⊹ syirahnees ࣪ ˖
9 stories
𝐋𝐞𝐟𝐭𝐞𝐧𝐚𝐧 𝐋𝐮𝐭𝐡𝐟𝐚𝐧 by syirahnees_
syirahnees_
  • WpView
    Reads 221
  • WpVote
    Votes 35
  • WpPart
    Parts 2
Nur Husna Adira, seorang gadis yang hidupnya terseksa selama 24 tahun tanpa kasih seorang ayah. Sengsaranya hidup setelah kematian si ibu kandung bertambah parah apabila mengetahui si bapa punya bakal isteri yang baru secara rahsia. Kebencian terhadap darah daging sendiri meluap habis, membuatkan dia hilang arah tuju hidup dengan menghabiskan segalanya dengan kelalaian dunia. Tuhan? Apa itu Tuhan untuknya? Dia tidak percaya Tuhan itu ada. "Aku pernah minta daripada Allah untuk selamatkan Mama. Tapi ada Dia dengar doa aku? Aku terseksa sampai sekarang!" - NUR HUSNA ADIRA Solat? Dia benci perkataan itu! Mengapa sampai dia yang bersujud dan merayu kepada Sang Pencipta, Tuhan sepertinya tidak pandang dia biarpun hanya sekali? Biarlah orang kata apa pun tentangnya yang semakin tenggelam dengan nikmat duniawi, dia tidak peduli. "Takkan wujud neraka dan syurga kalau dunia ni penuh dengan sempurna. Takkan adanya ujian hidup kalau ke neraka itu kehendak Allah untuk hambaNya." - LUTHFAN HUZAIFAH Luthfan Huzaifah. Seorang lelaki yang tinggi ilmu agamanya, seorang ustaz yang bertugas di Pondok Madrasah Muhammadiah. Sentiasa memberikan kuliah terutamanya di fajar hari selepas Subuh di masjid. Air muka penuh tenang dan sejuk mata memandang. Matang sekali pola pemikirannya, membuatkan Husna berfoya mengejar cinta manusia. Tapi kenapa semakin dia kejar, semakin Luthfan menjauh? Adakah dia tidak cukup cantik? Tak cukup menggoda? Bukankah itu yang lelaki gemarkan? "Kalau cik rasa dengan cara macam ni boleh tarik saya kepada cik, cik silap besar." - LUTHFAN HUZAIFAH Dalam diam, lelaki itu seorang pejuang. Sedia melindungi lautan negara dan berbakti kepada agama. Tapi apa yang Husna mahukan, hanya lelaki itu. Yang telah mencuri hatinya namun... Adakah dia layak untuk seorang lelaki yang kuat pegangan agama? Masih adakah peluang untuk dia kembali ke jalan yang benar? Tambah lagi dengan kes yang mematuk TLDM, adakah dia dan Luthfan mampu harungi segalanya?
𝐈𝐧𝐬𝐩𝐞𝐤𝐭𝐨𝐫 𝐉𝐞𝐧𝐞𝐫𝐚𝐥 𝐀𝐝𝐳𝐫𝐢𝐞𝐥 | OH by syirahnees_
syirahnees_
  • WpView
    Reads 8,962
  • WpVote
    Votes 666
  • WpPart
    Parts 20
PDRM SERIES 4 [THE LAST HOPE] [ON HOLD] Whatever happens, trust him.
𝐇𝐚𝐳𝐞𝐥 𝐢𝐧 𝐊𝐚𝐬𝐡𝐦𝐢𝐫 | OG by syirahnees_
syirahnees_
  • WpView
    Reads 14,864
  • WpVote
    Votes 1,462
  • WpPart
    Parts 40
[STAND ALONE] 𝐐𝐚𝐢𝐬 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐲𝐚𝐥 𝐊𝐡𝐚𝐧 & 𝐍𝐮𝐰𝐚𝐢𝐫𝐚 𝐘𝐚𝐬𝐦𝐞𝐞𝐧 Two souls, one gaze, love found its voice. Minat yang mendalam terhadap sejarah telah membawa Nuwaira Yasmeen ke Kashmir. Sesi penyelidikan dilakukan sebelum dicoretkan di atas buku jurnal. Selain Kashmir, Lahore, sebuah negeri di Pakistan yang terkenal dengan budaya cinta klasik menjadi pilihan hati. Sejarah Islam Mughal menghambat hati Nuwaira. Di lembah Kashmir yang berbalut salju, takdir mempertemukan dua rohani asing. Nuwaira... bersama seorang jejaka misteri bermata hazel biru yang di pandangan Nuwaira menyimpan duka di sebalik tatapan indahnya. Tiba di Kashmir bersama hati penuh impian, Nuwaira mencari ketenangan di sebalik gunung bersalju. Tidak jangka rancangan Allah itu sentiasa cantik, bertaut rapat dengan Qais Daniyal Khan, anak kepada pelakon lelaki Hindustan kegemarannya, Hamza Bilal Khan. Wajah yang jarang terlihat akibat dua puluh empat jam berbalut separuh muka, namun sorotan mata hazel tidak berjaya perbodohkan Nuwaira. Pertemuan demi pertemuan di jalanan sempit Srinagar, di pasar yang penuh warna, hingga di tepi tasik Dal yang tenang, menumbuhkan getar halus yang sukar untuk mereka nafikan. Semakin mengenali, semakin tersingkap rahsia yang mengikat akan kisah silam dua keluarga yang pernah terpisah kerana cinta yang dilarang. Sejarah seolah-olah cuba berulang, menuntut mereka untuk menyambung kisah yang terbantut. Rahsia silam yang bertali arus dengan sejarah pahlawan yang pernah menjaga lembah tertentu di Kashmir. Kisah yang berabad lalu terkubur, perlahan-lahan digali semula oleh dua jiwa yang akhirnya merakam semula cinta lintas sempadan India dan Pakistan. Hazel in Kashmir menjadi bukti sejarah yang pernah wujud, dan mengikat semula tali antara dua jiwa.
