Hazelquinzell's Reading List
4 stories
Cinta Itu Racun Bagiku (OG) by Pi_kahAf
Pi_kahAf
  • WpView
    Reads 3,339
  • WpVote
    Votes 748
  • WpPart
    Parts 43
⚠️40% BASED ON A TRUE STORY ⚠️ ~STORY KETIGA~ Aurora Ariesyah, seorang gadis biasa dan keras kepala. Dia menjalani kehidupan seperti manusia biasa. Tetapi malangnya, hatinya selalu berbolak balik apabila ada sesuatu kejadian yang tidak terduga terjadi Zafran Mikhael iaitu lelaki yang terkenal di seluruh kampus. Senang kata, lelaki ini dikategorikan sebagai lelaki yang paling kacak dan digemari oleh semua perempuan yang berada di kampus. Hatinya terpaut pada seorang wanita yang keras kepala tetapi kejadian silamnya sentiasa menghantui dirinya dan mula takut untuk mempercayai dirinya sendiri Irfan Shah iaitu lelaki yang berada di kampus yang berlainan, tertarik dengan seorang gadis tanpa dia mengenali latar belakang dan perwatakan gadis itu "Awak, saya betul-betul sukakan awak" - Irfan Shah "Sorry Irfan, aku tak tahu jawapan aku. Just lupakan pasal tu, kau masih muda. Masa depan kau still cerah" - Aurora Ariesyah "Saya tak boleh nak tipu diri saya lagi. Saya cintakan awak sejak pertama kali kita bertemu" - Irfan Shah Sedih apabila hati Aurora tidak terpaut pada Irfan. Sisi gadis itu yang terlalu keras kepala berjaya menarik perhatian seorang lelaki yang kagumi dia dari jauh "Aurora... Let's be friends" - Zafran Mikhael "Kawan? Bukan ke kita memang dah kawan?" - Aurora Ariesyah "Ye eh? Kalau macam tu saya nak kita lebih daripada kawan" - Zafran Mikhael "Are you crazy?" - Aurora Ariesyah "Yes.. when it's come to you" - Zafran Mikhael Ada dua hati yang terpaut pada seorang gadis biasa. Namun, hanya salah seorang sahaja yang berjaya meragut hati miliknya yang sudah terkunci rapat. Siapa yang bakal mendapat kunci hati gadis berkeras kepala itu? Berjayakah Irfan dan Zafran membuka pintu hati gadis itu?
The Hidden Assassin || Og by mellxsa
mellxsa
  • WpView
    Reads 437
  • WpVote
    Votes 189
  • WpPart
    Parts 11
Kes pembunuhan seorang CEO terkenal telah menggemparkan seluruh negara. Cap jari yang ditemui pada senjata pembunuhan membawa kepada seorang gadis biasa yang bekerja di sebuah kafe, Madihah Nur Yasmeen. Bagi pihak Unit Tindakan Khas, kes ini bukan kes biasa. Hazim Arsyan, anggota polis dari unit itu, ditugaskan untuk menyiasat kebenaran di sebalik pembunuhan ini. Namun, kali ini dia perlu menyamar. Menjadi pelayan, bekerja di tempat yang sama dengan Yasmeen, dan perlahan-lahan mendekati gadis itu. Namun yang peliknya, Hazim bukan satu-satunya yang menyiasat kes ini. Ada seorang polis misteri yang turut terlibat, tiada siapa tahu dari unit mana dia datang, atau mengapa dia begitu berminat dengan kes ini. Dan Yasmeen juga, semakin banyak yang dia cuba sembunyikan. Siapa dia sebenarnya? Siapa gadis yang kelihatan biasa tetapi menyimpan begitu banyak rahsia itu? "Aku dah lama tahu rancangan kau, Harriz... atau patut aku panggil kau... Hazim Arsyan?" -Yasmeen- Dalam diam, Hazim mula terperangkap dalam satu lubang yang penuh dengan pengkhianatan. Apa yang bermula dengan satu pembunuhan, mula membawa Hazim ke arah sesuatu yang jauh lebih gelap. "Ini baru permulaan... permainan baru saja bermula, Hazim..." -unknown- Dalam permainan ini, setiap orang yang dipercayai mampu berlakon, tapi siapa pengarahnya?