enemies to lovers 😏💕
3 stories
Taruhan Cinta [𝓒  ]  by shesdarkcloud
shesdarkcloud
  • WpView
    Reads 42,932
  • WpVote
    Votes 1,221
  • WpPart
    Parts 35
Book 1 ━━━━⊱⋆⊰━━━━ Noah Uqaysh x Uhayra Mikayla Uhayra seorang gadis yang cantik rupa parasnya dan sering menjadi perhatian ramai jejaka dari zaman sekolah menengah hinggalah Universiti namun sikapnya yang agak jual mahal , dingin dan tidak suka akan lelaki serta tidak mempercayai kaum lelaki dengan mudah membuat susah untuk mendekati gadis itu akan tetapi Uhayra tidak pernah bercinta . Suatu hari dia di dekati oleh jejaka kacak! Kegilaan ramai gadis di universiti tetapi playboy sebenarnya! Noah Uqaysh adalah jejaka tampan kaya! Papa nya mempunyai beberapa aset serta cawangan di dalam dan luar negara. Dalam diam Noah sebenarnya mempunyai perasaan terhadap Uhayra dan berkali juga dia cuba menangkan hati gadis itu tapi gagal namun hingga akhirnya Uhayra dan Noah bercinta tapi berdasarkan 'bet' atau taruhan! Hingga suatu saat Uhayra mendapat tahu tentang tersebut menyebabkan dirinya terus hilang kepercayaan terhadap lelaki dan juga benci akan lelaki bernama Noah Uqaysh! " Bermula dari sekarang segala pasal kau tak akan wujud lagi dalam hidup aku ! Dan aku harap kita tak akan jumpa lagi! Kau dah mati dalam hidup aku . " - Uhayra Mikayla " Hayra , aku minta maaf memang salah aku , kau boleh benci aku . " - Noah Uqaysh Setelah hampir bertahun lama mereka tidak pernah berjumpa akhirnya suatu pertemuan yang tak di jangka atas sebab kedua ahli keluarga mereka yang merancang mahu satu kan mereka?! Uhayra masih bencikan lelaki yang bernama Noah Uqaysh! Bagaimana pula dia harus hidup sebumbung dengan jejaka itu? Mampukah Noah Uqaysh menangkan hati Uhayra Mikayla semula ? Dan luahkan yang sebenarnya dirinya sangat mencintai gadis itu ? Berjayakah Noah mendapatkan kepercayaan Uhayra Mikayla? Adakah perkahwinan mereka akan terhenti di pertengahan jalan sahaja ? - update bila free [ slow update ] Disclaimer ; - ada typo. ( soon edit ) - beberapa kesalahan ayat . ( edit soon ) - penulisan santai sahaja . - light-conflict. Start ; 15 oct 20
DALAM BENCI ADA SAYANG by roese_rosy
roese_rosy
  • WpView
    Reads 2,426,434
  • WpVote
    Votes 61,538
  • WpPart
    Parts 72
Hanya satu kesilapan dua hati yang saling membenci terpaksa disatukan. Bila akad sudah dilafaz satu hati sudah menerima seadanya. Satu hati lagi masih membenci. Masihkah ada kebencian itu sampai bila-bila? Hati yang keras akan cair juga akhirnya. Namun siapa kita yang hendak menghalang takdir Illahi? Bila bahagia sudah menjelma akan adanya pengorbanan yang terpaksa dilakukan secara tiba-tiba. Tegarkah dua hati itu menerimanya? Atau hanya pejamkan mata dan salah seorang beralah demi sebuah kebahagiaan? Jika benci boleh menjadi sayang, apatah lagi sebaliknya.. Ini kisah Tengku Hayden & Dalia Imaani. ❤
Gibran: Shattered Trust [C] by missnobodyz
missnobodyz
  • WpView
    Reads 122,205
  • WpVote
    Votes 4,446
  • WpPart
    Parts 74
Gibran Ghazi x Nur Arabella Kharisa 3rd The Dementors Series Perkahwinan antara Gibran Ghazi dan Nur Arabella Kharisa bukanlah atas dasar cinta, tetapi hasil aturan keluarga. Dahulu, mereka adalah musuh abadi di Universiti Arkadia, sering bertelingkah dalam setiap pertemuan. Namun, demi menjaga nama baik keluarga, mereka akhirnya disatukan dalam ikatan perkahwinan. Bella, seorang wanita yang tabah dan penyayang, berusaha menyesuaikan diri dalam perkahwinan tanpa cinta ini. Dia berharap, seiring waktu, Gibran akan membuka hatinya. Namun, Gibran masih terperangkap dalam bayangan cinta pertamanya. Tanpa pengetahuan Bella, hubungan masa lalu antara Gibran dan cinta pertama lelaki itu menjadi duri dalam perkahwinan mereka. Apabila kebenaran terbongkar, Bella merasa dikhianati oleh suami yang paling dipercayainya. Hatinya hancur, dan kepercayaannya musnah. Gibran, yang selama ini tidak menghargai perasaan Bella, akhirnya sedar bahawa cintanya hanya untuk Bella. Namun, segalanya sudah terlambat. Bella telah lelah berjuang sendirian dalam perkahwinan ini. Kini, Gibran berdepan dengan penyesalan yang mendalam. Dia ingin menebus kesilapannya dan memenangi semula hati Bella. Namun, adakah Bella masih bersedia memberi peluang kedua, atau perkahwinan mereka hanya tinggal kenangan pahit yang tidak dapat dilupakan?