang mesti cari punya buku ni.
#certotCP ~ koleksi by mycreepyposta
#certotCP ~ koleksi
mycreepyposta
  • Reads 1,380,056
  • Votes 37,270
  • Parts 115
C O M P L E T E D Dalam jargon indie, 'certot' bermaksud 'cerita kontot'. Hashtag #certotCP bermaksud 'cerita kontot creepyposta' yang dibantutkan menjadi dua-tiga ayat padu. Seramnya tak banyak - tapi cukup untuk buat awak tengok bawah katil dua kali sebelum tidur malam.