🤍
5 stories
Forever Isn't What We Promised by moonlightlavh
moonlightlavh
  • WpView
    Reads 1,076,282
  • WpVote
    Votes 69,130
  • WpPart
    Parts 95
[stand alone] Perkahwinan mereka tidak pernah lahir daripada cinta, sebaliknya tercipta daripada kepentingan dan satu kontrak yang menjadikan dua manusia sebagai alat rundingan antara keluarga dan empayar perniagaan. Hazran Qarizh dan Nadrra Kysha disatukan bukan kerana mereka saling memilih, tetapi kerana pilihan telah dirampas lebih awal daripada mereka berdua. Dua tahun. Bagi Nadrra, perkahwinan ini adalah penjara yang tidak pernah dia setujui. Bagi Hazran, ia adalah tanggungjawab yang dia tidak dapat elakkan. Namun dalam dunia yang mereka hidup, kehendak peribadi tidak pernah lebih penting daripada tanggungjawab yang diwariskan. "Don't expect love from this marriage." Namun perasaan tidak pernah tunduk kepada kontrak, dan emosi tidak pernah akur pada tarikh yang telah ditetapkan. "And when this ends... what happens to us?" "Nothing." Perkahwinan ini tidak dicipta untuk selamanya. Ia hanya wujud untuk dipenuhi, bukan untuk diperjuangkan. Kerana selamanya itu, tidak pernah dijanjikan. Hati yang tinggal dalam jasad diri juga bukan milik mutlak manusia, bahkan perasaan yang datang adalah pinjaman dari yang Maha Esa. Apa manusia tetap angkuh merangka takdir, menyangka dia tahu segalanya, sedangkan dia hanyalah sekadar hamba yang mengikut jalan cerita Tuhannya.
MR PIRATE [Complete] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 6,316,263
  • WpVote
    Votes 429,925
  • WpPart
    Parts 98
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatkan Husna teringat sampai sekarang. Mengapa Mr Blue? Kerana di dalam mimpi indah itu cuma menampakkan mata biru yang dianugerahkan buat lelaki itu. Sangat cantik. Buatkan dia jatuh cinta pada pandangan kali pertama mata mereka bertembung. Dan dia pasti, bukan cuma dia sahaja yang merasakan perasaan aneh itu. "Salah satu kenangan yang mahal. Adalah pertemuan kita."- misteri. Kemunculan Nathan iaitu bakal Ceo Ocean Resort, buatkan Husna semakin yakin jodohnya berada di jarak yang dekat. Lelaki itu juga memiliki mata biru sama seperti mimpinya. Namun disaat dia ingin meluahkan isi yang terbuku dihati, nasib malang menimpa diri sendiri. Dia terperangkap ditengah-tengah pulau. Atau lebih menakutkan, di kawasan zone merah. "Sudah nama pun Lanun. Kalau jumpa sesuatu yang berharga, tak mungkin aku akan lepaskan. Rugilah kalau macam itu."- Lanun "Saya akan cari jalan keluar walau apa pun caranya asalkan bukan tinggal dekat tempat miskin ni!"- HUSNA "Kalo kau mau keluar, keluarlah, tapi kalo aku jumpa kau balik. Memang teruk nasib kau nanti aku kerjakan."-LANUN Si Lanun itu memang lelaki tak mempunyai hati. Kalau ada pun, mungkin dah digoreng dengan minyak tanah. Egh, boleh jadi gila kalau dia terus tinggal di kampung kecil ini. "Sampai bila lagi kita nak tunggu, pa? Nasib Husna dalam bahaya. Kita kena selamatkan dia sekarang!"-Nathan "Siapa aje yang boleh hidup dekat tengah-tengah pulau sana? Mungkin Husna dah mati lemas?"- Datin Khadijah Apakah nasib malang yang bakal menimpa Husna? Adakah dia menjadi tawanan si Lanun atau sebaliknya? "Kenapa awak tutup sebelah mata ek? Saja nak acah-acah Lanun?"-Husna "Setiap cacat cela yang dilahirkan bersama ada keistimewaannya. Dan istimewa tu hanya untuk yang teristimewa juga."-Lanun Siapakah Mr Blue yang sebenarnya? "It's you?!"-Husna
