ffleurivyy
Kisah Qay Rael dan Aurora Elara
Aurora Elara tidak pernah menyangka bahawa sebuah pintu tersembunyi di rumahnya akan membawanya ke dunia yang langsung tidak pernah wujud dalam mana-mana cerita yang pernah dibacanya.Hutan yang menyimpan rahsia, makhluk yang tidak sepatutnya wujud, dan seorang lelaki bernama Rael yang sentiasa muncul ketika dia berada dalam bahaya.
Rael tidak pernah banyak bicara. dia tidak pernah menjelaskan siapa dirinya, dari mana dia datang, atau mengapa dia sanggup mempertaruhkan nyawanya untuk membantu Aurora pulang. Semakin lama Aurora berada di dunia itu, semakin banyak perkara yang mula mengikatnya kepada tempat yang sepatutnya asing. Dan apabila tiba waktunya untuk kembali, aurora mula sedar, mungkin tidak semua mimpi diciptakan untuk dilupakan.
Kadangkala, ada mimpi yang meninggalkan seseorang di dalam hati, walaupun kita sudah terjaga.
"Aku tidak mahu pulang. Belum." -Aurora Elara
"Dia bukan milik sini." - Qay Rael