clarissahaa's Senarai Bacaan
2 stories
C | Senja Terakhir Kita by notafoxy
notafoxy
  • WpView
    Reads 32,249
  • WpVote
    Votes 1,222
  • WpPart
    Parts 38
Senja merah jingga menelan langit, tapi Aryan tak sanggup menatapnya. Helena berdiri di tepi balkoni, wajahnya berseri walau tubuhnya kelihatan lemah. "Ary, nanti... kita tengok senja dekat pantai, nak?" suara Helena lirih, cuba kedengaran biasa. Aryan tersengih kecil, menolak dengan nada ringan. "Kau tu sakit, El. Tak payah mengada." Helena mencebik, tapi hatinya bergetar. Dia cuba seloroh, "Kalau ni permintaan terakhir saya, macam mana?" Aryan tersentak, menoleh. "Apa kau cakap ni? Kita bukannya takkan jumpa dah." Diam. Helena menunduk, menahan kaca di matanya daripada tumpah. Dia tersenyum tipis, walau dalam dadanya ada jurang yang tak mampu dijelaskan. Aryan mengusap belakang tengkuk, cuba meredakan suasana. "Kau sihat cepat. Lepas tu baru kita plan tengok senja dekat tepi pantai." Suaranya bersahaja, seolah-olah esok pasti ada. Helena hanya mengangguk. "Kalau awak tahu... Senja di tepi pantai tu... satu-satunya yang tertinggal dalam bucket list saya... Saya cuma nak awak ada sekali. Bukan nanti. Tapi sekarang. Sembuh? Tu cuma dalam cerita fantasi je," hatinya berdesis, meluahkan kata yang tidak mampu meniti di bibirnya. Dia mendongak, menatap langit yang semakin jingga. Senja kali ini terasa lebih dekat, lebih berat, seakan-akan langit sendiri tahu rahsia yang belum pernah terucap. Start: 1st September 2025 End: 22nd September 2025
Sedetik Lebih [COMPLETE] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 806,949
  • WpVote
    Votes 62,013
  • WpPart
    Parts 102
Maryam Elara tidak pernah menyangka, takdir akan menemukan dia semula dengan lelaki yang pernah menjadi suaminya, Raif Kaysan. Di sebuah majlis penuh gemerlapan, dia hanya seorang cleaner, sementara lelaki itu kini seorang CEO yang gah berdiri di puncak kuasa. Namun, tatapan Raif padanya bukan lagi penuh kasih, tetapi sarat dengan benci dan dendam yang bertahun-tahun terpendam. "Dahulu kau tinggalkan aku macam sampah. Sekarang kau datang sebagai apa? Cuma cleaner aje?" Raif melayan Maryam tak ubah seperti sampah, menghina dan merendah-rendahkannya tanpa belas. Dia mahu wanita itu merasa sakit, sama seperti luka yang Maryam tinggalkan dalam hidupnya dahulu. Tambah pula Maryam beralih kerja disyarikatnya, seakan membuka ruang untuk dia menjalankan misi dendam. "Jangan sebut nama aku, Jangan mengadu apa-apa pada aku, dan pastikan jarak kau berdiri 5 meter dari aku, faham?"-Raif Kaysan "Baik, brader."-Maryam Elara "Apa kau cakap?"-Raif "Tadi cakap tak boleh panggil nama, saya panggilah brader."-Maryam Setiap hari, Maryam hanya diam dan menerima segala perlakuan dingin Raif tanpa membantah. Dia tidak melawan, tidak juga merungut, meskipun lelaki itu menggunakan pangkatnya sebagai bos untuk membuli dan merendahkannya sesuka hati. Namun, tanpa sedar, sesuatu dalam diri Raif mula berubah. Dendam yang sekian lama membara perlahan-lahan pudar, digantikan dengan perasaan yang sepatutnya tidak wujud lagi, rasa yang pernah dia buang jauh-jauh dahulu. Kenapa? Kenapa hatinya mula goyah? Kenapa, setelah semua yang berlaku, dia masih mahu mencintai wanita itu? "Kalau masa berbaki sedetik lebih sekalipun, aku takkan patah balik pada kau."-Raif "Saya faham, jadi tak perlu bazirkan sedetik lebih itu untuk saya lagi."-Maryam Namun... adakah pertemuan Maryam membawa sebuah rahsia yang tersimpan sekian lama? Dan jika masa itu memiliki sedetik lebih lagi... apakah ia akan dipenuhi dengan cinta, atau terus dihimpit oleh dendam?