LOVE TO READ🦋🌳
115 stories
WANITA TERAKHIRKU  by MissHiddenSecret
MissHiddenSecret
  • WpView
    Reads 6,885
  • WpVote
    Votes 2,801
  • WpPart
    Parts 41
"Kadang, takdir tidak memisahkan... tapi hanya menunggu masa untuk mempertemukan semula." Nayra Ruella, wanita yang pernah menyulam mimpi indah bersama lelaki yang hanya dikenali di media sosial. Pertemuan pertama di taman bunga membuat hatinya berbunga, seolah dunia memihak kepadanya... sehinggalah kebenaran memusnahkan segalanya. Carlos Hayyesz, lelaki yang membuatnya merasa istimewa, rupanya milik wanita lain. Hari lelaki itu berdiri di pelamin bersama wanita pilihannya, Nayra hadir bukan untuk meraih simpati... tetapi untuk melihat senyum bahagia yang pernah menjadi miliknya buat kali terakhir. Selepas itu, dia pergi dan berjanji pada diri sendiri untuk melupakan semuanya. Namun tanpa sesiapa sangka, perkahwinan itu tidak pernah terjadi. Carlos sendiri yang membatalkannya, setelah sebuah kebenaran dibisikkan ke telinganya... kebenaran yang menghancurkan kepercayaannya terhadap wanita pilihannya. Sejak hari itu, dia diburu rasa bersalah yang tidak pernah padam. Carlos mula mencari Nayra semula. Tapi... masih adakah peluang untuknya? Masih layakkah dia memiliki wanita yang pernah dia kecewakan? Dan adakah pertemuan mereka kali ini akan menjadi penawar... atau hanya menambah luka yang sudah terlalu dalam? Jom kita sama-sama mencari tahu! Mula:10/7/2025 Tamat: 12/10/2025 Karya Kelima
JANJI YANG TERPUTUS [ C ] by atiqahzainalll
atiqahzainalll
  • WpView
    Reads 63,688
  • WpVote
    Votes 2,011
  • WpPart
    Parts 40
Muhammad Zayyan Firas, pegawai komando PASKAL. Hidupnya terbiasa dengan medan perang, kehilangan, dan kehilangan semula. Baginya, cinta bukan lagi sesuatu yang perlu dikejar... sehinggalah Allah hadirkan Nur' Atiqah dalam hidupnya. Gadis muda yang tidak sempurna, tapi cukup sederhana untuk menyentuh bahagian hati yang paling dalam. Dengan satu lafaz, mereka disatukan. Dalam ikatan yang bukan sekadar janji dunia, tapi ikrar di hadapan Tuhan. Namun takdir tak pernah menjanjikan jalan yang lurus. Satu misi mengubah segalanya. Satu tembakan memisahkan mereka. Satu kehilangan yang membuatkan rindu bertukar jadi doa. Dan doa menjadi satu-satunya bahasa antara dua jiwa yang terpisah oleh jarak, waktu... dan ujian yang tidak kelihatan. Zayyan masih berdiri di medan tugas. Atiqah masih di katil ujian. Tapi cinta mereka tidak pernah rebah. "Kalau saya tak sempat ada waktu awak buka mata, ingatlah... saya sentiasa tunggu. Dalam diam, dalam doa, dalam setiap detik saya masih hidup." Ini bukan kisah cinta biasa. Ini kisah dua jiwa yang dipertemukan atas nama Allah... dan diuji juga atas nama yang sama. Kerana janji yang disebut dalam sujud, tidak akan pernah hilang arah. Ia hanya menunggu untuk ditunaikan. Dengan sabar. Dengan setia. Dengan takdir.
SHADOW WAVE : MISSION ALPHA VOL 1 © by authorqistea
authorqistea
  • WpView
    Reads 34,990
  • WpVote
    Votes 1,491
  • WpPart
    Parts 59
BAKAL DITERBITKAN Doktor Alya Natasya seorang pegawai perubatan tentera yang hidupnya teratur dan penuh disiplin. Bagi dia, lelaki bermotor besar hanyalah simbol kekacauan yang tidak pernah dia perlukan. Namun segalanya berubah apabila dia bertemu Leftenan Muda Arif Hakimi, pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia yang dingin dan penuh rahsia. Ketua Shadow Wave Alpha di KD Satria itu seolah-olah membawa satu rasa asing yang tidak dapat Alya jelaskan. Pertemuan mereka bermula dengan sindiran dan rasa tidak suka, tetapi setiap kali mereka bertemu, Alya mula diganggu serpihan memori yang tidak lengkap - hujan malam yang membuat bergelora dan seorang lelaki yang pernah berjanji untuk kembali. Tanpa dia sedar, Alya pernah mengenali Arif Hakimi sebelum satu tragedi di laut meragut sebahagian ingatannya. Dan Arif... masih setia menjaga kenangan yang Alya sudah hilang. Di tengah operasi laut, bahaya dan ribut yang tidak pernah berhenti laut telah menjadi saksi kepada cinta yang pernah wujud tetapi dilupakan. Kerana ada cinta yang tidak mati... walaupun namanya tidak lagi diingati.
