story
6 stories
MAKTUB {Menanti aydan Di Ujung Sajadah} by Dhil Maviahautor  by maviahauthor
maviahauthor
  • WpView
    Reads 180
  • WpVote
    Votes 113
  • WpPart
    Parts 3
Di balik dinding pesantren yang mengajarkan ilmu, adab, dan batasan, tersimpan kisah dua hati yang dipertemukan oleh takdir, tetapi diuji oleh keyakinan. Muhammad Aydan Zein Elvio, seorang santri yang teguh memegang prinsipnya, dan Nisa, seorang gadis yang menyimpan pertanyaan tentang makna cinta, takdir, dan sebuah gelar bernama "santri" Bagi Nisa, Aydan bukan sekadar seseorang yang membuatnya penasaran. Ada sesuatu dari pemuda itu yang membuatnya ingin memahami dunia yang selama ini hanya bisa ia pandangi dari kejauhan. Hingga suatu hari, Nisa memberanikan diri mengajukan sebuah pertanyaan yang tak pernah ia sangka akan mengubah cara pandangnya. "Jika benar seorang santri hanya pantas untuk santriwati, lalu bagaimana dengan seseorang yang bukan santriwati?" Aydan yang mendengar itu hanya terdiam. Ia tidak memberikan jawaban yang Nisa harapkan. Ia justru memilih pergi, meninggalkan pertanyaan yang menggantung dan hati yang belum menemukan penjelasan. Namun, benarkah gelar dan lingkungan yang berbeda menjadi satu-satunya penghalang di antara mereka? Bagaimana jika ada sesuatu yang lebih besar daripada sekadar perbedaan, sesuatu yang belum mereka pahami tentang takdir yang telah Allah tetapkan? Dan jika pada akhirnya mereka memang tidak ditakdirkan untuk saling memiliki, apakah menanti masih menjadi sebuah pilihan, atau justru keikhlasanlah yang harus mereka pelajari? Sebab, tidak semua pertemuan berakhir dengan kepemilikan. Ada yang hadir untuk mengajarkan kesabaran, ada yang pergi untuk menguji keikhlasan, dan ada pula yang hanya bisa dikenang dalam doa.
Will You Be Mine?  by gugurl
gugurl
  • WpView
    Reads 1,102
  • WpVote
    Votes 123
  • WpPart
    Parts 20
Langkah pertama Ayra Medina di alam universiti sepatutnya berjalan tenang seperti mahasiswi biasa yang lain. Namun, suasana persekitaran kampus ternyata berbeza sebaik sahaja kelibat seorang jejaka mula menjadi sebutan ramai-Tengku Harith Iskandar. Sebagai anak kepada individu penting yang memegang peranan utama di universiti tersebut, Harith bukan sahaja kaya dan bertatanan karisma, malah menjadi igauan serta perhatian setiap gadis di situ. ​Ayra merupakan seorang gadis yang ceria, kadang gila dan suka berseloroh. Perangainya yang humoris dan kadangkala melucukan membuatkan Ayra yakin bahawa dunia percintaan bukanlah untuk dirinya. Lagipun, dia tidak pernah berharap atau memikirkan ada lelaki yang bakal jatuh hati pada perwatakannya yang jauh daripada ciri-ciri gadis idaman malaya. ​Namun, tanpa disedari Ayra, ada mata yang sentiasa memerhati dalam diam. ​Bagi Tengku Harith Iskandar, kecantikan paras rupa bukanlah segala-galanya. Hatinya yang dingin mula terusik bukan kerana pesona luaran, tetapi kerana keunikan dan gelak tawa Ayra yang sentiasa mencuit hatinya. Perwatakan Ayra yang kuat makan, bersahaja, dan kadang gila itu menjadi punca Harith mula menyimpan perasaan secara rahsia. "kenapa saya harith?" - Ayra Medina "Sebab dalam banyak-banyak perkara yang tak disangka, jatuh cinta pada awak adalah takdir paling indah." - Tengku Harith Iskandar ​Daripada takdir pertemuan yang tidak disengajakan hingga ke detik-detik manis yang menguji batas ikhtilaf, mampukah cinta diam seorang anak Dato' sampai ke hati gadis yang tidak pernah menyangka dirinya akan dicintai?