𝐇𝐞𝐫 𝐎𝐰𝐧 𝐁𝐞𝐚𝐮𝐭𝐲 | TERBIT by syirahnees_
syirahnees_
  • WpView
    Reads 127,037
  • WpVote
    Votes 2,954
  • WpPart
    Parts 16
‼️this story is CRINGE, WEIRDO, CHILDISH [Ayat tak berapa nak matang kerana ditulis ketika saya berumur mentah.] ADRIAN NAVRIEL - Jejaka kacak yang dikenali di universiti. Saat kakinya dijejak ke dalam kawasan universiti itu, kedengaran jeritan daripada gadis-gadis yang menjadi peminatnya. Namun, watak Adrian yang beku dan tidak mengambil peduli tentang orang lain menyukarkan mereka untuk mendekati lelaki itu apatah lagi untuk menjadi teman wanita. Tambahan pula, Adrian ialah seorang kaki buli! AMELIA CLARISSA - Seorang gadis kecil yang bijak dalam bidang matematik dan sains tulen. Dirinya sering dibuli dan dihina kerana mempunyai rupa paras yang hodoh. Saat dia jejakkan kaki ke universiti, pasti ada saja makian dan cacian yang dikenakan ke atas dirinya. Tetapi Amelia ialah seorang yang kuat dan berani melawan mereka yang membulinya. Dia cuma tiada rupa, bukanlah tiada hati! Satu tragedi tak diduga berlaku menyebabkan Amelia menjadi mangsa buli Adrian Navriel. Dia dibuli dengan kejam oleh lelaki itu. Sudahlah sombong, berhati beku, malah tiada hati perut pula! Lama-kelamaan, perasaan cinta Adrian kepada Amelia mula berputik di mana Amelia telah menyedarkan dirinya dan mengubah dirinya menjadi lebih baik. Namun, ujian demi ujian mendatang. Rintangan demi rintangan yang hadir, meruntuhkan mahligai mereka yang sudah bahagia. "Saya tak pernah cintakan awak pun. Awak hanyalah perempuan paling hodoh pernah saya jumpa!" "Baiklah. Jangan awak cari saya lagi, Ad. Saya janji dengan awak. Walaupun maut datang menjemput, awak takkan tahu tentang kematian saya." ADRIAN NAVRIEL AMELIA CLARISSA ALL RIGHTS RESERVED @syirahnees_ #1 - enemiestolovers ⚠️ karya berdasarkan imaginasi dan jalan cerita rekaan saya sendiri, tidak meniru dari mana-mana pihak ⚠️ cliche story sbb author x sebijak setinggi menara klcc ⚠️ kau copy, kau bangang
𝐈𝐧𝐬𝐩𝐞𝐤𝐭𝐨𝐫 𝐀𝐪𝐥𝐚𝐧 | TERBIT by syirahnees_
syirahnees_
  • WpView
    Reads 127,271
  • WpVote
    Votes 2,095
  • WpPart
    Parts 14
PDRM SERIES 2 [Spin-off Inspektor Adzriel] ‼️ KENA BACA INSPEKTOR ADZRIEL DULU SEBAB NANTI PLOT TWIST HANCUR KALAU BACA INSPEKTOR AQLAN DULU Angkara sebuah perjanjian, nyawa menjadi taruhan... Benar curang itu pilihan. Jika kau ikhlas mencintai dia, maka tiada yang kedua. Rayfa terasa dikhianati apabila Fariz menduakan dirinya di belakangnya. Terasa seolah-olah ditikam bertubi-tubi dengan pisau belati, Rayfa tekad membawa diri jauh dari bandar Kuala Lumpur untuk mengubat hati yang lara. Hati mana yang tak sakit bila ikatan tunang yang hanya menunggu beberapa hari sahaja untuk menuju ke hari bahagia terhapus begitu saja. Cinta hanya dusta. Itu apa yang dia tekadkan sebagai prinsip kehidupan selepas lelaki tak guna seperti Fariz. Jika prinsip itu ais, mungkin sudah cair apabila hadirnya Aqlan Alfarizqi dalam hidup. Yang berjaya mengubah persepsinya tentang cinta. "I'm a man with my words. Aku berterima kasih dengan Tuhan sebab jentik hati lelaki tu untuk buang kau. Sebab aku lah pengutipnya sekarang." - AQLAN ALFARIZQI "How can I trust you? Lelaki nak perempuan sebab tubuh mereka je bukan?" - RAYFA ALZAHRAH "That was a boy. I'm a man." - AQLAN ALFARIZQI Hidup dalam hubungan yang halal. Itulah yang mengundang kebahagiaan yang diberkati Tuhan. Namun dalam bahagia pasti terselit ujian. Hidup Aqlan dan Rayfa dihantui dengan kejadian mistik yang semakin menghancurkan tiang kukuh rumah tangga. Bukan sekadar bahagia yang direntap, malah kewujudan kumpulan kultus yang memuja selain daripada Yang Maha Esa membuatkan kerja Aqlan sebagai seorang inspektor semakin berat. Berkemungkinan nyawa si isteri menjadi galang ganti! "Rayfa benci abang. Rayfa benci! Benci!" - RAYFA ALZAHRAH "Rayfa nyawa abang. Rayfa jiwa abang. Rayfa isteri abang. Isteri abang, syurga abang." - AQLAN ALFARIZQI #2 - inspector
𝐈𝐧𝐬𝐩𝐞𝐤𝐭𝐨𝐫 𝐀𝐝𝐳𝐫𝐢𝐞𝐥 | TERBIT by syirahnees_
syirahnees_
  • WpView
    Reads 701,801
  • WpVote
    Votes 10,088
  • WpPart
    Parts 17
PDRM SERIES 1 Antara khianat dan pertalian darah... "Kau kenapa peluk aku ni? Kau siapa?" Uish! Macam mana dia boleh tersalah peluk orang? Disangka abang, rupa-rupanya kawan abang sendiri! Habis berona merah mukanya seperti tomato. Rasa nak sumbat muka sendiri dalam lubang jamban! "Kambing kau panggil aku?!" - ADZRIEL RAFIQ SYAHPUTRA "Ya lah! Sebab kau tu inspektor. Insbekkkkktor!" - NAAILA MALAIQA "Hei, tikus mondok! Sedarlah diri tu. Dah lah pendek! Kecik macam tikus!" - ADZRIEL RAFIQ SYAHPUTRA Ha, yelah! Memang macam tu lah setiap kali mereka bersua muka. Ada saja benda yang tak puas hati. Ada saja benda yang nak digaduhkan. Ada saja benda yang ingin bertikam lidah. Si Adzriel ni tak habis-habis nak sakat Naaila! Rasa nak celup dia dalam minyak panas biar dia jadi Adzriel goreng tepung! Dari hubungan seperti anjing dengan kucing, entah bagaimana Adzriel boleh menyimpan perasaan terhadap Naaila. Gelagat gadis itu yang comel sering menghiburkannya. Hanya bahagia di permulaan. Tugas sebagai seorang inspektor bukanlah mudah. Ada tujuan abang dan kawannya itu pulang ke kampung mereka di Terengganu. Ada sesuatu yang harus diselesaikan. Beribu nyawa telah diragut dan pada akhirnya Naaila menjadi ancaman! "Ni Adzriel, cinta. Suami awak." - ADZRIEL RAFIQ SYAHPUTRA ⚠️ karya ini mengandungi unsur-unsur sensitif seperti psiko dan pembunuhan. pembaca digalakkan untuk membaca ikut kehendak masing-masing. #1 - comedy-romance #1 - inspector #1 - police #2 - aksi
𝐊𝐚𝐩𝐭𝐞𝐧 𝐇𝐮𝐝 𝐓𝐡𝐚𝐪𝐢𝐟 | OG by syirahnees_
syirahnees_
  • WpView
    Reads 31,126
  • WpVote
    Votes 2,637
  • WpPart
    Parts 49
STAND ALONE 𝐇𝐮𝐝 𝐓𝐡𝐚𝐪𝐢𝐟 & 𝐌𝐞𝐥𝐮𝐫 𝐓𝐲𝐚𝐫𝐚 Angkat sumpah setia demi negara, maka selamanya bersiap siaga melantangkan suara demi daulat. Nyawa sedia menjadi galang ganti andai takdir inginkannya di medan tempur. Menyandal pangkat kapten GGK untuk melatih pasukan komando dan bakal komando di bawah suara sendiri. Hud Thaqif. Lelaki yang bukan hanya tahu memberi bicara kosong melalui mulut, begitu juga bahasa tubuh yang tidak lelah menyalurkan semangat perwira ke dalam darah komando. "Kepala kau ke mana?! Serupa ayam remuk terapung kat padang!" - HUD THAQIF Muka ketat di pangkalan, namun dalam hati ada taman. Hanya bersama Melur Tyara, dia mampu ketawa selama mana. "Tak ada apa yang istimewa tentang saya, Encik Thaqif." - MELUR TYARA "Kalau bunga melur tak istimewa, dunia ni dah lama kehilangan wanginya." - HUD