sopyzm
- Reads 105,958
- Votes 8,359
- Parts 51
#2 MARRY ME SERIES (NEW GENERATION)
"An angel dressed in light, the devil fall in love"
Start : 01/01/2026
End : 14/10/2026
Kematian Elena Sophia meragut ketenangan hidup Tunku Aiser Damen. Wanita yang pernah bertakhta di hatinya itu pergi dalam keadaan mengerikan, meninggalkan seribu persoalan dan dendam yang tidak berkesudahan. Aiser hanya mahukan satu perkara, kebenaran di sebalik kematian Elena.
Namun, pencariannya membawa dia kembali kepada Zea Larissa, cinta pertama yang telah dua belas tahun menghilang daripada hidupnya.
Pertemuan yang tidak pernah dijangka itu membangkitkan semula kenangan lama, serta membuka pintu kepada sebuah permainan dendam yang kejam. Bagi Aiser, Zea ialah wanita yang bertanggungjawab atas kematian Elena. Lalu, dia memilih untuk menghukum wanita itu dengan cara yang paling menyakitkan.
"Apa salah aku pada kau, Aiser?" - ZEA LARISSA
"Permintaan aku tak susah pun, Rissa. Jadi isteri aku." - TUNKU AISER DAMEN
Di sebalik kebencian dan luka yang tercipta, perasaan lama mula berputik kembali. Aiser akhirnya menyedari bahawa hatinya masih milik Zea. Dia mahu menebus kesalahan, memulihkan kepercayaan dan membina kebahagiaan yang pernah mereka impikan. Malangnya, penyesalan tidak mampu memadam luka dalam sekelip mata.
"Tak ada gunanya lagi kalau kita teruskan hubungan ni kalau pada awalnya perkahwinan ni hanya disebabkan dendam." - ZEA LARISSA
Kemunculan Raden Edriss Fathah, tunang Zea, membawa ancaman yang jauh lebih besar. Kini, Aiser bukan sekadar berjuang untuk mendapatkan semula cinta Zea. Dia harus melindungi isteri dan anaknya daripada lelaki yang sanggup melakukan apa sahaja demi memenuhi kehendaknya.
Mampukah Aiser menebus segala kesalahannya sebelum kehilangan wanita yang pernah dihancurkannya sendiri?
Atau kali ini, takdir benar-benar akan meragut Zea daripada hidupnya buat selama-lamanya?