We've updated our Content Guidelines.
Review the latest guidelines to keep sharing stories safely.
New Novel By SazzyMe ⁵K
3 stories
Seindah Kasih Nia  by SazzyMe
SazzyMe
  • WpView
    Reads 2,509
  • WpVote
    Votes 43
  • WpPart
    Parts 20
Sejak ayah dan ibu mereka berkahwin. Aidan Irfan dan Nia Zara terpaksa menerima hakikat bahawa mereka kini bergelar abang tiri dan adik tiri. Namun, tinggal sebumbung tidak pernah menjadikan mereka sebuah keluarga. Aidan, lelaki yang degil, sering pulang lewat malam dan enggan menjelaskan ke mana dia menghilang. Setiap kali dia membuat masalah, Nia pula yang menjadi sasaran kemarahan papa tiri mereka. Dari situlah kebencian Nia terhadap abang tirinya semakin membara. Bagi Aidan, Nia hanyalah adik tiri yang suka menyibuk dan tidak pernah memahami hidupnya. Bagi Nia pula, Aidan ialah punca rumah mereka tidak pernah aman. Hari demi hari, pergaduhan menjadi perkara biasa. Sindiran, ejekan dan pertengkaran seolah-olah menjadi bahasa harian mereka. Namun, di sebalik sikap dingin Aidan, tersimpan sebuah rahsia yang tidak pernah diketahui sesiapa. Adakah kebencian itu sebenarnya menyembunyikan sebuah ikatan yang jauh lebih bermakna daripada hubungan darah? Kadang-kadang, kebencian yang paling mendalam mampu melahirkan kasih sayang yang paling indah. Itulah... Seindah Benci.
+8 more
Tiri Adalah Iblis by SazzyMe
SazzyMe
  • WpView
    Reads 6,544
  • WpVote
    Votes 52
  • WpPart
    Parts 23
Cerita Matang 🔞 Di tengah kelam dan bau tanah liat yang masih segar, perkuburan itu menjadi saksi bisu perpisahan yang menyimpan dendam yang belum terungkap. Di samping makam yang baru ditimbun tanah, berdiri seorang wanita yang kini menjadi ibu tiri kepada tiga orang anak lelaki dan perempuan mendiang suaminya Arman Amar. Di belakangnya, dua orang anak lelaki dan seorang anak perempuan berdiri kaku, air mata sudah kering namun rasa sakit masih menusuk di setiap sudut hati. Mata anak lelaki kedua tajam merenung wanita itu, penuh dengan kemarahan yang meledak dan rasa terkilan yang tidak terlukiskan. Dalam hatinya, dia yakin seandainya wanita itu tidak merajuk, tidak meluapkan kemarahan yang berlebihan pada malam terakhir ayahnya hidup, nasib suami dan ayah mereka pasti tidak akan berakhir begini. Kematian yang tiba-tiba itu kini sepenuhnya dia persalahkan pada wanita yang kini berdiri di hadapan mereka seolah-olah turut meratapi kehilangan itu. Tanpa suara, dia melafazkan janji dalam hati yang paling dalam: sebaik sahaja mereka kembali ke rumah yang dulunya penuh gelak tawa itu, dia akan pastikan setiap detik kehidupan wanita itu terasa seperti berada di neraka dunia. Rumah yang sepatutnya menjadi tempat berlindung kini bakal berubah menjadi medan perang yang sunyi, di mana dendam anak tiri bakal menuntut bayaran yang mungkin tiada penghujungnya.
Andai Kau Masih Peduli by SazzyMe
SazzyMe
  • WpView
    Reads 3,996
  • WpVote
    Votes 78
  • WpPart
    Parts 27
Cerita Matang 🔞 Suatu malam, Rahimi melarikan diri selepas menanggung hutang judi yang menimbun, meninggalkan Sa'diah dan adik-adiknya berdepan dengan ugutan penagih hutang. Sa'diah menyangka perubahan sikap Rahimi yang tiba-tiba baik itu berniat buruk dan sangkaannya terbukti benar. Rahimi sebenarnya telah merancang satu rancangan gelap, dia berniat menjual adik-adik kembar Sa'diah demi melunaskan hutangnya. Apabila rancangan itu terbongkar, Sa'diah segera menghantar Harraz dan Harriz melarikan diri ke tempat selamat, tetapi dia sendiri gagal melarikan diri.