THAQIF Bila operasi tergempar berlaku di hutan Borneo, Lahad Datu yang memanggil para rejimen menyelesaikan misi pencerobohan militan asing, semuanya membawa kepada rahsia era penjajahan Tanah Melayu dulu. Mengheret mereka kepada arwah Leftenan Hamdan, seorang askar Melayu yang memperjuangkan nama merdeka dahulu kala. Namun, entah kenapa pada masa yang sama Melur di ambang bahaya. Tapi bagi Thaqif, sumpah setia adalah janji selamanya. Tak ubah seperti sumpahnya bila menyarung beret ke kepala, begitu juga dia bersumpah untuk berbakti selamanya di sisi Melur. "Ada sesuatu tentang Leftenan Hamdan, yang abang serta rakan seperjuangan tak tahu..." - MELUR TYARA Serangan demi serangan yang cuba mengancam isteri, membuatkan Thaqif lebih yakin musuh yang sama cuba memperkotak-katikkan rumah tangga mereka. Mereka mahukan Melur, bukan dia. Satu demi satu bukti ditemui, jawapan diseret menghadap Melur. Badai datang mengetuk, ada ancaman musuh dalam selimut bersama gunting dalam lipatan! Namun sekali sumpah, Melur sentiasa adalah amanah untuk dia berbakti. Selamanya.
𝐋𝐞𝐟𝐭𝐞𝐧𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐫𝐚𝐳 | TERBIT by syirahnees_
syirahnees_
  • WpView
    Reads 275,395
  • WpVote
    Votes 1,845
  • WpPart
    Parts 9
PDRM SERIES 3 [Spin-off Inspektor Adzriel & Inspektor Aqlan] ‼️ PLEASE BACA IKUT TURUTAN ‼️ Izinkan aku terbangkan cinta ini melintasi langit milikNya. Berperang mulut bagai tiada titik noktahnya. Asal berjumpa saja mulut melancarkan laser bagai tiada hentinya. Tengok muka saja sudah boleh menimbulkan rasa benci yang tidak terhingga. Begitulah Afina dan Harraz setiap kali bersua muka. Baru pertama kali berjumpa sudah menerima tamparan padu yang pedasnya ibarat baru disapu dengan satu balang sambal belacan! "Hoi, mamat darah penjajah!" - NUR AFINA ARISSA "Dulu kau mat saleh celup kan aku, and now what?!" - HARRAZ HUZAIR Lidah masing-masing betah menembak peluru bertubi-tubi bagi memenangi perang mulut. Sepatah Harraz menembak, seribu patah juga Afina membalas! Sehinggalah satu tragedi tidak diduga berlaku yang membuatkan Harraz terpaksa lafazkan akad ke atas Afina. Meskipun mereka berdua tidak bersalah, bukti tetap ada yang membuatkan dia rasa dia harus bertanggungjawab. Dia bukanlah lelaki berspesies kejam dan lari jikalau bukti ada walaupun bukti itu tidak benar. Hidup selepas kahwin, lagilah lancar mereka bergaduh! Perang bantal, perang lidah, perang dapur, semualah. Masing-masing tidak mahu kenal erti kalah. Tetapi tipulah jika hati lelaki Harraz tidak terusik. Bila mengenali Afina dengan lebih rapat lagi, gadis itu tidaklah seteruk yang disangka. Begitu juga dengan Afina, apabila Harraz terpaksa berpisah sementara dengannya kerana bersuamikan seorang tentera, berjaya menimbulkan rasa rindu di antara mereka. "Saya cuma jujur. Saya rindu awak. Sangat." - HARRAZ HUZAIR "Harraz, awak ni dah kenapa? Sakit?" - NUR AFINA ARISSA Bila kedua-duanya sudah berbahagia selepas mengaku cinta mereka, mulalah satu demi satu bala menghampiri. Tambah lagi dengan kehadiran seseorang dari masa lalu Harraz, membuatkan Afina putuskan untuk melangkah pergi dari hidup Harraz. Meninggalkan Harraz yang menunggunya bagai orang hilang akal dan mencarinya tidak henti.