MSSalique
Buku Kronikal Ean merupakan salah satu buku daripada Siri el-Gojo.
Mengisahkan tentang kehidupan Ean, melibatkan aksi dan percintaannya sebagai ahli e-GRA.
Kisah bermula di Bandar Darula, Metrosia. Sebuah bandaraya yang pesat dan moden. Metrosia merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan. Pengurusan & eksekutif negara dikendalikan oleh Pihak Persekutuan (Federal). Sementara Raja pula, bertindak sebagai boneka yang melengkapkan sistem Perlembagaan yang di perkenalkan British.
("Apakah benar, Raja hanya boneka didalam siri ini? Hehe")
Pihak berkuasa yang bertanggungjawab menjaga keselamatan dan 'enforcement' negara dikenali sebagai Polis Diraja Metrosia (RPM), Jabatan penguatkuasa tunggal yang dikawal langsung oleh pihak 'Federal'.
Masyarakat modern di Metrosia hidup dalam suasana kapitalis dan sosialis. Mempunyai dua sisi kehidupan, Iaitu DUNIA ATAS yang mewah dan pesat, serta satu lagi sisi kehidupan yang dikenali sebagai DUNIA BAWAH BAYANG. 🌹
... dan dibawah sana lah wujudnya e-GRA (ringkasnya, el-Gojo)