Bukan Milik Abadi | C by viepixxa
viepixxa
  • WpView
    Reads 125,636
  • WpVote
    Votes 8,065
  • WpPart
    Parts 62
BUKAN MILIK ABADI BY VIEPIXXA Siapa sangka dalam diam, ada dendam yang belum lunas. Kehidupan Fieqa yang dulu serba cukup hancur sekelip mata apabila nama baik keluarganya tercalar. Sewaktu cuba melarikan diri dari masalah, dia tersasar ke wilayah milik seorang lelaki misteri. Pemilik resort itu menahan Fieqa seakan ada kisah silam yang belum selesai antara mereka. "Lepaskan saya dulu dan saya akan pastikan saya bayar hutang tu dekat awak!" -FIEQA AYLARA "Pilih. Tetap terkurung di sini selamanya atau bebas sebagai isteri aku?" -QAYREL IZDAM Bagi Qayrel, memiliki Fieqa adalah keperluan demi rancangannya. Bagi Fieqa pula, menjadi milik lelaki itu adalah hukuman terberat. Kebencian menjadi permulaan lalu mereka terperangkap dalam permainan perasaan. Siapa jatuh cinta dulu, dia yang kalah. "Saya bagi awak pilihan. Kalau awak masih nak saya jadi isteri awak, buang dendam tu. Kalau awak lebih pilih dendam, ceraikan saya." -FIEQA AYLARA Apabila rahsia lama akhirnya terbongkar, masih adakah ruang untuk mereka memperbaiki segalanya atau semuanya sudah terlambat? "Dia bukan milik abadi dalam hidup aku." DILARANG PLAGIAT! All Rights Reserved © viepixxa
LUQMAN ANNASAIE 1 © (TERBIT) by Leena_syiha
Leena_syiha
  • WpView
    Reads 304,891
  • WpVote
    Votes 7,064
  • WpPart
    Parts 19
||||||||||||||||||||||| Ini bukan kisah wali Allah. Bukan juga kisah imam muhaddis. Hanya sekadar sebuah kisah tentang pemuda yang mendambakan syurga. Syurga ibunya dan syurga akhiratnya. Saat hakikat diri ditolak oleh sang ibu, maka hanya tuhan mengetahui keperitan itu. Dan di sini juga kisah di mana dia hendak meraih kembali maaf sahabatnya yang pernah dia khianati satu waktu dahulu. Luqman Annasaie. Warda Ashikin. Ini bukan kisah cinta yang klise untuk ditatap. Sungguh, bukan kisah cinta klise. Tamat pada 4 Mac 2019
Jodohku Ustaz?! by ayuha_
ayuha_
  • WpView
    Reads 1,354
  • WpVote
    Votes 46
  • WpPart
    Parts 16
𝑅𝐴𝑄𝐼𝐵 𝐷𝑍𝑈𝐿𝐾𝐴𝑅𝑁𝐴𝐼𝑁 & 𝐴𝑇𝐼𝑄 𝑍𝐴𝑅𝐼𝑄 What if korang dijodohkan dengan seorang ustaz a.k.a musuh korang (?)?? "Macam mana aku boleh dijodohkan dengan ustaz sengal tu?! Tolong aku!" Atiq dipaksa berkahwin dengan jodoh aturan keluarga masing-masing. Jodohnya itu pula bukan orang sebarangan. Dia merupakan seorang ustaz yang baru saja pulang dari Mesir. Mereka umpama langit dan bumi! "Kau ni biar betul nak kahwin dengan perempuan macam aku? Aku rasa baik kau tolak je perkahwinan ni." -Atiq. "Buat apa saya tolak kalau ada seseorang yang saya patut kejar." -Raqib. Korang bacalah sendiri. Abaikan tatabahasa tu. -TOLONG jangan ambil serius dengan apa yang saya tulis. Mungkin akan diedit semula.