Takdir Dua Empayar [Complete] by Hazelquinzell
Hazelquinzell
  • WpView
    Reads 42,875
  • WpVote
    Votes 3,028
  • WpPart
    Parts 51
"Perkahwinan mereka bukan bermula dengan cinta... tetapi takdir dua empayar." Di sebalik nama besar, kekayaan, dan dunia elit yang penuh aturan, Tengku Ameer Rayqal dan Ellara Arissa dipertemukan demi menyatukan dua empayar paling berpengaruh di Malaysia. Satu perkahwinan yang pada awalnya hanya dianggap strategi keluarga. Namun tanpa mereka sedar, di sebalik protokol, media, dan tekanan dunia korporat lahir satu perasaan yang perlahan-lahan mengubah segalanya. Saat cinta mula hadir selepas akad, mereka terpaksa belajar bahawa menjadi suami isteri bukan sekadar berkongsi nama tetapi berkongsi luka, rahsia, dan hati. Dalam dunia yang sentiasa memerhati, mampukah dua hati benar-benar bertahan apabila takdir, keluarga, dan empayar terlalu besar untuk dilawan? Takdir Dua Empayar kisah cinta selepas perkahwinan antara dua waris yang terperangkap di antara tanggungjawab dan perasaan. 🌻 Karya Agung ByHas🌻
Kau Yang Ku Nanti (COMPLETED) by humairaamaulana
humairaamaulana
  • WpView
    Reads 136,729
  • WpVote
    Votes 5,550
  • WpPart
    Parts 69
Leftenan komander Shafiq Ilham x Imaya Adelina "Penantian itu bermakna jika dia pengakhirannya." - + Sequel Bunga Untuk Leftenan ATTENTION - Sebelum baca cerita ni, pastikan khatam cerita Bunga Untuk Leftenan dahulu.
Bunga Untuk Leftenan 2 (COMPLETED) by humairaamaulana
humairaamaulana
  • WpView
    Reads 28,692
  • WpVote
    Votes 1,723
  • WpPart
    Parts 32
Leftenan Hud Azim x Bunga Sofea "Si Bunga, Pemilik Hati Si Perwira."
Bunga Untuk Leftenan (COMPLETED) by humairaamaulana
humairaamaulana
  • WpView
    Reads 262,024
  • WpVote
    Votes 11,091
  • WpPart
    Parts 44
Leftenan Hud Azim × Bunga Sofea --- "Bunga itu bukan sekadar namanya, tapi sumber kekuatan untuk seorang perwira." ALERT 🚨 !!! BAHASA BELUM DIPERKEMASKAN DAN DIHALUSI.
𝐌𝐫𝐬 𝐀𝐲𝐝𝐞𝐧 𝐙𝐚𝐟𝐟𝐫𝐚𝐞𝐥 | EDITED VERSION C by Lynnesandra
Lynnesandra
  • WpView
    Reads 258,146
  • WpVote
    Votes 5,629
  • WpPart
    Parts 40
Tengku Ayden Zaffrael | Aisha Aireen
Emir Raid: Bunga | Complete by Wafrhana
Wafrhana
  • WpView
    Reads 75,245
  • WpVote
    Votes 1,986
  • WpPart
    Parts 51
Disatukan atas nama keluarga, bukan cinta. Emir Raid cuba menunaikan tanggungjawab sebagai suami, namun hatinya dibayangi masa lalu. Di sisi lain, Adra hanya ingin belajar menjadi isteri yang baik walau kadang hatinya yang terluka. Dalam diam, cinta mula tumbuh.. tapi mampukah ia bertahan jika tiada kepercayaan yang wujud?
Code Name: Romeo by eleutheromania____
eleutheromania____
  • WpView
    Reads 53,409
  • WpVote
    Votes 4,100
  • WpPart
    Parts 70
GENRE: ROMANTIC COMEDY "Oi, bam!" "Apa bam? Gila ke?" Syed Ali kembali ke kampung selepas bertahun-tahun berkhidmat jauh dari rumah. Kepulangannya disambut dengan bebelan emak, gelaran Romeo yang masih mengejarnya... dan seorang jiran sebelah rumah yang masih garang seperti dulu. Melati pula cuma mahu hidup dengan tenang. Menguruskan bakeri, melayan kerenah keluarga dan mengelakkan diri daripada sebarang drama percintaan. Terutamanya yang melibatkan Syed Ali. Tetapi semakin dia cuba menjauh, semakin kerap lelaki itu muncul dalam hidupnya. Di bakeri. Di pasar raya. Di kenduri kampung. Malah, di dalam doa-doa orang tua yang mahu melihat mereka bersatu. Sedangkan seorang takut untuk membuka hati. Dan seorang lagi baru belajar erti kesungguhan. Mampukah si Romeo kampung memenangi hati gadis yang kebal dengan ayat manis... Atau Melati akan terus menjadikan seliparnya sebagai senjata utama? Eleutheromania. Nami. 2026. ©️