CODE OF VALOR [OG] by hanaaeh__
hanaaeh__
  • WpView
    Reads 84,815
  • WpVote
    Votes 4,970
  • WpPart
    Parts 14
Lima tahun berlalu sejak Adara Darlene meninggalkan kisah lamanya bersama Darien Shah.Kini,Adara kembali bertemu lelaki itu tanpa pernah menyangka bahawa Darien bukan lagi lelaki yang pernah dikenalnya di kolej. "Jiran baru tu..macam serupa Darien!" -ADARA DARLENE "Kita pernah kenal ke?" -DARIEN SHAH Lelaki yang pernah disayangi dan pernah menjadi sebahagian dari hidup Adara,kini sudah menjadi seorang Kapten Tentera Darat.Lebih matang, lebih tenang dan menyimpan terlalu banyak perkara yang Adara tidak tahu. Termasuk satu hakikat bahawa lelaki itu pernah menjadi seorang suami kapada wanita lain. "Kau benci aku atau kau tak mampu untuk beritahu hati kau yang kau rindukan aku?" -DARIEN SHAH Pertemuan semula yang pada awalnya dianggap kebetulan perlahan-lahan membuka kembali kisah yang pernah mereka tinggalkan. "Semua orang benci aku.Semua orang benci kita,Darien!" -ADARA DARLENE "Five years changed everything about me,except the way i still look at you." -DARIEN SHAH Mampukah cinta lama kembali bersemi apabila kedua-duanya sudah berubah?Atau kali ini,mereka hanya dipertemukan untuk saling mengucapkan selamat tinggal buat kali terakhir? CODE OF VALOR
MAHKOTA EMBUN [C] by Miss_Zahirah
Miss_Zahirah
  • WpView
    Reads 26
  • WpVote
    Votes 10
  • WpPart
    Parts 15
Tahun 1920-an Di sebalik dinding istana yang megah, tersimpan sebuah kisah yang tidak pernah sampai ke telinga rakyat. TENGKU EMBUN SURAYA, seorang puteri diraja yang dibesarkan dalam kemewahan dan adat istana, tidak pernah meminta untuk dilahirkan sebagai pewaris sebuah nama besar. Baginya, mahkota bukan sekadar lambang kemuliaan... tetapi sebuah amanah yang perlahan-lahan merampas kebebasannya. Di sisi keluarga diraja berdiri keluarga bangsawan, yang telah berkhidmat kepada istana selama turun-temurun. Dan antara dua keluarga itu, ada UNGKU ARJUNA MATEEN. Arjuna dan Embun membesar di bawah langit yang sama, namun apabila usia membawa mereka kepada dunia orang dewasa, segala-galanya berubah. Perasaan yang dahulu hanya dianggap sebagai kasih seorang sahabat mula menjadi sesuatu yang tidak sepatutnya wujud. Kerana seorang puteri tidak bebas memilih siapa yang ingin dicintainya. Lebih-lebih lagi apabila takdirnya telah ditulis jauh sebelum dia mengenal erti cinta. Namun di sebalik mahkota, ada rahsia yang lebih besar daripada takhta. Dan apabila sebuah rahsia lama kembali membuka luka keluarga diraja, Embun terpaksa memilih... Antara mahkota yang diwariskan kepadanya, atau cinta yang tidak pernah sepatutnya menjadi miliknya.
Beautiful Broken Rules  ✓ by qkeiyafluer
qkeiyafluer
  • WpView
    Reads 2,053,904
  • WpVote
    Votes 102,641
  • WpPart
    Parts 75
"𝑯𝒐𝒘 𝑳𝒐𝒗𝒆 𝑪𝒂𝒏 𝑩𝒆 𝑺𝒐 𝑪𝒓𝒖𝒆𝒍 𝒀𝒆𝒕 𝑺𝒘𝒆𝒆𝒕 𝑨𝒕 𝑻𝒉𝒆 𝑺𝒂𝒎𝒆 𝑻𝒊𝒎𝒆?" Tengku Adyan Hayder vs Qaireen Zenia TENGKU ADYAN HAYDER - Seorang lelaki yang mempunyai perwatakkan dingin tetapi kacak dan juga kaya. Dingin apabila bersama dengan orang yang baru dikenalinya. Sweet talker apabila bersama bidadarinya. Dengan status pekerjaannya sebagai seorang pilot lagi membuatkan ramai wanita ingin mendekati dirinya. Tersilap langkah akibat nafsu sendiri. Tetapi, cinta dan mati lelaki ini, hanya untuk bidadarinya sahaja. Sehingga akhir hayat. "Aku tak pernah cintakan kau sebagaimana aku cintakan dia" QAIREEN ZENIA - Seorang wanita bekerjaya. Bekerja sebagai doktor bedah di sebuah hospital. Cantik dan juga setia dengan pasangannya. Wanita yang kuat mengharungi dugaan sepanjang perkahwinannya. Tetapi menjadi wanita yang lemah apabila melibatkan seorang lelaki yang bergelar suami. "But a real friend wouldn't steal her best friend's husband" No Plagiarism Allowed ⚠️ [Status: Completed] Start: 1 July 2021 End: 24 September 2021 Beautiful cover book from @the_nismicha ©️Qkeiyaaaaaa
KeelLela  by iqahaqi
iqahaqi
  • WpView
    Reads 156,680
  • WpVote
    Votes 9,752
  • WpPart
    Parts 41
#01 in Teenfiction : 25/12/19 😱 #01 in Teenfiction : 15/08/21 🦭 💃 Mungkin bakal menjadi cerita cinta cringe cliche kesukaan anda 💃 Banyak cliche, banyak drama, cinta monyet geli-geli, masalah keluarga 🦭 Dulu kita main sama-sama Sekarang macam stranger. Dulu hari-hari kita ketawa Sekarang kita lupa apa itu gembira. Dulu laluan kita sama Sekarang laluan kita berbeza. Kerana satu rahsia, kita lupa kenangan yang kita cipta sama-sama. No matter how much suffering you went through, you never wanted to let go of those memories. Cover : @qazhara No copycat no plagiarism 🚫 Hormat usaha orang lain ✋ © iqahaqi